Breaking

Showing posts with label Tips sihat. Show all posts
Showing posts with label Tips sihat. Show all posts

Tuesday, September 27, 2016

Tuesday, September 27, 2016

Gejala Diabetes & Tanda-tanda Awal Penyakit Buah Pinggang


Assalamualaikum!


Setiap kali pemeriksaan kesihatan, memang ada rasa cuak sikit yang ni. Sebab aku pernah 'kantoi' 2 tahun lepas bila pakar tu cakap buah pinggang aku bermasalah sebab ada protein dalam urin. Memang risau dah aku masa tu sampai dia sarankan aku pergi buat pemeriksaan lanjut di hospital dan banyakkan minum air masak. Takut punya pasal aku tak pergi huhu tapi aku nekad banyakkan minum air masak lepas tu. Dan alhamdulillah bila check balik, ujian urin aku dah kembali normal.

Orang mungkin nampak luarannya seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Tapi hakikatnya samada kita kurus atau gemuk, kita juga terdedah dengan risiko penyakit buah pinggang. Jangan ingat orang yang ada masalah berat badan je berisiko untuk kena diabetes dan penyakit buah pinggang. Yang kurus pun berisiko!




Apa itu Diabetes?
  • Diabetes adalah keadaan dimana pankeras tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau insulin tidak digunakan secara berkesan. Ketidakseimbangan insulin mengakibatkan paras gula dalam darah badan meningkat, akhirnya merosakkan organ-organ didalam badan

Jenis-jenis Diabetes

1. Diabetes Jenis I
  • Kira-kira 5% orang menghidapi diabetes jenis ini
  • berlaku terutamanya dikalangan orang muda berumur 20 tahun kebawah
  • disebabkan oleh kegagalan pakreas untuk menghasilkan insulin atau terlalu sedikit insulin dihasilkan
  • mereka memerlukan suntikan insulin

2. Diabetes Jenis II
  • Kira-kira 95% orang menghidapi diabetes jenis ini
  • biasanya berlaku dikalangan dewasa berumur 30 tahun keatas
  • badan tidak dapat menghasilkan insulin secara berkesan
  • dikawal melalui pemakanan, senaman dan/atau ubat-ubatan/insulin
  • berkaitan dengan kegemukan dan gaya hidup yang tidak aktif

Apakah Paras Gula Darah Saya?

1. Paras glukosa darah normal dikalangan orang yang TIDAK MENGHIDAPI DIABETES

Berpuasa - 4.4-6.1 mmol/L
Tidak berpuasa - 4.4-8.0mmol/L

2. Paras glukosa darah normal dikalangan orang YANG MENGHIDAPI DIABETES

Berpuasa - 5.0-7.2 mmol/L

Tidak berpuasa - <10.00 mmol/L

Apakah Tanda-tanda & Gejala Bagi Diabetes?
  • Kerap kencing
  • Terlalu dahaga
  • Letih
  • Penurunan berat badan tanpa sebab
  • Perubahan penglihatan secara tiba-tiba
  • Kebas pada tangan atau kaki
  • Luka yang lambat sembuh

Apakah Faktor-faktor Risiko Bagi Diabetes?
  • Sejarah penyakit diabetes dalam keluarga
  • berat badan berlebihan
  • umur 40 tahun ketas
  • sejarah bayi besar 
  • sejarah menghidap diabetes ketika mengandung

Apakah Komplikasi Diabetes?
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Penyakit jantung dan strok
  • Komplikasi pada mata
  • Kerosakan saraf
  • Pemotongan anggota badan
  • Mati pucuk

Tahukah anda? Lebih dari 3000 kes baru bagi kegagalan fungsi buah pinggan peringkat akhir dikesan di Malaysia setiap tahun, lebih 55% daripadanya menghidapi penyakit diabetes.

