Breaking

Friday, November 23, 2012

Friday, November 23, 2012

Sila Tampar Muka Anda!






Anda ingin tampak menawan? Anda ingin menghilangkan kedutan di wajah anda? Anda ingin tampak awet MUDA? Kini ader cara terbaru yang korang boleh cuba, iaitu terapi menampar wajah seperti yang korang tengok di atas. *cari gini pun boleh wat terapi yek*

Di Amerika Syarikat, terdapat sebuah salon kecantikan yang diusahakan oleh pasangan suami isteri yang berasal dari Thailand. Mawan & Tata Sombuntham membuka salon kecantikan ini khusus untuk menyediakan rawatan terapi menampar wajah untuk awet muda. Ia adalah terapi yang disebut dapat menjadikan kulit muka kembali tegang seperti waktu muda.* ye ke dakkkkkk?* Selain itu, melalui terapi ini, pori-pori kulit dapat dikecilkan, serta menghapuskan garis-garis kedutan pada wajah.

Tata, isteri kepada Mawan adalah pakar dalam melakukan terapi tampar tersebut. Dia mendakwa bahawa terapi tampar wajah miliknya adalah yang pertama dalam terapi anti-penuaan di dunia ini.

Setiap sesi rawatan, Tata aka mengenakan bayaran sebanyak $350 (RM1050)* mak aiiiiii!mahal bobonar eh!!!!* untuk terapi selama 15 minit *bapak kejap sangat! kalu kentut pun bau tak ilang lagi aihhhh!*, di salonnya di bandar San Francisco, AS.

Pasangan suami isteri jua turut menjamin keberkesanan dan hasil yang tidak perlu ditunggu lama. Setelah selesai terapi, pelanggan akan dapat merasai kelainannya. *yup, for sure kulit merah meredang*

So, ader yang tertarik dengan konsep rawatan anti-penuaan terbaru ini? Tak perlu bedah, tak perlu suntik, tak perlu ubat. Cuma, kasi penampaq baguih punya kat muka laju-laju....kihkihkihkih~




Friday, November 23, 2012

Segmen: Tolong Kutuk Kow2 Blog...



Mak aiiiiihhhhh! Segmen aper ni?Tak pernah dibuat orang lagi..hehehehe. Kalu korang jenis telinga tebal, hati tebal, mata tebal (tak mudah nangis), dan tak mudah sentap, jom sertai segmen ni,ader bran??heeeee (^_^). Tak pasti la aper dia nak cakap pasal blog awan akak ni...redho jer laaaaaa!~weeeeee (^_^). Kalu nak join sonang yo, ekau poyi tokan kek banner atas, ado la dio kek sano nun...hehehe.

Friday, November 23, 2012

Alhamdullilah, Palestin Kembali Tenang..Israel Gagal.



Sumber:HALUAN Palestin

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar! Sesungguhnya kemenangan itu milik Allah s.w.t dan orang-orang Palestin. Gencatan senjata yang dipersetujui kedua-dua pihak bertelagah telah berakhir semalam. Ribuan penduduk Gaza mula keluar di jalan-jalan raya beramai-ramai bagi meraikan kemenangan mereka menentang tentera Zionis laknatullah.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas menghubungi Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh semalam bagi mengucapkan thaniah di atas 'kemenangan' mempertahankan Gaza dan menentang Israel. Beliau turut mengucapkan takziah kepada mereka yang mati syahid.


