Breaking

Showing posts with label Petaling Jaya. Show all posts
Showing posts with label Petaling Jaya. Show all posts

Friday, October 28, 2016

Friday, October 28, 2016

Boat Noodle Jaya One, PJ


Assalamualaikum!


Baru nak try makan #meesampan ni. Maklumla, kalau nak pergi sendiri memang payah nak sampai, mujur kawan ajak boleh la test tekak makan boat noodle ni. Sementara kaum Adam pergi solat Jumaat, kami berlima naik bas free dari PJ ke Jaya One. Jaraknya kalau nak diikutkan memang dekat dah, tapi disebabkan kami naik bas maka jadi jauh la sikit. Pukul 1.00pm baru sampai di lokasi ...huhu.




Friday, September 02, 2016

Friday, September 02, 2016

Kemeriahan PJ FAIR 2016!


Assalamualaikum!


Inilah aktiviti kami sekeluarga minggu lepas. Sebenarnya, kami kesana sebab kakak dan adik mewakili sekolah untuk PJ FAIR ni. Diaorang terlibat dalam acara wefie beramai-ramai bagi memecah rekod wefie teramai dalam Malaysia Book of Record. Jadi, sebagai memberi sokongan dan juga memang nak anak-anak beriadah sambil berseronok bersama kawan-kawan, maka moh le kita memeriahkan PJ FAIR ni.



Acara bermula awal pagi tapi untuk budak-budak sekolah diaorang start pukul 1.00tghari. So, kul 12 tengahari tu dah kena berkumpul di sekolah. Dah siap semua berkumpul, barulah bertolak dengan guru-guru iringan masing-masing.

Sementara anak-anak ikut cikgu diaorang, kami laki bini jalan-jalan dating sambil 'cuci' mata la hehe. Bila lagi berpeluang nak berjalan berdua macam ni, santai santai jalan slow-slow tengok gerai jualan. Kalau ada dua orang budak tu, haihhh ... hehehe



Kami parking kereta kat LRT Taman Jaya dan naik bas PJ yang free dari sana. Hari tu kan jalan sekitarnya ditutup untuk laluan kereta, so nak masuk ke dalam tu kena jalan kaki la. Kami sampai sana dalam kul 3 lebih macam tu. Tapi time ni orang tak ramai lagi, mungkin nak elak dari kepanasan petang .. ye la dah la panas kena jalan kaki pulak. Mau terpeleot urat kalau orang jenis tak biasa berjalan jauh huhu ...

bukti matahari terik sampai sepet mataku hehe. 
Lelaki disebelah aku tu ialah pencuri ... 
pencuri hatiku ... cia ciaaa ciaaaaa! haha :p



insan terlebih teruja hehe 


dia kalau dah jumpa baju bundle ... layan habis!











bundle LAGIIII ...!



Di dataran PJ tempat berkumpul untuk pengumuman Malaysia Book of Record bagi acara wefie teramai di Malaysia. Time ni budak-budak sekolah yang terlibat semua dah berkumpul disini.








sungguh aku tak perasan masa bila brader tu toleh 
muka ke belakang hehe :p


with our anak sulung solehah lagi garangggggg :p





Hari tu pun ada persembahan artis seperti Hunny Madu, Amir Jahari dan Altimet. Malam tu pula ada artis lain. Tapi kami dapat tengok yang petang tu punye je la. Cik abe acah-acah nak ajak pi tengok Amy Search dan Zamani Slam pas Isyak, tapi semua terbongkang kepenatan depan tv malam tu hehehe ....

Amir Jahari

Altimet

Aktiviti seterusnya .... roller blade la! Kakak dah aim dah nak main roller blade ngan kengkawan. Maklumla lama tak melayan main huhu. 

RM5 = sejam






Dekat 2 jam jugak layankan diaorang main roller blade. Pak Jelan teruskan misi jalan-jalan tengok gerai jualan. Dan aku tengok-tengokkan dua beradik tu main roller blade di kawasan sekitar. Mira pun dah pandai main sikit-sikit. Tak takut macam dulu dan boleh seimbangkan badan dengan baik kali ni. Bila dah sedap melayan tu, bila terjumpa je orang jual roller blade, mula dia mintak belikan pulak .... huhu T_T

Akhir sekali, tahniah aku ucapkan di atas sambutan PJ FAIR yang ke-4 tahun ni. Tapi diharap next time mungkin pihak yang berkenaan boleh memperbanyakkan lagi gerai-gerai jualan dan melakukan promosi hebahan secara lebih meluas di media sosial. Dan moga next time dapat diperbanyakkan aktiviti atau games untuk pengunjung. Kalau ada mungkin boleh ditambah lagi di masa akan datang.

