Breaking

Thursday, December 13, 2012

Thursday, December 13, 2012

One Man Down!~


Hahahahahahaha...hahahahaha....hahahahaha. Jap nak ketawa lagi. Hahahahaha...hahahahaha. Haddowww! Lawak betul la citer yang satu lagi ni! Haaa tu la, hang kata hang terraaaaaa!~hehehehe.

Adess, sakit perutku guling2 baca artikel ni. Citer ni lebih kurang sama ngan satu video yang pernah kuar kat youtube dulu, pasai seorang lelaki yang TERseterika mukanya kerana menyangka yang dipegangnya tu handphone, ghupernyer seterika!

Tapi, kes yang ni lagi lawak! Jom kiter terjah!~hehehehehe *tak habis ketawa lagi*


Tomas Paczkowski..."One man down!"hehehe
EBLAG (Poland): Seorang suami cuba meyakinkan isterinya yang dia juga mampu melakukan tugas-tugas rumah.

"Saya mula menyeterika baju untuk membuktikan yang saya juga boleh buat apa yang isteri saya buat," jelas Tomas Paczkowski.

"Wanita selalu dikaitkan dengan kebolehan melakukan pelbagai kerja rumah, jadi saya mula hidupkan seterika, buka bir dan menonton perlawanan tinju di televisyen.

"Saya mula menjadi terlampau khusyuk menontonnya sehingga saya tidak sedar apa yang saya sedang lakukan pada waktu itu.

"Jadi, bila telefon berdering dan tanpa berfikir saya terus mengangkat seterika itu dan letak di telinga saya, ia memang sungguh sakit!" jelasnya.

Dan bukan itu sahaja, Paczkowski, 32,  bertambah 'sengsara' apabila menjirus air sejuk ke mukanya- dan berlari terus ke bilik air.

"Saya terhantuk pintu dan menyebabkan mata saya bengkak. Jadi, seolah-olah saya berada dalam perlawanan tinju sebenar." katanya lagi.-web.orange.uk

Dah la terseterika muka, pandai sangat pi basuh ngan ayaq sejuk plak! Dah tu boleh plak terhantuk pintu! Adesss, kesian cik abang dari Poland ni kan hehe. Lepas satu..satu kene. Aperpun, cik abang ni 'sporting' la hehe, kini dia sangat menghargai apa yang isterinya lakukan. Kira2 moral of the story la tu hehehe.

So,Jangan lah kamu kaum lelaki sesekali musykil dan ragu2 dengan pencapaian wanita terutama dalam bidang yang memey sejak azali lagi sudah diwarisi oleh wanita zaman berzaman hehehe~

P/S: Satu lagi bukti yang lelaki tidak boleh menggunakan seterika.(^_^)

Thursday, December 13, 2012

Ulfat Yang Terindah!~


BAHAGIA..Mohammad Latif dan Salima bersama bayi perempuan
mereka, Ulfat.

REASI (Kashmir): Seorang bapa tanpa muka yang bimbang anaknya mewarisi keadaannya itu meraikan kelahiran bayinya dengan gembira selepas isterinya melahirkan anak perempuan yang sihat dan sempurna.

Mohammad Latif Khatan, 32, dan isteri, Salima, 25, meraikan setiap detik kelahiran bayi mereka dengan kesyukuran.

Ulfat yang bermaksud cinta dalam bahasa Urdu dilahirkan secara normal di daerah Reasi pada 10 November lalu dengan berat 2.14kg.

Sebaik mendukung anaknya, Mohammad Latif segera memeriksa seluruh tubuh bayi itu. Namun, kedua-dua ibubapa itu gembira kerana mendapati anak mereka sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan. "Saya sangat bimbang dengan keadaan fizikal bayi saya. Apabila saya melihat dia cantik dan tiada sebarang kecacatan, saya rasa sangat lega. Dia mempunyai wajah yang cantik seperti bidadari," katanya.-HM

Morning glory everyoneee!~ indahnya pagi khamis ni kan, best tul baca 1st news arini tentang sebuah kisah cinta terindah sepasang suami isteri yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal, namun bisa menempuh kehidupan normal seperti orang lain.

So, jangan khuatir la andai ada kekurangan pada fizikal kiter, tak semestinya ia akan diwarisi oleh anak cucu kiter kan. Yang penting, kiter kene sabar dan sentiasa berdoa kepada Allah agar dikuatkan hati dan jiwa kiter ni. 

Cer tengok pasangan di atas tu, bahagia sungguh mereka kan? Gambar ini memang tiada 'kecacatan' langsung, yang akak nampak hanyalah senyuman kebahagiaan sebuah keluarga. Akak pun senyum sengsorang tengok baby cute diaorg~ 

Sesungguhnya, nikmat yang Allah kurniakan pada kiter ni (keluarga bahagia, anak2 soleh/solehah, etc.) adalah kurniaan yang baru sedikit jer Allah beri. So, kiter wajib sentiasa bersyukur denganNya. Kalu tengok orang bahagia, kiter pun jadi bahagia sama kan..(^_^)~

Nak baca lebih2 lagi? MAI SINI

Wednesday, December 12, 2012

Wednesday, December 12, 2012

Tajuk Tak Boleh Blah!Hahahahaha~


Night Shinyyyy everyoneee!~ Malam2 sejuk gini barulah dapat berehat selepas 9 jam setengah duk kat opis. Naper ader setengah-setengah pulak? Sebab yang setengah jam tu akak dok racing kat Federal pagi dan petang hehehe. 