Bagaiamana Diabetes boleh mempengaruhi badan dan buah pinggang anda?
  • Mungkin kerosakan saluran-saluran darah kecil didalam badan anda dan mempengaruhi buah pinggang, mata, kulit, saraf, otot, usus dan jantung. Selain itu, tekanan darah tinggi dan kekerasan pada arteri boleh menyebabkan penyakit jantung
  • Paras gula yang tinggi akan menambahkan tugas buah pinggang, akibatnya kerosakan pada unit penapis dalam buah pinggang berlaku. Ini membawa kepada kebocoran protein dalam air kencing
  • Diabetes menambahkan risiko kepada jangkitan saluran kencing kerana kandungan gula yang tinggi dalam air kencing.

Bagaimana Kita Nak Tahu Jika Buah Pinggang Bermasalah?

Pada peringkat awal, mungkin tiada tanda. Walaubagaimana pun korang boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan protein dalam air kencing. Sekiranya kegagalan fungsi buah pinggang berlaku, anda mungkin akan mengalami :
  • Keletihan
  • Rasa mual, muntah
  • Keletihan
  • Bengkak pada kaki, pergelangan tangan, tapak kaki atau bengkak pada mata
  • Berat badan bertambah kerana cecair tidak dapat dikeluarkan
  • Sesak nafas

Bagaimana Boleh Kita Cegah Penyakit Buah Pinggang Yang Disebabkan oleh Diabetes?
  • Mengikuti rawatan yang ditetapkan bagi mengawal gula dalam darah
  • Mengawal tekanan darah pada 130/80 mmHg
  • Mengawal paras kolesterol melalui makanan dan ubat-ubatan jika perlu
  • Mendapatkan pemeriksaan kandungan proteion dalam air kencing setiap tahun
  • Mendapatkan pemeriksaan darah untuk fungsi buah pinggang
  • Merawat jangkitan saluran kencing diperingkat awal
  • Amalkan makanan sihat yang kaya sdengan serat, rendah lemak, natrium (garam) dan kolesterol
  • Mencapai dan mengekalkan berat badan yang unggul
  • Bersenam 30 minit setiap hari, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
  • Berhenti merokok

Penyakit buah pinggang merupakan pembunuh senyap! Tanda-tanda dan gejala hanya muncul pada peringkat akhir penyakit buah pinggang. Ujian dan pemeriksaan awal adalah langkah terbaik sekiranya korang berada didalam risiko tinggi. 


kredit info : www.nkf.org.my

Wednesday, August 03, 2016

Wednesday, August 03, 2016

Anak Tak Suka Makan Sayur? Bagi Mereka VGKids!


Assalamualaikum!


Ada orang kata anak tak makan sayur tu sebab ibubapa diaorang masa kecik-kecik dulu pun tak makan sayur hehehe. Tapi bila dah ada anak sendiri baru tahu betapa 'azab'nya nak suruh diaorang makan sayur! T_T


Dan kerana itulah aku kagum tengok kesungguhan ibubapa yang rela berpenat-penatan di dapur semata-mata untuk siapkan bento sayur yang comel sebagai bekal sekolah anak. Sayangnya ... anak-anakku bukan yang jenis nampak comel nampak cantik terus ngap! Diaorang kena scan dulu makanan apa tu, asalkan bukan sayur baru dia makan T_T




Hazwani dan Hazmira dulu memang tak makan sayur! Sekarang ni alhamdulillah Hazwani dah boleh telan sikit-sikit sayur bayam merah. Yang Hazmira langsung tolak! memang 'alah' dengar perkataan sayur atau tengok benda warna 'hijau' dalam lauk! Memang dia rela makan nasi lauk kicap aje la. Paksa pun takda gunanya ... lagi kita paksa lagi dia menolak! Hias la macam mana cantik pun sayur tu atas pinggan, mesti kuis letak tepi balik T_T

Ibubapa mana tak risau tengok anak punya selera makan bukan ke arah yang sihat. Makan buah-buahan payah ..makan sayur-sayuran payah! Sedangkan masa baby dulu, aku gigih lenyekkan lobak merah dan brokoli dalam bubur mereka, tapi bila dah besar ..dah pandai memilih makanan, apa lagi ... memang allergic terus tengok sayur warna hijau T_T


Bila anak kurang makan sayur ...