^^


Thursday, August 25, 2016

Thursday, August 25, 2016

Jadual Penutupan Jalan Sempena PJ Fair 2016


Assalamualaikum!



Penutupan jalan akan dibuat bermula dari 25hb Ogos sehingga 28hb Ogos bersempena dengan PJ FAIR 2016. Karnival tersebut bakal berlangsung selama 3 hari bermula 26hb Ogos sehingga 28hb Ogos dan beberapa jalan akan ditutup bagi memberi laluan untuk sambutan tersebut.

Bagi yang selalu menggunakan jalan sekitar Petaling Jaya terutama di Seksyen 52 & Jalan Yong Shook Lin sila alert kalau jalan-jalan disitu ditutup. 

Wednesday, August 24, 2016

Wednesday, August 24, 2016

Jadual Atucara PJ FAIR 2016 26,27&28 Ogos


Assalamualaikum!


PJ FAIR kembaliiiiiiiiii! Tahun ni merupakan tahun ke-4 penganjurannya sejak 2013. Kali ni PJ Fair bakal menggegarkan Petaling Jaya dengan "double celebration" sempena sambutan ulang tahun ke 10 Petaling Jaya sebagai Bandaraya. 

Tema kali ni ialah "Colors of PJ", MBPJ menjadikan PJ Fair 2016 sebagai platform komuniti bagi kesemua warga PJ yang berbilang bangsa, agama dan budaya dimana mereka dapat bersama-sama berkumpul dan meraikan acara kemuncak ini dengan semangat kekitaan dan perpaduan bersama!



PJ FAIR 2016 dijadualkan bermula dari 26hb sehingga 28hb Ogos di City Centre Section 52, Petaling Jaya.  Pelbagai acara dan aktiviti menarik sedia menanti kunjungan anda dan keluarga. Khabarnya, ada kontes selfie dan hadiahnya memang gempak habis! Rugi tak join ni hehe

Yang menariknya, akan ada penampilan artis-artis popular dan penampilan khas Ustaz Azhar Idrus di PJ FAIR ni. Hari apa? Segmen apa? Haaa tungguuuuuu sat gi aku kongsi ;)

Untuk PJ FAIR 2016, pelbagai acara dan aktiviti bakal disediakan untuk pengunjung selama 3 hari berturut-turut. Antaranya aktiviti seperti :

  • PJ Fun Ride (berbasikal)
  • Pameran Kereta & Motosikal Vintage
  • Pameran Seni & Acara Kebudayaan
  • Perarakan & Persembahan Artis
  • Kids Mania
  • Fashion &Flea Market
  • Food Truck
  • Acara memecahkan rekod "Malaysia Book of Records" (Wefie Teramai)


Borang penyertaan PJ Fun Ride boleh dimuaturun di SINI


JADUAL ATURCARA PJ FAIR 2016 26 - 28 OGOS 2016


25.8.2016 (KHAMIS)
Masa
Aktiviti
Lokasi
8.30 malam – 12.00 malam
Raptai Penuh Majlis Perasmian dan Perarakan PJ FAIR 2016, Colours Of PJ
Jalan Yong Shook Lin

26.8.2016 (JUMAAT) HINGGA 28.8.2016 (AHAD)
Masa
Aktiviti
Lokasi
9.00 pagi – 10.00 malam
Fleamarket
Hadapan Pasaraya Speedmart dan Pasaraya Tongwoh
Jualan pakaian dan peralatan sukan
Siar monier
Pameran dan jualan fashion
Jalan Susur hadapan Affin Bank

27.8.2016 (SABTU) HINGGA 28.8.2016 (AHAD)
Masa
Aktiviti
Lokasi
9.00 pagi – 10.00 malam

