Breaking

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, February 08, 2017

Wednesday, February 08, 2017

10 Tips Meniaga Carboot Sale


Assalamualaikum!


Sudah dua tahun Pak Jelan berkecimpung dalam dunia carbootsale, dan aku dah setahun setengah join meniaga di tapak Kota Damansara. Sepanjang tempoh ini, banyak pengalaman yang kami pelajari baik dari rakan peniaga, penganjur mahupun pelanggan yang datang membeli.

Seronok sangat meniaga carboot ni! Dari sekadar suka-suka, terus jadi salah satu cara tambah pendapatan keluarga. Walaupun cabaran berdepan dengan ragam pelanggan setiap minggu, tapi puas hati bila dapat bersama-sama dengan carbooter yang lain berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing meniaga sebelum ni. 

Kami meniaga carboot ni pun baru 2 tahun, maka tips yang dikongsi ini adalah dari pengalaman peribadi dan juga perkongsian dari rakan niaga carboot yang lain. 



Tuesday, January 10, 2017

Tuesday, January 10, 2017

Duit Belanja Sekolah | Berkongsi pendapat dalam Sinar Harian


Assalamualaikum!


Alhamdulillah, satu permulaan yang baik untuk tahun 2017 bila diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman peribadi dalam akhbar Sinar Harian baru-baru ini. Siapa sangka perkongsian santai tentang pengalaman menguruskan duit belanja sekolah anak dalam satu entri mendapat perhatian wartawan dari media cetak.

Sebenarnya, aku dipelawa dari tahun lepas lagi tapi temuramahnya sekitar penghujung bulan Disember tahun lepas hehe. 


Monday, December 12, 2016

Monday, December 12, 2016

Sihat & Selamat Dengan Produk LERY GROUP


Assalamualaikum!


Pernah terfikir tak bahawa produk yang kita gunakan untuk seisi keluarga tak kiralah samada ubat-ubatan mahupun bahan pembersih di rumah mempunyai bahan kimia yang membahayakan? Inilah yang menjadi kebimbangan kita kerana tanpa sedari, diri kita dan keluarga mungkin terdedah dengan risiko bahaya alahan atau penyakit akibat kandungan bahan kimia dalam produk tersebut!

Sebagai ibu, aku juga tidak lari dari kebimbangan ini kerana jika difikirkan semula kebanyakan produk yang kita gunakan setiap hari pasti mempunyai bahan kimia! 



Sebenarnya, tak susah nak cari produk yang bebas bahan kimia. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab kalau korang baca blog aku ni, confirm korang tak perlu susah payah cari merata sebab aku sendiri akan kongsikan produk keluaran LERY GROUP ni yang selamat dan sihat untuk seisi keluarga 😉

Keistimewaan produk keluaran LERY GROUP ni adalah ia berasaskan MINYAK PATI SERAI WANGI dan FORMULA yang dihasilkan TIADA BAHAN KIMIA, TIADA KANDUNGAN DEET (bahan aktif dalam penyembur serangga), TIADA KANDUNGAN ALKOHOL dan yang paling penting ia SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK.


2 in 1 Multipurpose Cleaner 
1 Liter : RM 16.90
10 Liter: RM169.00


2 in 1 Multipurpose Cleaner 
500ml (Semburan): RM9.00 


Fungsi:

👉80% agen penghalau serangga seperti lipas, semut, cicak, lalat, lipan, tikus dan sebagainya

👉Dapat mengurangkan bau hapak pada sofa, karpet, tilam dan bantal
👉Dapat membunuh pepijat pada tilam, bantal, sofa dan karpet
👉Dapat membersihkan sebarang permukaan seperti lantai, kabinet, meja dan sebagainya
👉Dapat menghilangkan kotoran degil seperti kotoran yang bergetah dan gris
👉Dapat menghilangakan kotoran degil pada pakaian


Cara Penggunaan:


💨Hanya perlu campurkan 2 penutup sukatan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dengan setengah air baldi (bagi 1 botol 1 liter atau 10 liter) dan mop.

💨Untuk masalah serangga serius, para pelanggan perlu mengemop sebanyak 2 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.

💨Untuk tujuan mencuci lantai, tandas dan sebagainya, hanya semburkan sedikit mengikut anggaran masing-masing, kemudian sental dan bilas.

💨Untuk tujuan mengelap sebarang permukaan seperti meja, cermin, tingkap dan sebagainya, hanya semburkan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dan lap. Tidak perlu bilas sebagainya, hanya semburkan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dan biarkan. Semburan perlu dilakukan 2 kali setiap hari untuk 3 hari berturut-turut.