Faham-faham je la bila nutrisi tak cukup dalam badan, kita akan jadi cepat letih dan tenaga pun kurang. Kesan lain termasuk :

  • Lemah daya tahan fizikal
  • Mudah stres dan lesu
  • Mudah diserang demam & selsema
  • Gangguan sistem pencernaan
  • Meningkatkan risiko rabun
  • Meningkatkan risiko tekanan darah
  • Gusi mudah berdarah
  • Sembelit
  • Meningkatkan risiko diserang kanser
  • Muka berjerawat
  • Obesiti dan bermacam lagi masalah lain boleh berlaku...




Beginilah Mira setiap hari bila balik dari sekolah. Masuk kereta terus lena! Penat memang penat, sebab tu aku gigih masak lauk sayur setiap hari ataupun hidangkan dia dengan buah-buahan, tapi tu la ... memilih sangat! T_T


VGKids Untuk Anak-anak Yang Tak Makan Sayur!

Macam-macam cara, macam-macam trick aku buat kat diaorang pujuk makan sayur. Nasihat, hias bento comel, tunjuk kartun popeye makan sayur, sorok sayur dalam nasi (haha yang ni memang drama kelakar) dan macam-macam lagi cara la ...hehe. Tapi akhirnya diaorang 'menang' T_T

Namun, misi ibu belum berakhir! Aku dipertemukan dengan VGKids yang diperkaya dengan sayuran dan buah-buahan terpilih diproses menjadi jus sayur yang SEDAP & BERKHASIAT! Memang sedap la weh, aku sendiri pun minum VGKids ni hehe. Orang dewasa yang tak makan sayur tu ..boleh la try jugak ni! ;)




Ramuan aktif dalam VGKids adalah dari pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan terpilih digabungkan dalam satu botol untuk membekalkan nutrisi pada anak-anak kita. Aku try bagi kakak dan adik satu sudu, diaorang tak tahu pun yang VGKids ni jus sayur ... hehe.


Kelebihan VGKids

  • Anak lebih bertenaga
  • Susah nak diserang penyakit (demam / selsema)
  • Meningkatkan daya tumpuan belajar
  • Meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan minda
  • Emosi lebih stabil
  • Kurang mengantuk ketika dalam kelas
  • Anak lebih ceria
  • Meningkatkan selera makan






Mudah sungguh nak amalkan VGKids ni. Hanya 2 sudu setiap hari mengikut peringkat umur. Tak perlu susah payah nak bancuh, minum terus dari botolnya. Berbaloi dengan isipadu 400ml, boleh kongsi dua beradik. Anak-anak boleh dapat khasiat terus dari setiap suapan tanpa perlu ada adegan pujuk memujuk hehe.

Selain tu ia selamat, halal dan keluaran bumiputra ye. Kanak-kanak, lelaki dan perempuan hatta orang dewasa juga boleh amalkan VGKids ni. So, kalau korang memang tak makan sayur boleh gantikan dengan VGKids.




Dan, yang paling penting niat kita nak bagi yang terbaik untuk mereka. Kualiti terjamin dalam penghasilannya, tiada bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan anak-anak kita.

Berminat nak cuba VGKids untuk si manja? 


Harga VGKids (400ml) : RM49/sebotol


Kos pos : (RM6/Semenanjung)/(RM9/Sabah&Sarawak)

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :








Tuesday, May 10, 2016

Tuesday, May 10, 2016

Khasiat Cendawan Susu Harimau - Khazanah Berharga Negara!


Assalamualaikum!


Penggunaan cendawan dalam kehidupan seharian bukanlah asing di kalangan orang Asia, khususnya di kalangan masyarakat tempatan hari ini. Cendawan bukan saja sinonim dalam penyediaan makanan dan bukan sekadar untuk melazatkan masakan, tapi ia juga mempunyai banyak khasiat dalam proses merawat dan memulih penyakit serta menyokong sistem imuniti badan.

