Breaking

Wednesday, December 12, 2012

Wednesday, December 12, 2012

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia


Allahyarham Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Saper yang tak kenal dengan empunya diri di atas kan? Dulu, masa akak kecik2 time dekat2 nak ghayer, inilah orang yang dicari2, paling femes! Dalam masa 5 minit tu, arwah lah orang yang paling ditunggu2 oleh rakyat Malaysia di depan kaca televisyen. Walaupun, setiap tahun kiter dah tahu tarikh hari raya dekat kalendar, tapi masih jugak kiter nak melekat depan tv untuk tunggu pengumuman rasmi dari arwah, ye dak?

Dan biler confirm tarikh ghayer malam tu, memey riuh satu Malaysia dibuatnyer! Aperpun, sebagai hamba yang lemah kiter sumer perlu redha dengan ketentuanNya. Setiap yang bermula ada penghujungnya. Begitu juga dengan kehidupan. 

Allahyarham Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, telah pun meninggalkan kiter buat selama-lamanya di Hospital Selayang, kira-kira pukul 8.30malam tadi.Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu, Tengku Zahab, enam orang anak, empat darinya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor-Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai 1989-2011. Alfatihah...semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.~

P/S: Semangat ghayer dah tak macam dulu..sebab semangat nak cari duit lebih lagi huhu.

Wednesday, December 12, 2012

Pijak Anak Sampai Mati (Manusiakah @ Binatangkah?)


Klik kalu nak baca besar2

SAMUT KHOI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipukul sampai mati oleh bapa tirinya, menurut laporan, semalam.

Abang mangsa yang berusia lapan tahun berkata, dia ternampak bapa tiri mereka, Parinya Thonkaew sedang mengikat tangan adiknya dan memukulnya beberapa kali tanpa belas kasihan menggunakan kaki meja.-HM

Ya Allah, astaghifirullahalazim! Tak sanggup akak nak baca habis artikel ni. Boleh bayangkan tak kalu adik @ anak korang yang kene? Boleh bayangkan tak kesakitan dan penderitaan anak kecil ini telah hadapi? Ya Allah, kasihan dengan kanak-kanak ini, sebab akak punya anak kecil yang lebih kurang sebaya dengannya. Anak akak, Mira, nak masuk umur 4 tahun, tahun depan. Kalu kiter pukul dia sikit pun dah berjurai2 air mata keluar, inikan pulak dipukul dengan kayu meja???

Akak pun kadang2 ader cubit atau tepuk punggung anak2, itupun lepas tu akak nyesal tak sudah tapi bapa tiri keparat ni tergamak pukul memukul, pijak dan menampar anak sekecil itu! Masih bolehkah dia dipanggil manusia??(-_-)

P/S: Sedih la baca berita2 penderaan kanak-kanak, mengalir air mata ibu ini~(T_T)


Wednesday, December 12, 2012

Kerana 21.12.2012 Bola Gergasi Jadi Bahtera Kiamat?

Morning glory everyoneeee!~ Ramai yang dok citer pasai tarikh arini, ader yang kata special la, ada ong la, tarikh cantik la. Tapi akak taknak citer pasai tu, akak nak citer pasai satu lagi golongan yang taksub dengan tarikh ni...21.12.2012.

Mengikut ramalan kalendar Mayan, dikatakan kononnya kiamat akan berlaku dalam masa 10 hari lagi. Astaghfirullahalazim! Orang Islam jangan percaya yer pleaseee. Bukankah kiter telah dimaklumkan Allah bahawa tiada satu manusia pun yang mengetahui tarikh sebenar kiamat ni melainkan Pencipta sekelian alam. Seperti dalam firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim."

                                                                (Surah Luqman: Ayat 34)

Terdapat juga firman Allah yang menyebut bermaksud;

"Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tapi kebanyakan manusia tidak megetahui."

                                                                (Surah al-A'raf: Ayat 187)

Dan wajib la korang tahu aper itu tanda-tanda kedatangan kiamat kan. Tambahan pula, kiamat terbahagi kepada dua, iaitu kiamat kecil dan kiamat besar. Ingat lagi tak? Kalu tak ingat, cari info mengenainya wokeh!~

Bola Gergasi atau 'Bahtera Noh'

Cer tengok gambar di atas? Itulah bola gergasi atau diaorg panggil 'bahtera Noh' yang kononnya dipercayai boleh menghadapi sebarang malapetaka. Alat ini yang diperbuat daripada gentian kaca dikatakan mengambil idea dari filem Hollywood, 2012.Hadowwww! Tu la manusia ni kalu dah terlebih 'cerdik'. nak dikatakan bodoh marah pulak! Terlampau giler sangat dengan filem yang merepek2 tu ni jadinya. Korang jangan tepengaruh macam mereka ni pulak, filem2 tu sumer hanyalah rekaan manusia semata-mata, pastinya tidak terbanding dengan kekuasaan Allah s.w.t.

Kata Liu, dia membina Bahtera Noh itu di halaman rumahnya di Qiantun, Hebei menggunakan rangka besi."Alat ini boleh dijadikan sebagai tempat berlindung ketika berlaku bencana seperti tsunami dan taufan," katanya.

