Breaking

Wednesday, November 28, 2012

Wednesday, November 28, 2012

Tahun Terakhir Aku Sebagai 20-an


Alahai....seriau baca title di atas. Setidaknya, seriau bagi aku yang dah genap 29 tahun arini.*eppy besday to me, cakap dalam hati*. Bukan seriau sebab dah tua yo, yang tu saper2 pun tak leh ubah. Hatta ko pakai make-up tebal 30 kaki @ "dia cucuktang sana, dia cucuk tang sini" still kiter tak boleh sorokkan ketuaan yang makin menghampiri. But, at least we try to make our age worth as it goes up kan?

So, tahun ni tahun terakhir aku bergelar 20-an..huwaaaaaaa!~*takyah nak tangkap leleh la anim oiiii, ko memey dah tuo*. Aper yang aku dah capai sepanjang aku hidup 29 tahun ni??Hmmmm, kalu nak long story den tak dapek la nak kabo an, sobab den ni memori cumo 4GB yo, so den cito short story la yo.





10 tahun pertama:
Aku dilahirkan di rumah, sebab masa tu spital jauh(takda transport layi). Anak bongsu dari 3 beradik ni memey manjo ngan omak dan abah. Especially abah la...abah rajin dukung aku masa kecik2 dulu. Aku ingat lagi, asal balik keje jer dia dukung aku heehhe. 

Pastu, aku membesar jadi kanak-kanak riang, bermain di hadapan rumah setinggan, dikelilingi pokok pisang bak hutan belukang.*chewah!macam pantun plak*hehehe. Yang peliknya, aku takleh ingat saper kawan2 aku masa tu..mungkin sebab aku tak amik peduli sangat saper mereka asalkan aku ader kawan nak main wahahaha~Tapi, ader sorang budak ni dapat basikal baru (korang tau kan, masa tu kalu ader basikal roda tiga, dialah budak paling bertuah dalam kampung tu), so setiap kali main basikal akulah jadi tukang tolaknya. Mak cakap, "kesian anak aku tolak basikal orang", seminggu pas tu aku plak dapat basikal baru...basikal BMX ko!(time tu, kalu ko ader BMX macam ko ader BMW tau!)Haaaaa hamikkkkk!Gedebushhhhh....aper lagi aku pun hayun la basikal baru aku keliling kampung wawawawa~


10 tahun kedua
Ahhhhhh, masa ni hidup aku bertambah complicated. Hari-hari gi sekolah, keje rumah yang banyak dan makan pun banyak hehehe. Tapi satu yang aku ingat, masa aku Form 2 aku dah mula 'jatuh cinta' dengan bahasa kantonis. Sampai mak aku cakap aku ni 'antu limau', sebab setiap kali CNY akulah orang paling gumbira dalam rumah sebab abah mesti belikan akulimau satu kotak. Tu belum yang dapat free lagi dari opis dia. Habis sumer aku pulun, duk depan tv makan buah limau. Perrghhhh, aku memey 'antu limau'.....huh. Pastu, aku ni suka makan pakai chopstick, dan korang tau la kan masa tu memey maggi menjadi kegilaan aku. Dah tu, tengok pulak citer cina...haiiiiii....kiranya aku belajar bahasa cina melalui dialog diaorg cakap tu la.

Pastu, sambung belajar lagi..dari PMR habis ke SPM naik ke STPM. Tipula waktu ni kalu aku cakap aku tak bercinta. Tapi waktu tu cinta terhalang...hahahahaha. Naper aku ketawa??Sebab kalu diingat balik memey berbaloi aku kecewa waktu tu...tapi korang tau la kan, habis menonggeng aku dibuatnya. Maklumla, perasaan ini bila dilingkungi oleh aura cinta & kasih sayang mestilah melahirkan jiwa yang gumbira kan. Sekali...haaaa hamik ko anim! Putus sudah kasih sayang...hehehe.

9 tahun..nak masuk 10 tahun ketiga
Biasala waktu ni, dah habis belajar sambung keje pulak. Memula keje kat legal firm. Cukup setahun, tukar gomen plak. Banyak yang aku belajar, tapi takkan sumer nak story sini kan heeeee. Biler dah kene tukar ke Kuantan, 7 tahun aku duk sana. Bertemu plak cinta hati baru, dengan suami orang pun berminat nak kenal..haissshhhh bahaya derrr!~ Tapi, anak teruna gak yang aku pilih wahahahaha. Sekarang, anak dah dua..yang 1st ceaserian, yang 2nd normal. Tapi, part bersalin adalah yang agak mencabar seumur hidupku. Antara hidup & mati, hanya Allah menentukan. But, i'm happy with my kids now..and pray that they will succeed in their life dunia akhirat.