Cendawan yang dimaksudkan ialah Cendawan Susu Harimau. Menariknya, Cendawan Susu Harimau ini boleh ditemui hanya dalam kawasan hutan hujan tropika di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand & Papua New Guinea. Namun begitu, ianya sukar didapati kerana keluasan hutan yang semakin mengecil, menyebabkan pengeluaran cendawan herba ini kini terhad di Malaysia & Indonesia.





Cendawan Susu Harimau lebih sinonim bagi masyarakat orang asli, orang Cina dan orang-orang kampung yang memang biasa dengan penggunaan cendawan ini untuk perubatan dan kesihatan.

Legenda Cendawan Susu Harimau

Mengikut kepercayaan orang-orang tempatan, mereka berpendapat bahawa cendawan yang tumbuh ini adalah dari air susu ibu harimau yang jatuh ke tanah ketika hendak menyusukan anak. Takungan air susu yang terbentuk untuk beberapa tempoh akhirnya membentuk Cendawan Susu Harimau.




Cendawan Susu Harimau atau nama saintifiknya, Lignosus Rhinocerus adalah antara tumbuhan herba yang telah digunakan dalam perubatan oleh orang-orang asli sejak 400 tahun yang lalu. Bagi masyrakat tempatan dan orang asli, mereka menggelarnya Cendawan Susu Rimau.

Ia mampu merawat dan memulihkan penyakit seperti :
  • batuk, selsema dan masalah pernafasan
  • sakit-sakit sendi
  • memberi tenaga
  • menguatkan sistem imunisasi badan

Kehebatan Cendawan Susu Harimau turut direkodkan dalam jurnal Sir H. Ridley pada tahun 1890, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan tanaman getah di Tanah Melayu ketika itu, menyatakan Cendawan Susu Harimau merupakan tumbuhan herba yang digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai ubat.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tumbuhan herba Cendawan Susu Harimau, aku dan rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengunjungi sendiri ibupejabat LiGNO Biotech Sdn Bhd di Balakong Jaya baru-baru ini.





LiGNO Biotech Sdn Bhd (LiGNO)
  • ditubuhkan pada tahun 2009, LiGNO merupakan syarikat penanaman cendawan bioteknologi yang pertama di dunia menghasilkan Cendawan Susu Harimau
  • turut mendapat pengiktirafan dalam The Malaysia Book of Record sebagai syarikat yang pertama menghasilkan Cendawan Susu Harimau. LiGNO juga mendapat sijil HALAL dari JAKIM dan organik dari Skim Organik Malaysia (SOM)
  • mendapat sokongan dari Kementerian Pertanian Malaysia, LiGNO bertanggungjawab dalam menghasilkan pelan pengeluaran untuk penanaman, mempromosi dan mengkomersialkan Cendawan Susu Harimau
  • misi LiGNO adalah untuk penanaman, penyelidikan dan membangunkan produk berasaskan Cendawan Susu Harimau yang boleh meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan manusia dan haiwan



Lawatan ke LiGNO Biotech Sdn Bhd

Taklimat ringkas mengenai Cendawan Susu Harimau disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LiGNO Biotech Sdn Bhd, Ng Szu Ting. Beliau mengongsikan inspirasi penubuhan LiGNO yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir melalui ucapannya di Konvensyen Bioteknologi pada tahun 2002, menggesa untuk melakukan penyelidikan secara serius ke atas Cendawan Susu Harimau.

Ini kerana, Tun pernah mengalami batuk teruk dan sebagai seorang doktor beliau tidak dapat menemukan ubat yang mampu melegakan batuknya. Namun, selepas diperkenalkan dengan Cendawan Susu Harimau oleh seorang kawan, batuknya semakin pulih.




Bermula dari situ, penyelidikan dibuat secara mendalam selama 8 tahun sehinggalah tertubuhnya LiGNO Biotech Sdn Bhd. Khasiat yang terkandung dalam Cendawan Susu Harimau dan keupayaannya merawat dan memulihkan penyakit menyebabkan ia tidak boleh dibazirkan begitu saja. Malah, khazanah negara yang berharga ini sepatutnya kita jaga dan kita pelihara untuk kegunaan generasi akan datang.

