Jom Tambah Ilmu
Monday, June 03, 2013
Mari Mengenali Dajjal Al-Masih - Part 1
Assalamualaikum!~
Umat akhir zaman akan didatangi pelbagai ujian dan dan antaranya ialah kemunculan Dajjal. Jom persiapkan diri kita dengan menambah ilmu supaya kita tidak terpesong atau terpengaruh dengan Dajjal yang pasti akan muncul menyesatkan umat Nabi Muhammad. s.a.w.
gambar hiasan |
Imran bin Husain berkata "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda "Sejak Adam diciptakan sehingga hari kiamat nanti, tidak ada satu pun ujian yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal"
[Hadis Riwayat Muslim dalam Mukhtasar Muslim, hadis no 2058]
Fakta: Dajjal tidak disebut dalam Al-Quran secara jelas, jadi semua dalil tentang Dajjal diambil dari Hadis-hadis sahih dan hassan.
Pengertian Dajjal dari sudut Bahasa:
Dajjal mempunyai banyak maksud iaitu
1- Penipu
2- Diambil dari perkataan Ad-Dajl yang bererti menipu
3- Dinamakan Dajjal kerana kekuasaannya dan pengaruhnya di seluruh bumi kecuali Makkah dan Madinah