*dik nonnnn, telah jelas dalam al-Quran menyatakan bila tiba saat datangnya kiamat, ia lebih hebat dari tsunami tahun 2004 atau mana2 taufan yang pernah direkodkan dalam sejarah manusia. Hatta ko bina bola ni dari emas sekali pun, belum tentu dapat melepasi kiamat yang sebenar! Tiada siapa yang akan terlepas dik nonnnn...ini kan pulak bola dari rangka besi..hadowwww!~*

Kata Liu lagi, kapal itu dibina dengan teliti supaya kedudukannya stabil ketika terapung di atas air serta dilengkapi pendayung. Turut dipasang pelbagai bentuk tangki oksigen, tali keledar serta ruang yang mencukupi untuk 14 orang.

Awal tahun ini, Yang Zongfu, seorang ahli perniagaan mendedahkan alat keselamatannya bagi menghadapi bencana bernilai hampir RM740,000. Menurutnya lagi, alat bulat berwarna oren itu mempunyai 'simpanan dan penyambung hidup' mencukupi untuk satu keluarga tiga orang selama 10 bulan.

Maka, sebagai seorang muslim yang berpegang teguh pada ajaran Islam, wajiblah kiter menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama kiter dan bukannya pada filem yang mengarut2 tu! Semoga kiter beroleh perlindungan dari Allah dari kemusykilan yang ada...amin~


Tuesday, December 11, 2012

Tuesday, December 11, 2012

Tiada Harta Untuk Anak Luar Nikah Jackie Chan!(Mengapa?)




Jackie Chan menurut laporannya, tidak akan memasukkan nama anak luar nikahnya ,Etta, dalam wasiat pembahagian harta miliknya yang bernilai 2.2 billion. Namun, keputusan tersebut tidak sedikit pun membimbangkan bekas kekasih yang juga ibu kepada Etta, Elaine Ng.

Seperti yang dilaporkan di media tempatan, superstar yang berbakat besar ini pernah membongkar rahsia perhubungan sulitnya bersama Elaine Ng dalam satu temubual, dan menyatakan bahawa isterinya, Joan Lin dapat menerimanya dengan baik apabila skandal itu tersebar yang menyaksikan kelahiran Etta pada tahun 1999.

Aktor ini yang tidak pernah menghabiskan masa bersama anak perempuannya selama ini, menyatakan bahawa dia tidak akan memberikan Etta satu sen pun dan berkata, " Tiada gunanya untuk mengaku bahawa Etta adalah anak saya!"

Ibu Etta yang juga bekas kekasih lama, Elaine Ng, berkata bahawa dia tidak terkesan dengan kenyataan aktor itu, malah memerlinya yang tidak pernah memberi nafkah kepada dia dan anaknya selepas hubungan mereka berakhir.

Apabila ditanya tentang komen Jackie dalam tembual sebuah majalah, Elaine berkata,"Saya tidak baca artikel tersebut, sila jangan cakap mengenainya lagi. Ia telah lama berlalu."

Elaine juga berkata, dia sudah lama tidak berhubung dengan Jackie dan telah biasa membesarkan Etta sendirian selama ini. Ditanya adakah Etta pernah berhasrat untuk bertemu dengan ayahnya, Elaine dan anak perempuannya itu telah mencapai kata sepakat untuk tidak bercakap mengenainya lagi.

Sumber:yahoo.com

P/S: Ini macam pun ada ka?


Tuesday, December 11, 2012

10 Basikal Terunik.


Hooooo, sape suker nek beskal? Teringat lagi akak waktu kecik2 dulu, masa tu men beskal tu dah kira paling best dah la. Masa tu pulak beskal paling mewah dan mahal adalah jenama BMX, memey digemari ramai la budak-budak masa tu. Tapi, tak sumer orang boleh beli sebab beskal tu mahal.

Tapi, zaman la ni sumer orang mampu beli beskal ye dak? Hatta, budak 6 tahun yang tak sampai kaki tu pun boleh bawak motor lagi..perrghhh! hang teraaaaa noooo hehehehe.~ Tapi, masih tak leh celen kehebatan berbasikal, sebab basikal adalah yang mula2 diperkenalkan pada kurun ke-19 ini memey sesuai digunakan sepanjang zaman.

Basikal ternyata mempunyai keunikannya tersendiri, boleh digunakan sebagai pengangkutan, bersukan dan rekreasi, maka tak hairanlah bilangannya 2 kali ganda dari pengangkutan awam lain! Bagi penggemar beskal, mereka mempunyai idea tersendiri untuk menjadikan beskal suatu seni dan kraf yang unik. Jom kiter terjah!~


Basikal Pokok- Ader bran nak nek?hehehe

Basikal Fuzzy- confirm badan korang miang kalu naik beskal ni heeee~

Basikal Bumper- aiyakkkk!~
Basikal Unta-hahaha, ni kalu unta betul tengok pun semput nafas dia!

Basikal Flamingo-ni over sangat ni!~

Basikal Tinggi - mak aiii, ni boleh 2 in 1
beskal dan tangga bergerak~
Basikal Mengait-tak sanggup nak pakai hehehe~but pretty!
Basikal Mid-Deck - boleh letak luggage lagi you!~
Basikal Keluarga - haaa, yang ni sesuai tuk akak tak?hehehe
Basikal Lukisan - hahah, yang ni sah2 la tkleh ditunggang~


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.