Untuk mendapatkan khasiat dari Cendawan Susu Harimau, mula-mula kita kenali anatomi cendawan itu dulu. Bahagian mana yang mengandungi khasiatnya dan bagaimana ia dihasilkan.




Kalau korang nak tahu, bahagian bawah cendawan atau Sclerotia itulah yang mengandungi banyak khasiat di dalamnya berbanding bahagian lain. Sebab itu, LiGNO memastikan penanaman Cendawan Susu Harimau dijalankan secara tertutup dan terkawal supaya kualiti dan khasiatnya terpelihara dan mampu dihasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk penggunaan dan bekalan yang berterusan tanpa perlu bergantung kepada bekalan secara semulajadi dalam hutan.

Di sini, kami berpeluang melihat sendiri bagaimana proses penghasilan Cendawan Susu Harimau dijalankan dalam makmal. Memang teruja, kerana setiap langkah memerlukan prosedur dan sukatan yang betul untuk memastikan pertumbuhan cendawan mengikut piawaian yang ditetapkan.






Dr. Tan Chon Seng, pakar penyelidik dari MARDI antara yang bertanggungjawab dalam mengkaji dan membangunkan kaedah penanaman Cendawan Susu Harimau selama 8 tahun.








Sememangnya, proses penghasilan Cendawan Susu Harimau secara tertutup dan terkawal begini berbeza kualitinya dengan yang tumbuh secara semulajadi di dalam hutan. 






Beginilah rupanya Cendawan Susu Harimau yang terhasil. Berbeza dengan Cendawan Susu Harimau yang tumbuh secara semulajadi, cendawan ini akan diambil sebelum terbentuknya bahagian stem dan 'topi' untuk memastikan khasiatnya kekal di dalam Sclerotia.

Seterusnya, ia diproses dalam bentuk kapsul dan tablet untuk kegunaan harian.




Dr. Tan Chon Seng menunjukkan spesimen Cendawan Susu Harimau


Khasiat Cendawan Susu Harimau

Sejak zaman berzaman ia digunakan dalam perubatan oleh masyarakat tempatan dan orang asli, kini khasiatnya dibuktikan lagi melalui kajian saintifik dan teknologi.

Antara khasiat Cendawan Susu Harimau :
  • anti-radang
  • antioksidan
  • anti-tumor
  • immunomodulating

Ia juga terbukti merawat :

  • paru-paru & sistem pernafasan (eg. batuk, resdung, asma)
  • menguatkan sistem imunisasi (eg. mengurangkan kepenatan, menguatkan stamina)
  • meningkatkan kecergasan 
  • masalah alahan (eg. eczema)
  • sakit-sakit sendi dan bengkak



Produk TIGERUS dari LiGNO adalah hasil dari penanaman Cendawan Susu Harimau dan didatangkan dalam bentuk kapsul. Ianya selamat, halal digunakan dan tiada kesan sampingan.

Pengambilan TIGERUS

Dewasa - 2 kapsul setiap hari
Kanak-kanak (>2 tahun) - 1 kapsul setiap hari
Kanak-kanak (<2 tahun) - 1/2 kapsul setiap hari




Tablet TIGGY COCOA untuk kanak-kanak turut dihasilkan untuk mengatasi masalah penat dan kurang stamina serta menambah tenaga terutama mereka yang bersekolah. Rasanya pun sedap tau!




Selain itu, produk uncang teh dari Cendawan Susu Harimau juga ada dipasarkan. Untuk mereka yang suka minum teh, aku rekomenkan teh Cendawan Susu Harimau ni, boleh je tambahkan madu untuk rasa yang lebih enak. Nak minum macam tu saja tanpa gula pun ok, tak terlalu pahit.




Satu pengalaman yang berharga buat kami pada hari itu. Siapa sangka Cendawan Susu Harimau yang kita miliki begitu tinggi nilai dan khasiatnya dalam perubatan sejak dari dulu lagi. Syabas kepada LiGNO Biotech Sdn Bhd kerana merintis pembangunan Cendawan Susu Harimau di peringkat antarabangsa demi untuk memperkenalkan khazanah berharga ini kepada dunia.

