Breaking

Saturday, December 01, 2012

Saturday, December 01, 2012

Masjid Untuk Golongan Gay Bakal Dibuka??


Astaghifirullahalazim!Astaghifirullahalazim!Astaghifirullahalazim. Mengucap panjang akak biler terbaca artikel ni..!Patutlah Allah timpakan bala saban tahun pada kiter, rupanya manusia yang spesis begini la yang merosakkan kesucian agama Islam. Ya Allah, ternyata ini sumer memang menjelikkan, menyakitkan hati & rasa macam nak hempuk je mamat ni ke dinding!

Allah telah berfirman, yang bermaksud;

"Dan Allah (hendak membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubatmu, sedangkan (orang-orang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran), dengan penyelewangan yang besar bahayanya."

                                                                  (Surah An-Nisa' : Ayat 27)


Ludovic-Mohamed Zahed


Mamat mana yang akak maksudkan ni,korang nak tahu? Mamat ni mengaku muslim...dan juga gay! Ludovic-Mohamed Zahed memang tidak asing lagi bagi warga Gay di Paris. Rancangannya untuk menubuhkan sebuah masjid 'mesra-gay' dalam sebuah ruang kecil di rumah sami Buddha, kononnya untuk memberi kemudahan kepada orang muslim-gay untuk solat bersama & boleh bercampur lelaki dan perempuan (lesbian). Masjid ini juga membolehkan wanita menjadi imam untuk solat Jumaat! Ruang solat pula dibina dari cermin & menghadap sebuah taman yang dihiasai pelbagai simbol Buddha. Nauzubillahiminzalik!~


Masjid mesra-gay muslim di Paris

Namun, penubuhan masjid mesra-gay ini telah mendapat tentangan dari semua  insitusi Islam di sana.*Memang wajib pun ditentang!*. Astaghifurllahalazim, mohon janganlah benda begini berlaku di Malaysia. Tak sanggup rasanya duduk dalam komuniti sebegini, dah la amalan hidup tu salah..boleh plak ditubuhkan masjid untuk golongan yang dikutuk Allah & Nabi s.a.w.




Ingatlah, kiter sembahyang bukan ikut cara yang bagaimana kiter suka..tapi mesti mengikut aturan yang telah ditentukan Allah. Kalu dah begini jadiknya...dah tentu terpesong jauh!
Sesungguhnya, 'pemandangan jijik' ini telah melanggar fitrah Islam, dan mereka juga tergamak mempermainkan hukum Allah yang jelas & terang melarang hubungan sejenis, sebagaimana firman Allah yang bermaksud;

Dan Kami juga telah mengutus Luth kepada kaumnya, ingatlah tatkala dia berkata kepada mereka, "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah ituyang belum pernah dikerjakan oleh seseorang (di dunia ini) sebelummu?? "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas"
                                                                                      ( Surah al-Araaf : Ayat 80-81)


Thursday, November 29, 2012

Thursday, November 29, 2012

Jangan Ganggu Suami Saya...!



Berani..Berani...Berani!






Wahahahahahaha...kan dah tokono!Hikhikhikhik...okla gelap sangat dah ni.Kiter sambung sok wokeh!~



Thursday, November 29, 2012

Screwdriver Tertusuk Hidung!


Errrghhhhh! Memang tak dapat nak dibayangkan kalu kiter yang ye dak. Ader yang pegang hidung sendiri?hehehe. Belum kene pun kiter dah tahu betapa sakitnya kalu tertusuk screwdriver! Sakit gilerrrrr! Mau robak hidung mancung ku!Tapi, ini adalah kisah benar yang berlaku di Tianshui, Wilayah Gansu, China. Seorang budak perempuan berumur 4 tahun telah tertusuk screwdriver di hidungnya selepas terjatuh, di mana ketika itu dia memegang srewdriver tersebut di tangannya. 

Dia dikatakan sedang bermain dengan screwdriver itu di rumah neneknya.(haiiii..takde bende lain ker ko nak main dik nonnnn...doll ker, men masak2 ker, men kawen2 ker). Screwdriver yang tertusuk itu betul-betul menembusi hidungnya dan melekat di bawah soket matanya. Aiyaiyaiyai...! 

Jiali, 4 tahun

Tapi, satu yang akak respect kat gegurl ni dia tak nangis pun kan. Cer tengok tu, dia ok jer siap boleh pandang kamera lagi. Kalu akak la, lama dah akak pengsan tak pun cabut sendiri screwdriver tu huhu. Jiali dikejarkan ke hospital , namun pakar perubatan melakukan beerapa 'brain scan' untuk mengesan & memastikan dia tidak mengalami kecederaan lain yang serius.