Sorry derrrr, agak panjang coretan petang ni. Tapi, ni la memori yang aku short story kan (baru 2GB jer ni)~(^_^)

Wednesday, November 28, 2012

Bos Mafia Yang Baby-Faced


"Panggggg!Panggggg!Panggggg!"*bunyi tembakan pistol di sana sini.*
Si mafia yang brutal menunjukkan kejantanannya melawan musuh, lalu terus menembak
seperti seorang pro. Lalu, polis pun datang ingin menangkapnya..!
Si mafia kemudian........~jeng jeng jeng~

Tempat Abete bersembunyi.

Ek elehhhhhhhh! Aper barang nyorok dalam rumah derrr. Tadi hang tunjuk teraaaaa sangat! La ni hang nyorok sinun wat pa? Kalu hang anak jantan hang kuaq la...!~

Hehehehe, ok yang tadi tu dialog buatan sendiri yer...sajer nak bagi gimik lebih skek. Tapi citer pasal mafia ni nyorok dalam rumah tu betul la. Mariano Abete, 21, digelar sebagai 'baby-faced' mafia telah ditangkap ketika sedang bersembunyi di sebuah bilik rahsia di rumah ibunya, di Itali. Media Itali menggelarnya baby-faced, kenaper? Sebab muker dia baby-faced la kot.

Mariano Abete, 21 tahun
See, muda lagikan? Baru 21 tahun hidup di muka bumi Allah, dah jadi bapak gangster. Abete mengetuai keluarganya dalam pertikaian dengan kumpulan jenayah Neapolitan Camorra yang diketahui pernah membunuh ramai mangsa. Walaupun Abete masih muda, pihak berkuasa Itali menganggap dia sangat berkuasa dan berbahaya. Selain itu, dia turut terlibat bersubahat dalam kegiatan penjualan dadah. 




P/S: Mafia la sangaaaaatttttt.



Tuesday, November 27, 2012

Tuesday, November 27, 2012

World Largest Oceanarium..Where?


Wokeh wokeh, tadi kiter dah baca tentang 10 Tempat Shopping Terbaik Dunia kan, tak baca lagi ker? Laaaaa...klik tajuk tu, baca tau!~sambil2 korang santap @ rehat2 tu moh kiter baca plak entri berkaitan dengan oceaaannnnnnnn......laaauutttttttt.~~~~~

Tapi, ocean yang ni lain skit tau..bak kata orang unik la. Ocean ni duduk dalam akuarium...acaner tu?* puas mikior ye yob??* heheheehehe. Ocean duk dalam akuarium dipanggil oceanarium..(macam2 istilah diaorg ni)  yang kiter nak citer ni adalah yang terbesar di dunia. Haaaaaa....di mana???Ohhhhhh~ tak jauhhhh..dokek yo! Korang seberang je kat jambatan tu, sampai la ekau sumo kek negaro dio...sapo layi, Singapore laaaa.

Teringat memori dulu waktu pergi Sentosa, Singapore melalui rombongan yang ditaja oleh kementerian pelajaran waktu tu. 1st place kitaorg pegi ialah di Pulau Sentosa. Akak  nek basikal ngan kengkawan form 6, mandi manda di laut & nek bas double-decker keliling pulau. Then kitaorg pegi Orchard Road sebelah malam jalan-jalan...tengok skrin gergasi di mana-mana. Juling mata tengok lampu lip-lap huhu.

Ok, we stop right there..kang ader yang buat taik mata depan pc kang hehehe. Nak tahu lebih lanjut? Rolllllll your eyessssss....hikhikhik~


Akuarium terbesar di dunia terletak di Singapore


S.E.A Akuarium, adalah akuarium yang terbesar di dunia menmpatkan lebih 100,000 hidupan laut dengan lebih 800 spesies di kedalaman air setinggi 45 meter, telah dibuka pada Khamis lepas.

Kini, Akuarium Asia Tenggara (S.E.A Aquarium) ni & Advanture Cove Waterpark adalah merupakan dua tarikan baru yang terdapat di Taman Hidupan Laut di Resort World Sentosa, Singapore.



Antara hidupan laut yang terdapat di sini ialah, ikan pari, jerung kepala tukul dan dolfin Indo-Pasifik 'bottlenose'. Akuarium terbesar ini mengandungi 49 habitat laut yang menyerupai kawasan lautan di Asia Tenggara. 

Kat sini juga ada disediakan restoran yang dilengkapi dengan cermin kalis pecah (supaya air tak dapat tembusi kaca), dan dikatakan menghidangkan makanan laut juga.