Untuk mereka yang berminat nak jadi ejen, boleh hubungi atau layari :

Facebook : TigerusTMM
Laman Web : www.tigerus.com.my
Careline: 1700 818 242

Thursday, April 07, 2016

Thursday, April 07, 2016

Rangkaian Ubat Gigi Buds Oralcare Organics Selamat Untuk Bayi, Anak Kecil & Kanak-kanak


Assalamualaikum!


Yang terbaik hanya untuk mereka! Dan terbaik itu bermaksud yang sihat, semulajadi dan  ...ORGANIK! Pastinya setiap ibubapa menginginkan produk yang digunakan untuk anak mereka adalah selamat dan bebas bahan kimia kan, terutama untuk anak yang masih kecil.

Dalam mendidik anak-anak kita mengutamakan penjagaan gigi di peringkat awal usia mereka, ibubapa perlu peka dan prihatin terhadap sebarang produk di pasaran. Untuk itu Buds telah memperkenalkan ubat gigi yang lebih selamat untuk bayi yang sedang tumbuh gigi, anak kecil dan kanak-kanak sehingga umur 12 tahun.




Baru-baru ini aku dijemput ke majlis pelancaran Buds Oralcare Organics bertempat di MAD About Coco, Publika. Bagi yang belum tahu, rangkaian ubat gigi Buds Oralcare Organics adalah bebas dari bahan pengawet, perisa dan pewarna tiruan serta kandungan berbahaya yang lain. Ianya lembut, selamat dan berkesan.

Sudah tentu ibubapa yang bijak akan memilih produk yang selamat untuk anak-anak mereka kan. Dan pastinya, Buds Oralcare Organics memberikan alternatif terbaik untuk penjagaan gigi yang sempurna dari peringkat awal.




Turut berada di majlis pelancaran, Pengarah Urusan I-Green (M) Sdn Bhd, En. Soo Siew Peng yang berkongsi inspirasi dalam mencari alternatif menghasilkan produk penjagaan gigi yang selamat untuk si kecil, iaitu melalui hasil temubual dengan ibubapa serta beberapa kajian lain yang menyeluruh untuk memastikan ubat gigi organik yang selamat dan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dan tahap tumbesaran yang berbeza.

Bagi memastikan rutin menggosok gigi yang lancar dan menyeronokkan untuk si kecil, kedua-dua rangkaian ubat gigi Buds untuk bayi dan kanak-kanak didatangkan dalam 4 perisa buah-buahan menggunakan perisa semulajadi yang disahkan organik seperti epal hijau, strawberi, blackcurrent dan pudina.




Rangkaian Buds Oralcare Organics mempunyai 3 jenis ubat gigi yang disesuaikan dengan peringkat umur si kecil, iaitu :

  • Ubat gigi Gel Buds Baby - mengandungi Aloe Vera yang membersih dan melegakan gusi bayi yang sedang tumbuh gigi, dan pada masa yang sama seiring dengan Xilitol semulajadi bagi melindungi gigi yang baru tumbuh. Ia juga selamat jika tertelan

  • Ubat gigi kanak-kanak Buds Oralcare Organics dengan Xilitol - disyorkan untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun, lembut tanpa fluorida yang dirumus khas dengan gabungan pembersih semulajadi, jus Aloe Vera organik dan silika untuk membersih gigi secara lembut dan berkesan. Ia juga selamat jika tertelan

  • Ubat gigi kanak-kanak Buds Oralcare Organics dengan Fluorida - Hanya jumlah Fluorida yang selamat bagi kanak-kanak sahaja dimasukkan ke dalam rumusan untuk menentang pembentukan kaviti gigi walau dalam dos yang kecil. Ia meingkatkan perlindungan terhadap kaviti dan mengekalkan kesihatan mulut yang baik seiring dengan jus Aloe Vera, Phytic Acid dan Xilitol. Ianya disyorkan untuk kegunaan kanak-kanak berumur 3-12 tahun.




Untuk membuktikan ubat gigi Buds Oralcare Organics ini selamat digunakan untuk si kecil, aku sendiri telah melakukan ujian 'rasa' ketika di majlis pelancaran hehe...