Walaubagaimanapun, doktor berpendapat adalah sukar bagi mereka mengeluarkan screwdriver tersebut dari hidung Jiali tanpa menyebabkan kecederaan serius padanya. Jiali dimasukkan ke hospital tempatan namun dipindahkan sebanyak dua kali kerana doktor di sana tidak pernah menangani kes sedemikian. 

Jiali akhirnya dibawa ker Hospital Xijing, 4 jam dari bandar Xi'an. Di sana, dia menjalani CT Scan dan x-ray yang menunjukkan imej ngeri kecederaan hidungnya.


gambar x-ray Jiali

Pakar bedah, Dr Yu Qin berkata, " Ia hanya 2-3mm dari bawah tengkorak. Ia sangat berbahaya"


Thursday, November 29, 2012

Kerat, Bogel & Menang!!


Morning glory everyoneeeee! It's Durian day in the office...(^_^). Semerbak baru durian kampung Pahang kat opis ni. Mekasih banyak buat sahabat yan bawak sampai 15 biji untuk berkongsi dengan rakan sekerja lain. Semangat macam ni la yang kiter maukan kan kan kan..selain semangat untuk makan, wahahaha!~

So, rakyat jelata Malaysia dah tahu malam tadi kiter menang game dengan Laos kan. So, seronok kiter sumer kan. Aperpun, buat  dua orang  yang umur banyak akai pendek telah suker suki jer buat akujanji tentang kemenangan Malaysia malam tadi.Haddoooowwwww! main2 korang dengan janji yer!

Kredit Gambar: Eraz Fadzli



kredit gambar: Eraz fadzli


 Aper akal la nama ko sama ngan nama anak aku...haissshhhh malu! Yang pempuan nak bogel, yang lelaki nak kerat. Haa ni la bahana nak popular punya pasal. Sanggup post yang bukan2.


Wednesday, November 28, 2012

Wednesday, November 28, 2012

Hujan: Kekuasaan Allah Bukti Sains dalam al-Quran.


Bismillahirrahmanirrahim...


Turutan proses kejadian hujan.


Allah telah berfirman, yang bermaksud;

" Dialah Allah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira."
                                                                                     ( Surah ar-Ruum: ayat 48)

Perhatikan isyarat yang Allah berikan melalui satu ayat, penjelasan proses terjadinya hujan,  jauh sebelum manusia mengenal ilmu pengetahuan  moden. Maka, buku sains terhebat ialah al-Quran. Subhanallah!~


"Dialah Allah yang mengirimkan angin.."

  • Gelembung-gelembung udara yang jumlahnya tidak terhitung yang dibentuk dengan pembuihan di lautan, pecah terus-menerus dan menyebabkan partikel-partikel air menuju ke langit.  Partikal-partikel ini yang kaya akan garam, lalu diangkut oleh angin dan bergerak ke atas di atmosfera. Partikel-partikel ini yang disebut aerosol, membentuk awan dengan mengumpulkan wap air di sekelilingnya, yang naik lagi dari laut sebagai titik-titik kecil dengan mekanisme yang disebut 'perangkap air'.
".....lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan mejadikannya bergumpal-gumpal..."
  • Awan-awan terbentuk dari wap air yang menjadi embun di sekeliling butir-butir garam @ partikel-partikel debu di udara. Kerana air hujan sangat kecil (dengan diameter antara 0.01mm & 0.02mm), awan-awan itu bergantungan di udara dan terbentang di langit. Jadi, langit dilitupi dengan awan-awan.
"....lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya.."
  • Partikel-partikel air yang mengelilingi butir-butir garam dan partikel-partikel debu itu membeku dan membentuk air hujan. Jadi, air hujan ini yang lebih berat dari udara, bertolak dari awan dan mulai jatuh ke tanah sesuai dengan daya gravitinya.

Fakta lain yang diberikan dalam al-Quran mengenai hujan adalah bahawa hujan diturunkan dalam kadar tertentu. Hal ini disebut dalam firman Allah yang bermaksud;

" Dan yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur)."
                                                                                (Surah az-Zukhruf: ayat 11)


Maha Besar dan Maha Benar Allah dengan segala firmanNya, semua tahap pembentukan hujan betul telah diceritakan dengan berturutan dan secara jelas dalam ayat-ayat al-Quran. Sebgaimana fenomena-fenomena alam lain di bumi, al-Quran lah yang menyediakan penjelasan yang paling dahulu mengenai fenomena ini dan juga telah mengumumkan fakta-fakta kepada orang-orang jauh ribuan tahun sebelum ditemui ilmu pengetahuan moden. Allahuakbar!~


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.