Citronella Shower Gel Anti Aedes & Zika 

500ml : RM16.90


Fungsi:


👉Bertindak sebagai gel mandian yang mencegah dari terkena gigitan nyamuk Aedes dan Zika
👉Melembutkan kulit
👉Menyegarkan badan
👉Air bilasan mandian yang mengalir ke saluran paip dapat menghalau serangga-serangga yang berada di dalamnya seperti lipan, cacing halus dan semut
👉Mengharumkan bilik mandi.
👉Dapat membunuh bakteria pada kulit.
👉Dapat dijadikan sebagai losyen bagi mencegah gigitan nyamuk terutama apabila menyertai aktiviti perkhemahan dan merentas desa.


Cara Penggunaan:


💨Letakkan sedikit Citronella Shower Gel Anti Aedes dan Zika pada tapak tangan dan campurkan sedikit air dan lumurkan pada badan serta bilas

💨Bagi penggunaan losyen, hanya lumurkan sedikit pada lengan dan kaki atau leher sebelum memulakan aktiviti perkhemahan dan merentas desa


Moisturizing Hand Wash : RM 15.90



Fungsi:


👉Dapat membunuh bakteria pada tangan
👉Dapat melembutkan tangan
👉Air bilasan tangan yang mengalir ke dalam saluran paip dapat membunuh serangga di dalamnya

Cara Penggunaan:


💨Letakkan sedikit cecair pencuci tangan pada tapak tangan, gosok dan bilas.

Insect Repellent 
55 ml : RM 7.90,1 liter: RM 30.00 
500ml: RM 15.00 , 10 Liter : RM300.00


Fungsi:

👉100% bertindak sebagai agen penghalau serangga dan tikus (terutama masalah serangga yang serius)
👉Bertindak sebagai pengganti kepada AEROSOL yang TIDAK merbahaya kepada kanak-kanak
👉Bertindak sebagai 100% agen untuk mencegah dan menghilangkan bau bilik yang hapak
👉Bertindak sebagai aromaterapi yang berfungsi melegakan tekanan emosi dan membunuh bakteria di dalam udara
👉Bertindak sebagai penghalau semut dan serangga yang lain pada tumbuh-tumbuhan 
👉100% dapat membunuh anai-anai.

Cara Penggunaan:


💨Hanya semburkan Insect Repellent pada bahagian yang diinginkan. TIDAK PERLU dilap

💨Untuk masalah serangga yang serius semburkan 2 kali setiap hari untuk 3 hari berturut-turut

💨Untuk masalah bilik yang berbau hapak, campurkan Insect Repellent dengan sedikit air (mengikut anggaran masing-masing dan keluasan bilik) ke dalam mesin aromaterapi dan pasangkan untuk setiap 1/2 jam (mengikut tahap masalah bau hapak tersebut)

💨Untuk mengelakkan dari serangga pada tumbuh-tumbuhan, hanya semburkan Insect Repellent pada tumbuh-tumbuhan dan biarkan.

Kombo Kembara (Citronella Shower Gel Anti Aedes & Zika 100ml, Moisturizing Hand Wash 100 ml dan Insect Repellent 55ml): RM 29.00


Kombo Kembara ni sesuai sangat bagi mereka yang suka travel. Masuk hutan tak perlu tergaru-garu dah, pek Kombo Kembara ni insyaAllah boleh melindungi korang dari gigitan nyamuk dan serangga.

Untuk makluman korang, walaupun produk keluaran LERY GROUP baru 3 bulan menapak dalam pasaran tempatan, tapi sambutan yang diterima amat menggalakkan terutama dari syarikat-syarikat korporat dan persendirian. antara pelanggan korporat mereka ialah Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, Hotel Cyberview Resort & Spa Cyberjaya, Kelab Golf Saujana Subang, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, Hotel Pam Inn Ampang, Nasi Kandar Kajang Bangi, Tadika Adeela Melawati, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dan banyak lagi.

Dimana boleh dapatkan produk keluaran LERY GROUP ni? 

Haa korang boleh beli secara online di Lazada Malaysia, atau boleh dapatkannya di pasar mini terpilih seperti GJ Mart di AU2 Keramat, Pasaraya As Syakirin Melawati dan Suri Halal Mart, Ukay Perdana. Dan pada awal tahun 2017 nanti, produk keluaran LERY GROUP akan dipasarkan di rangkaian hypermarket di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :



LERY GROUP SDN. BHD.
SC-SG-24, JALAN UP1/1D
SPRING VILLA , UKAY PERDANA
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA.

HOTLINE:
+6016 644 9105

CUSTOMER CARE HOTLINE:
+6019 296 9756


Friday, September 30, 2016

Friday, September 30, 2016

Pentingnya kena hadir ceramah kebakaran!


Assalamualaikum!