Alhamdulillah ... memang sedap hahaha. Rasa buah-buahan lagi ada la! Tak pedas dan tak memudaratkan ... so, anak-anak kecil kalau tertelan takda masalah. Perisa pun semulajadi, bukan tiruan punya ya ..!

Majlis pelancaran juga diserikan dengan kehadiran selebriti-selebriti seperti Harith Iskander bersama isterinya, Dr. Jezamine Lim dan penyanyi Nurul Wahab bersama anak-anak masing-masing.





Mereka bukan sahaja berkongsi pengalaman masing-masing bersama anak-anak dalam rutin penjagaan gigi, malah selain menggalakkan anak-anak memulakan tabiat menggosok gigi di awal usia, mereka juga sangat mengesyorkan ibubapa di luar sana memilih produk yang betul-betul selamat dengan membaca dahulu kandungan bahan sesuatu produk sebelum membelinya. 

Untuk itu, rangkaian ubat gigi Buds Oralcare Organics adalah pilihan terbaik untuk penjagaan gigi anak-anak dan selamat digunakan kerana ia telah disahkan organik oleh ECOCERT, salah sebuah organisasi pensijilan organik terbesar di dunia.



(0-1 tahun) 30ML - RM29.90



(1-3 tahun) 50ML - RM32.90


(3-12 tahun) 50ML - RM32.90


Rangkaian ubat gigi Buds Oralcare Organics boleh didapati di Farmasi Carin, kedai-kedai menjual barangan keperluan organik dan pasaraya terpilih.






Jadikan rutin penjagaan gigi anak-anak kita satu aktiviti yang menyeronokkan setiap hari dengan pemilihan produk organik yang selamat dan berkesan melindungi gigi seperti Buds Oralcare Organics

Bagi ibubapa yang baru sahaja menerima cahayamata, ini mungkin langkah pertama yang anda boleh ambil untuk memastikan anak anda mendapat penjagaan gigi yang sempurna di peringkat awal usia.



Beauty and the 'Monster' :P
But this 'Monster' is a good one! hehehe ...


Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.budsbaby.com


Tuesday, March 29, 2016

Tuesday, March 29, 2016

"Start Right Brush Right" Dengan SYSTEMA!


Assalamualaikum!


Aku ingatkan di usia menjangkau 33 tahun ini, soal penjagaan gigi mungkin tidak lagi menjadi masalah bagi aku, terutamanya dalam soal pemilihan berus gigi yang sesuai. Tapi malangnya aku silap! hehehe. Tapi masih belum terlewat lagi kan untuk berubah kepada cara yang betul, yang penting kita bersedia untuk berubah! :)




Di road-show "Start Right Brush Right" yang bertempat di One Utama Shopping Center, aku berpeluang merasai pengalaman menggunakan berus gigi jenama Systema, jenama nombor satu di Jepun! Kempen ini diadakan sempena bulan Kesihatan Mulut Sedunia baru-baru ini. Jujur, ini kali pertama aku guna berus gigi Systema dan perasaannya memang jauh berbeza ... berbeza dengan berus gigi yang aku guna sebelum ni!

Objektif utama kempen ini adalah untuk memberi info kepada pengunjung tentang kepentingan penjagaan gigi yang baik melalui pemilihan berus gigi yang sesuai serta teknik memberus yang betul




Ada beberapa aktiviti menarik sepanjang road-show Systema berlangsung. Antaranya aktiviti mewarna untuk kanak-kanak! Dan untuk mereka yang inginkan khidmat nasihat tentang penjagaan gigi yang baik serta pemeriksaan gigi oleh doktor gigi juga turut disediakan.  

Sebelum itu, aku diberikan borang kaji selidik untuk mereka ketahui lebih lanjut tentang corak penjagaan gigi aku selama ini. Dah selesai isi borang, barulah aku ditunjukkan berus gigi mana yang sesuai untuk aku hehe ...