My Pearls pulak lepas makan malam tadi, terus men cikgu2 la, men doktor2 la, men opis2 la. La ni depa dok men lawan pedang plak! Haisshhhh.....! Tapi, bukan guna pedang betoi..guna penyangkut baju tu jer hehehe. Takpela, janji depa bahagia. Tengah dok santai2 tengok tv ni, ader plak la satu citer kat tv 9 ni ha. Tak tahu la aper tajuknyer, baru jer nak layan. Sinopsis dan jalan cerita agak merepek skit. Macam tak kene je, Che Ta yang muda dah ngandung anak luar nikah, dan biler berkahwin dengan bfnya waktu tu, kandungannya tak sampai 6 bulan lagi, so anak yang lahir tu masih boleh dibintikan dengan Abdullah, kan kan kan kan?. Walaupun pelakonnya Che Ta yang akak rasa agak control sweet sebab ekspresi mukanya tiap kali berlakon mesti 'kosong'..tak tahulah kalu akak sendiri yang perasan gitu. 

Tengah2 syok tengok citer, iklan la pulakkkkk! Hurmmm...*takpela* cakap dalam hati. Tetiba rasa nak tergelak tengok tajuk dia kuar pas iklan tu....'Kenapa Aku Binti Abdullah'???Wahahahahaha!~ Dalam banyak2 tajuk naper tajuk ni plak? Mungkin akak sorang je la kot dalam Malaysia ni yang tergelak dengan tajuk gitu...takpela, takleh nak tahan gelak nak wat guaner, ye dak?hehehehe~




Wednesday, December 12, 2012

Biler TERsasar,TERperasan & TERsedar!


Ok, sepanjang hampir 4 bulan akak berblogging ini, memang banyak yang telah akak kongsikan bersama korang tentang sedikit personal life akak kan. But, dua tiga menjak ni akak TERperasan yang blog akak ni dah jadi macam newspaper plak!

Ader korang perasan tak? macam2 citer yang akak selitkan dalam setiap entri akak mengenai orang itu la, orang ini la..which i found not necessary! Biler akak daftar blog ni mula2 dulu, i put genre as personal, personal, personal. So, by right it should be personal stories la kan..!hehehehe.

Tapi, disebabkan akak TERlampau TERuja untuk berkongsi news, info & tips ngan korang, genre akak dah TERtukar jadi macam news hub plak. Bukan aper, akak takleh controlla this kind of obsession! Asal hadap laptop, ader jer bende nak taip. Jari-jemari runcing ni gian nak menari atas keyboard setiap hari!Huhu, dashyat kan?? Guaner ni?hehe~

It's my blog, so it should be my stories la, ye dak?Hadoowwww! baru la ni plak akak TERperasan, but i hope korang enjoy reading my entries so far~huhu.

Aperpun, i'll try to minimize my keTERujaan untuk tulis pasal orang lain instead of mine. Bukan akak nak kejar trafik sangat, alhamdulillah la kalu korang sudi singgah sini selalu. But, yang penting adalah i have my stories here so that may be (insyaAllah) my doters will continue this legacy (chewahhhh! macam company besar dah bunyiknyer!), or at least diaorg dapat baca my blog biler akak dah takda nanti ye dak. After all, M.B.C ni pun dah jadik macam family album untuk akak belek2 gambar2 family akak tu hehe.

But..But...But.., there are at times di mana akak still akan tulis news pasai keadaan semasa (*susah nak ngelak hehe*). But, i'll make sure (insyaAllah) that i can relate that stories dengan myself dan pengajaran yang boleh kiter dapat darinya kan. Sambil2 baca, sambil2 bermuhasabah ye dak? (^_^)

And, of course la akak takleh ngelak dari GAs & Segments so, selagi member2 sempoi akak adakan contest dan yang sewaktu dengannya, i'll do my best to join u guys~ Sebab itulah yang bestnyer tentang segmen dan GA ni...boleh kenal ramai lagi member bloggers luar sana!~

P/S: Semoga kiter sumer setia berblogging!~(^_^)

Wednesday, December 12, 2012

Nik Aziz Akan Nikahkan Apek & Leuniey.

Apek & Leuniey

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada 28 Disember ini.

Khabar gembira bagi perkahwinan pasangan pengantin yang dinanti-nantikan peminat seluruh tanah air itu dinyatakan Nik Abdul Aziz hari ini menerusi laman sosial Facebook beliau. -SH

Wowww! terkezut akak waktu baca artikel ni di Sinar Harian pagi ni.! Biar betikkkkk?? hehehehe. Aperpun, itu adalah satu khabar gembira buat pasangan itu sendiri, ahli keluarga dan tentunya semua peminat Apek seluruh Malaysia hehehe.

Dikhabarkan persetujuan berkenaan dimaklumkan kepada keluarga Leuniey menerusi surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada bapa Leuniey, Nazri. *perrghhh! terbaekkkkkk...!*

Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi.

Nak baca lebih2?? BACA SINI


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.