Ada satu soalan yang penceramah tu ajukan semalam yang membuatkan aku terfikir, yang mungkin selama ni barangkali kebanyakan dari kita suka ambil enteng benda ni. Berapa banyak antara kita yang ketika duduk buat kerja di pejabat, bila loceng kecemasan berbunyi dan kita masih melakukan kerja di meja? 

Sebab tu bila encik bomba mengatakan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah pasal benda ni, aku tak boleh nafikan kerana itulah hakikatnya. Tapi syukur penerangan dan pencerahan dari encik bomba semalam sedikit sebanyak telah menyedarkan kami yang hadir tentang kepentingan mengetahui tentang latihan kebakaran.


Tuesday, May 24, 2016

Tuesday, May 24, 2016

Tips Fesyen Online Muslimah Ke Pejabat


Assalamualaikum!


Antara benda yang boleh buat korang stres setiap hari ialah memilih pakaian yang sesuai untuk ke pejabat ... setuju? Untuk kaum wanita yang bekerjaya khususnya, memilih baju boleh menjadi satu 'mimpi' ngeri kerana jika tersalah pilih ia akan 'menghantui' kita selama-lamanya! Tidakkkkkkkkk ..... T_T

Banyak faktor yang perlu dititikberatkan sebelum kita memilih pakaian. Samada korang bekerja di pejabat mahupun melakukan tugasan di luar, pemilihan pakaian yang praktikal dan sesuai sangat penting untuk memastikan keselesaan ketika melakukan pekerjaan. Antara faktor yang diambil kira ialah :

  • saiz badan
  • umur
  • jenis kerjaya,
  • padanan corak serta aksesori
  • tona kulit (mengikut personaliti)

Tapi jangan risau! Kerana ada beberapa tips fesyen online yang boleh bantu korang membuat pilihan dengan betul dan sesuai! ;)
 


gambar : sekadar hiasan


Tips Fesyen Online Muslimah Ke Pejabat

  • Kenali tubuh anda

Paling utama dan paling terpenting sekali, anda kena kenali tubuh badan anda. Pilih pakaian yang selesa dipakai dan tidak terlalu menonjolkan bentuk tubuh badan. Pastikan pakaian yang dikenakan sesuai dengan ketinggian dan bentuk tubuh. 

  • Tentukan jenis pakaian yang boleh dan tidak boleh dipakai ke pejabat
Tidak kira samada anda bekerja di agensi kerajaan mahupun swasta/korporat, pemilihan jenis pakaian yang sesuai penting mengikut profesion masing-masing. Gunakan garis panduan pemakaian yang disediakan supaya anda boleh membuat keputusan yang betul dalam memilih pakaian. Antara pilihan jenis pakaian yang sesuai ialah baju kurung, kemeja bersama blazer, jumpsuit dan lain-lain. Elakkan dari memakai material jenis denim atau jeans.



gambar : sekadar hiasan
  • Pilih saiz pakaian yang sesuai dengan bentuk badan
Elakkan memakai pakaian yang kainnya mengikut bentuk badan. Pemilihan saiz baju yang betul akan memberikan imej profesional dan juga selesa ketika di pejabat. Sekiranya anda sering mengenakan kemeja dan seluar slack atau long pants, pastikan baju kemeja tidak pendek sehingga di paras atas paha.

  • Pilih padanan warna yang sesuai 
Sebaiknya pilih dua padanan warna yang sesuai. Paling maksimum, boleh sehingga tiga warna sahaja. Elakkan memilih kumpulan warna yang sama, Kumpulan warna terbahagi kepada dua iaitu warna sejuk dan warna panas. Sekiranya mempunyai corak, anda boleh suai padankan dengan warna yang terdapat dalam corak tersebut untuk membangkitkan penampilan yang lebih harmoni



  • Aksesori
Fesyen tidak hanya terfokus pada pemakaian sahaja, malah ia turut melibatkan pemilihan aksesori yang sesuai dan padan seperti tudung, kasut dan beg tangan. Untuk tudung, elakkan dari memilih tudung yang mempunyai corak 'berserabut' dengan hiasan manik dan labuci semata-mata, namun jika terdapat sedikit di bahagian tepi tudung itu tidak menjadi salah!

Sekiranya anda memakai pakaian corak 'kosong', tudung sebaiknya pilih yang bercorak. Padanan warna juga perlu diambil kira supaya warna tudung harmoni dan seimbang dengan warna baju. Begitu juga jika anda memakai baju bercorak, maka tudung bercorak 'kosong' dipilih.

Harap tips-tips di atas dapat memudahkan kita membuat keputusan dalam memilih pakaian yang sesuai. Yang penting kita merasa selesa dengan apa yang kita pakai dan praktikal dengan bidang tugas kita di pejabat atau di luar. 

Selamat mencuba! ^^



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.