(Ahad tamat jam 7.00 petang)
Kidmania
Taman Rusa
Foodtruck
Jalan Susur Hadapan Bank  Rakyat
Pameran dan Jualan Seni dan Kraftangan
Art Lane
Pameran dan pertunjukan Kereta Vintage
Tempat Letak Kereta Dewan Sivik
Pameran dan pertandingan Motosikal retro
Tempat Letak Kereta Hadapan Bank CIMB
Sewaan basikal
Ibu Pejabat MBPJ
Free Buggy Tour Service
Hadapan OUB Bank


27.8.2016 (SABTU)
Masa
Aktiviti
Lokasi
9.00 pagi – 10.30 pagi
Kuliah Duha  Bersama Ustaz Azhar Idrus dan Ebby Yus
Main Stage, Jalan Yong Shook Lin
10.30 Pagi – 11.30 pagi
Mini Konsert 1 (Keroncong dari Kota Bandung)
Mini Stage, Jalan Tengah
11.30 pagi – 12.30 tghari
Busking
Mini Stage, Jalan Tengah
Persimpagan Art Lane
12.30 tghari – 1.10 petang
Mini Parade
Mini Stage, Jalan Tengah
2.00 petang – 3.00 petang
Fashion Show
Mini stage Jalan Tengah
3.00 petang – 5.00 petang
Pendaftaran PJ Happy Selfie
Main Stage, Jalan Yong Shool Lin
5.00 petang – 5.30 petang
PJ Happy Selfie – Breaking Malaysia Book Of Record
Main Stage, Jalan Yong Shool Lin
5.00 petang – 6.00 petang
Fashion Show
Mini stage Jalan Tengah
5.30 petang - 6.30 petang
Mini Konsert (Altimet, Amir Jahari, Hunny Madu)
Main Stage, Jalan Yong Shool Lin
9.00 malam – 10.30 malam
Perasmian dan Perarakan
Main Stage, Jalan Yong Shool Lin
10.30 malam – 12.00 malam
Konsert (Amy (Search), Zamani (Slam), Ito (Blues Gang), Adeline Tsen, Mr.5K)
Main Stage, Jalan Yong Shool Lin

28.8.2016 (AHAD)
Masa
Aktiviti
Lokasi
8.00 pagi – 10.00 pagi
Fun Ride
Main Stage, Jalan Yong Shook Lin
10.30 Pagi – 11.30 pagi
Mini Konsert (Keroncong dari Kota Bandung)
Mini Stage, Jalan Tengah
11.30 pagi – 12.30 tghari
Busking
Mini Stage, Jalan Tengah
Persimpagan Art Lane
12.30 tghari – 1.10 petang
Mini Parade
Mini Stage, Jalan Tengah
1.45 petang – 4.00 petang
Fashion Show
Mini stage Jalan Tengah
9.00 Malam – 10.30 malam
Finalist Muslim Model Show Kids
Mini stage Jalan Tengah






Penampilan Istimewa Ustaz Azhar Idrus

Anda juga boleh mengikuti kuliah Dhuha bersama Ustaz Azhar Idrus pada 27hb Ogos 2016 bermula 9 pagi sehingga 10.30 pagi di hadapan Ibu Pejabat MBPJ. 

Best ni!



Selfie dan anda berpeluang menang hadiah! Jangan lupa letak 
#HAPPYPJSELFIE di media sosial anda!


Pertandingan Selfie Dance (Contest)

Haaaa bagi yang suka selfie dan ada bakat menari tu bolehlah join kontest Selfie Dance ni. Caranya senang je :

  • Follow @PJKita di Instagram, Facebook & Twitter
  • Hasilkan gerak tarian anda dengan apa saja lagu dan akhirinya dengan elemen selfie
  • Durasi video 15 - 20 saat
  • Tag 4 rakan anda dalam caption
  • Jangan lupa tag @pjkita dan hashtag #HAPPYPJSELFIEFANCE #MYPJFAIR #PJKITA

Hadiah menarik kebabom seperti menanti pemenang bertuah seperti anda! 





Peta Lokasi



So, jom bawa keluarga dan rakan-rakan memeriahkan PJ FAIR 2016 bermula 26hb sehingga 28hb Ogos 2016. Bagi yang ada anak kecil, khabarnya ada pertandingan mewarna dan games yang menyeronokkan! 

Untuk maklumat dan info, anda boleh dapatkannya di laman web MYPJFAIR & facebook PJKITA



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.