Ada banyak pilihan berus gigi Systema untuk kegunaan seisi keluarga. Setiap satunya mempunyai kelebihan dan fungsi yang pelbagai untuk setiap jenis keadaan gigi kita. Dan, untuk aku mereka mencadangkan 3D Clean!

Pilihan warna juga menarik! Cuba teka aku pilih warna apa? hehe ...



PINKKKKKKKKKK! ;)


Kemudian, sedia untuk memberus gigi! :D





Wahhh naif sangat muka aku time gosok gigi hahaha ... :p

Macam yang aku cakap tadi, perbezaannya memang ketara saat aku memberusnya kali pertama! Sebelum ni, bila aku berus gigi dengan berus gigi jenama yang biasa aku guna, aku akan tekan berus gigi tu agak kuat pada gigi dan gusi dengan anggapan bahawa lebih kuat berus itu ditekan, kotoran degil yang melekat pada gigi akan cepat tertanggal. Ternyata silap besar aku ni ... T_T

Tapi dengan berus gigi Systema, aku tak perlu tekan kuat kerana gosokan lembut saja sudah memadai untuk pembersihan gigi yang sempurna! :)

Rahsianya? ...




  • kebolehan memberus pada bahagian yang sempit terutamanya pada garisan gusi. Bulu berus Systema 1/10 lebih halus dari bulu berus biasa iaitu hanya 0.02mm
  • memberus 40% lebih bersih pada celah-celah gigi
  • 3 kali lebih lembut pada gusi dengan mengurangkan tekanan memberus sebanyak 66%
  • tahan lebih lama, diperbuat daripada PBT gred tinggi yang lebih tahan lama dari berus gigi biasa
  • dapat kering dengan lebih baik, oleh itu lebih bersih.



Ok, dah setel berus gigi tadi seterusnya aku dibawa berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan gigi. Gementar tu takla ... sebab aku fikir takkan la doktor tu nak cabut gigi aku kat road-show kan hahaha :p

Bagus juga disediakan pemeriksaan gigi seperti ini kan, sebab pengunjung boleh dapatkan khidmat nasihat terus dari doktor gigi dan apa yang mereka boleh lakukan untuk pastikan gigi bersih, sihat dan kuat.




Kita siap boleh tengok lagi dekat laptop paparan keadaan gigi kita menggunakan 'kamera' doktor ni. Kalau tengok kat cermin biasa, bahagian gigi yang dalam tu susah sikit nak tengok kan, tapi melalui paparan kat monitor tu, aku boleh tengok dengan jelas masalah gigi dan doktor pun senang nak jelaskan tentang cadangan untuk memulihkan gigi semula ...




Macam mana kita nak tahu samada kaedah berus gigi kita betul atau tidak? Korang boleh rujuk gambar di atas ni, semua yang diatas ni adalah cara aku berus gigi selama ni huhu T_T 

So lepas ni, aku kena ubah cara berus gigi kepada cara yang betul. Yang pasti, berus gigi juga kena pilih Systema sebab bulu berusnya lebih lembut dan selesa bila aku guna berbanding berus gigi aku yang lama. 




Aku juga ditunjukkan cara yang betul memberus gigi. Mujur aku ngan doktor tu je dalam bilik hari tu hahaha ... kalau kat public suh tunjuk cara gosok gigi macam tu, maluuuuuuu .... hahaha! :p

Rupanya cara yang betul untuk memberus gigi adalah dengan menyerongkan berus kepada 45° pada gigi sebelum memberusnya dalam bentuk bulatan. Yang aku buat selama ni ... 90° atas ke bawah T_T




Selalu yang aku pesan pada anak-anak, sayangilah gigi anda. Susah hidup bila takda gigi tau. Pilih berus gigi yang sesuai dan yang boleh membersih gigi kita secara efektif. Masih belum terlambat untuk kita mengubah kepada yang lebih baik! Ada juga pilihan berus gigi untuk kanak-kanak, so pendek kata rangkaian berus gigi Systema sesuai untuk seisi keluarga! Aku juga mula suka dengan berus gigi jenama Systema 3D Clean ni :)

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Systema, korang boleh layari :


atau 

Consumer Care Hotline : 1-800-880-133


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.