Sumber:kosmo

Antara lain, teks kesepakatan gencatan senjata berbunyi;
"Israel akan menghentikan semua tindakan permusuhan (hostilities) di daratan, laut dan udara Semenanjung Gaza, termasuk pencerobohan dan sasaran-sasaran terhadapa individu-individu tertentu."
"Semua paksi (pasukan pejuang di) Palestin juga kana menghentikan semua tindakan permusuhan dari dari Semenanjung Gaza terhadap Israel, termasuk serangan roket dan semua serangan di sepanjang sempadan." 
"Prosedur perlaksanaan kesepakatan ini akan dilaksanakan dalam 24 jam sesudah gencatan senjata. Mesir sebagai negara yang menaja rundingan ini akan memastikan kedia-dua pihak terlibat teguh berpegang dengan kesepakatan tersebut. Kedua-dua pihak dilihat menyatakan komitmen masing-masing untuk tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh merosakkan kesepakatan tersebut. Sekiranya berlaku tindakan yang merosakkan kesepakatan, Mesir sebagai penaja rundingan damai ini akan dimaklumkan dan akan mengambil tindakan langkah selanjutnya."
Terima kasih Ya Allah, kerana memberi kemenangan ini kepada pejuang-pejuang di Palestin. Terima kasih Mesir yang sangat tegas dalam hal ini,semoga Allah merahmati anda. Terima kasih juga atas doa-doa dari seluruh umat Islam di dunia dan hanya kepada Allah s.w.t sajalah tempat kita bergantung. Sesungguhnya, Allah Maha Besar lagi Maha Berkuasa.Allahuakbar!~

Dan ketika kamu ditimpa kesusahan, bacalah;

"Hasbunallah wani'mal wakil"

(Cukuplah Allah sebagai Penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung) 

Thursday, November 22, 2012

Thursday, November 22, 2012

My Pearl: She's Graduated!



My 1st Pearl-Nurul Hazwani


Allahurobbi....besar panjang dah anak dara aku yang sulung ni. Inilah My Pearl yang sulung, Nurul Hazwani, baru 5 tahun. She looks gorgeous, isn't she?(^_^)...Love this gegurl so much, even though dia yang paling banyak kene marah kat umah huhu. But , ibu tegur coz ibu sayang you baby. Dia dah habis tadika umur 5 tahun, actually picture ni lama dah 9hb Nov ari tu dia amik kat sekolah..but since dia kat kampung dek kene 'chicken pox' sampai dua minggu, maka baru semalam la picture ni sampai ke tangan ibu.

Pandai pulak dia buat muker serius, biasanya my Pearl ni pemalu nak amik gambar..mesti senyum kucing *malu-malu* kalu suruh posing. So, tahun depan Hazwani dah umur 6 tahun, sambung tadika balik. Tetapi, kali ni Hazwani dah tak pegi school yg sama. Sebab ibu dah daftar Hazwani kat tadika lain, yang dekat dengan office ibu. So, nanti senang la kiter pegi keje & tadika sesama...kan kan kan kan?heeeeee(^_^)

Congratulations dear, walaupun ini hanya baru  pre-school graduation but I'm so proud of you baby. Semoga Hazwani jadi anak ibu yang solehah, kakak yang baik dan muslimah yang diredhai Allah selalu. Sayang kakak ketat-ketat...mmmuaahhhhh!~



Thursday, November 22, 2012

Samsung Galaxy S4



Giler! Giler! Memey giler..!*sorry guys akak mulakan dengan "GILER" sebab gadget terbaru ni memey tak pernah dibuat orang lagi..boleh pulak dilipat2 yer~so invention diaorg high-advance dan GILER!* hehehehe.


Bagi peminat tegar telefon pintar Samsung, atau yang baru nak kuarkan duit dari dompet dan tercari-cari gadget impian apakah yang bisa menarik duit korang, akak nasihatkan....."Lek luuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!" hehehe. 

Teknologi membuatkan manusia semakin 'GILER'. Lihat sajalah ' special features' SG S4 ini, dilengkapi dengan pemproses Exynos atau Qualcomm's Snapdragon. Skrin OLED(Organic Light-Emitting Diode) yang lebih besar dari telefon pintar terdahulunya, S3 (4.8 inci), dan iPhone 5 (4 inci)- mungkin akan jadi 5 inci. Ia juga termasuk '4G LTE connectivitiy' dan Android OS.




Menurut media, syarikat teknologi gergasi Korea Selatan itu kini dalam peringkat akhir pembangunan telefon pintar fleksibel itu dan dijangka sedia untuk dipasarkan tahun depan.



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.