Tiket masuk ke S.E.A Aquarium:  $29 untuk dewasa, $20 untuk kanak-kanak & warga emas. Harga yang sama untuk Adventure Cove Waterpark.Dari sekarang hingga 7 Disember 2012, dibuka setiap hari dari 10a.m - 6p.m. Waktu dibuka akan dipanjangkan, 10a.m - 7p.m dari tarikh 8 Disember dan seterusnya. Tempahan awal adalah digalakkan.


Sumber gambar: CNN


Tuesday, November 27, 2012

Segmen: Nak Header Macam Tu




Haaaa ni ader lagi satu segmen menarik untuk disertai..
Pada pink lover yang ni tak boleh dilepaskan bebbbb~
Kalu korang nak join, just klik banner kat atas
dan ikut segala syarat2nya yer~

Nama: Hanim Bt Hashim
Nama Blog: My Blog Cloud
Warna pilihan: Pink (D2608C)

Segmen ni akan tamat pada 27 Nov 2012 11.59malam 
(So, ader masa lagi ne beb, lets grab it!)

Pssstttttt! Hanya 30 orang terawal yang akan dapat header, so CEPAT la join!

Tuesday, November 27, 2012

10 Tempat Shopping Terbaik Dunia..Kuala Lumpur Ader?

Haaaaaa..so, pagi tadi waktu dok busy racing dalam kereta biru akak, terdengar la kat radio ERA celoteh pasai 10 tempat shopping terbaik dunia. Korang korang korang dan korang (sambil tunjuk) kan suker shopping kan heeeeee. Pada akak la, shopping ni macam dadah (drug @ ubat) tau, kalu tak amik korang bertambah 'sakit'. Kalu 'overdose' pun bahaya gak. So, kiter shopping ala kadar je la yer. Macam akak ni hehehehe *tau la bajet aku skek*

So pada 'shopaholic' yang ader duit menimbun tu, CNN Travel ader keluarkan  senarai 10 tempat shopping terbaik dunia untuk korang boroskan duit korang hehehehe. Jom kiter terjah satu persatu, shall we?;

Penilaian terhadap sesebuah bandar dibuat berdasarkan 4 kategori, menggunakan skala 1-10 sebagai markah penilaian.


1. Cara mudah ke sana : Kualiti pengangkutan awam, keselesaan dan kemudahan teksi.
2. Nilai: Peluang mendapatkan tawaran murah, harga murah & berpatutan.
3. Kepelbagaian : Variasi jenama, kepelbagaian jenis kedai, butik malah khidmat servis lain.
4. Pengalaman: Bandar yang cantik, hiasan kedai yang menarik serta paparan cermin yang berkualiti, mesra pelanggan, staff yang kompeten, tempat menjamu selera serta pekhidmatan lain.
~Countdown sesama yer~

10. Madrid


 Cara Nak ke Sana : 6 I Nilai : 6  I Kepelbagaian : 4 I Pengalaman : 7   
Jumlah :23

  9. Dubai, Emiriah Arab Bersatu.




Cara Nak ke Sana: 6  I Nilai: 6  I Kepelbagaian: 8  I Pengalaman: 4  
Jumlah: 24

8. Vienna



Cara Nak ke Sana: 6 I Nilai: 8  I Kepelbagaian: 3  I Pengalaman: 8  
Jumlah: 25 

7. Buenos Aires


Cara Nak ke Sana: 6  I  Nilai: 8  I  Kepelbagaian: 6  I Pengalaman: 7  
Jumlah: 27
6. Hong Kong


Cara Nak ke Sana: 10  I Nilai: 5  I  Kepelbagaian: 6  I Pengalaman: 7  
Jumlah: 28

5. Paris


Cara Nak ke Sana: 6  I  Nilai: 6  I Kepelbagaian: 8  I  Pengalaman: 9  
Jumlah: 29
4. Kuala Lumpur


Cara Nak ke Sana: 6  I Nilai: 10  I Kepelbagaian: 8  I Pengalaman: 6   
Jumlah: 30
3.  London


Cara Nak ke Sana: 6  I Nilai: 6  I Kepelbagaian: 10  I Pengalaman: 9   
 Jumlah: 31
2.  Tokyo


Cara Nak ke Sana: 8  I  Nilai: 8  I Kepelbagaian: 9  I  Pengalaman: 9   
Jumlah: 34
1. New York


Cara Nak ke Sana: 8  I Nilai: 7  I Kepelbagaian: 10  I Pengalaman: 10   
Jumlah:35

Untuk lebih info mengenainya, KLIK SINI



P/S: Surprisingly, Singapore is not anywhere in the list???



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.