Cerita My Pearls
Wednesday, March 05, 2014
Wednesday, March 05, 2014
Tuesday, March 04, 2014
Tutorial Blog
Tuesday, March 04, 2014
Letak Iklan ChurpChurp Versi Baru
Assalamualaikum!
Pergh! lama dah rasanya orang tak request tuto kat kenit. Lama dah adik kita ni mohon pertolongan kenit, tapi baru sekarang berkesempatan nak perabihkan entri tuto ni. Maaf ye dik, kenit pun dok study mendalah ni sebab memula tu memey tak faham sangat! hehe.
Frankly speaking, 'silibus' ChurpChurp yang baru ni agak mengelirukan sikit sebab layoutnya dah lain, jenis rewards pun dah banyak dan perkongsiannya agak lain sikit. Kalau korang perasan, kenit memang tak letak dah iklan ChurpChurp ni di blog, sebab rasanya takda sapa nak klik kot iklan2 tu. Sebab tu incomenya tak lebih dari RM10 sejak dari mula lagi hehehehe. Takpela, mana tau satu hari nanti terbuka hati kenit nak letak balik kan :)
Monday, March 03, 2014
Pasal Blog
Monday, March 03, 2014
Apasal Tak Boleh Send Entri Blog Di FB?
Assalamualaikum!
sumber : google |
Aaarghhhh! fenin! fenin memikirkan kenapa mendalah ni tak mo pergi kat FB? Apa dah jadi ni?? Meroyan kang haaaaaaa! Dah beberapa hari dah dia jadi pe'el begini. Kenit tak usik apa-apa kot kat blog ni, tapi pasaipa susah sangat nak 'send' terus entri ke group-group di Facebook?? Kenit gigit jugak kang laptop ni! Huh!
Cerita My Pearls
Monday, March 03, 2014
Hazwani Ada Kakak?
Saturday, March 01, 2014
Cerita My Pearls
Saturday, March 01, 2014
Bila Gadget Dah Tak Laku!
Assalamualaikum!
Sejak budak-budak ni bersekolah, memang jarang sangat dah diaorg ni nak mengadap game di tablet. Masing-masing penat bila dah sampai umah, siapkan homework dan makan malam. Pastu tido dan kena bangun awal lagi esoknya. Tambah pulak, aku dah tetapkan peraturan hari persekolahan tak dibenarkan main, tengok, hadap segala jenis game atau kartun di tab, handphone atau laptop. Kalau nak main, main tulis2, melukis mewarna hatta menconteng saja pun aku tak kisah.
Friday, February 28, 2014
Pasal Blog
Friday, February 28, 2014
Cash Out Jugakla!
Thursday, February 27, 2014
Cerita My Pearls
Thursday, February 27, 2014
Apa Nasib Si Snoopy?
Assalamualaikum!
Keje dua beradik time cuti sekolah. Bila homework dah siap, takda benda nak buat maka inilah keje dua beradik ni. Kalau dah pempuan tu, memang tak dapek lari dari makeup2 ni hehe. Lately, aku tak bagi diaorg main kat luar atau pergi main kat taman permainan kat blok E tu. Bukan apa, sekarang kan tengah hot dengan kes denggi ni, memang kena berjaga-jaga la setiap masa. Tempat aku ni pun dah 4 kes dah, itupun citer 2 minggu lepas.
Pasal Blog
Thursday, February 27, 2014
Apa Rasanya Bila Dimadukan?
Assalamualaikum!
Madu itu manis, hakikatnya dalam kehidupan bermadu itu ada bermacam-macam rasa. Tapi, manusia tak pernah nak bersyukur bila memiliki sepenuhnya 'kebebasan' itu, lalu ditarik sedikit nikmatnya dan dia hanya memiliki separuh darinya dan berkongsi lagi separuh. Itulah kehidupan.
Seperti manusia, syarikat pengiklanan juga tak suka bila 'dimadukan'. Kehadiran banyak syarikat pengiklanan dari dalam dan luar negara memberikan saingan yang cukup sengit untuk menawan hati kita. Tapi, kadang-kadang rezeki tak berapa nak 'lekat' jadi ada baiknya kita 'bertukar angin' dan cuba benda baru.
Wednesday, February 26, 2014
Sepetang Bersama Blogger 2014
Wednesday, February 26, 2014
EPHYRA PILIHANKU
Assalamualaikum!
EPHYRA merupakan produk minuman supplemen tambahan yang kian mendapat tempat di hati di kalangan rakyat Malaysia. Fenomena luar biasa ini menyaksikan sambutan dan keyakinan orang ramai terhadap produk EPHYRA yang telah mengubah hidup mereka.
Cantik * Sihat * Bertenaga
Kecantikan bukan sekadar dari luaran, tetapi ia bermula dari dalam. Wanita masa kini sangat menitikberatkan penjagaan kulit agar sentiasa tampil sihat dan bersinar. Kulit yang sihat dan cantik memberi petunjuk bahawa anda sangat menitikberatkan penjagaan kulit yang sempurna. Namun, kekangan masa dan jadual yang ketat sering menyulitkan kita untuk mendapatkan kulit yang sihat.
Seiring dengan peredaran masa, wanita khususnya semakin berani tampil untuk mencuba produk EPHYRA yang mampu mengembalikan keanjalan kulit dan elastisitinya. Dengan ribuan testimoni dari pengguna dan keyakinan terhadap produk EPHYRA, maka tidak perlu dipertikaikan lagi keberkesanannya dalam menjaga dan memelihara kesihatan kita.
EPHYRA
EPHYRA didatangkan dalam kombinasi hebat yang mengandungi 9 bahan dari alam semulajadi yang berkualiti dan bergred super AAA. Gabungan mantap seperti kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat dirumuskan dalam satu rumusan terunggul menjadikan Ephyra berpotensi tinggi menyerlahkan lagi kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran kita.
EPHYRA bukan sekadar menjaga kesihatan kulit kita, malah ia turut membantu dalam mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Selain itu, ia juga meningkatkan sistem imunisasi badan dan melegakan artritis dan sakit-sakit sendi.
Kelebihan EPHYRA
- Memperbaiki keanjalan kulit, melembutkan dan menyinarkan
- Memperbaiki keadaan kulit yang berjeragat dan bintik-bintik hitam
- Mencegah kedutan dan mengurangkan kesan garisan di kulit
- Memperbaiki kualiti rambut supaya lebih sihat, lembut dan bersinar
- Memperbaiki sistem penghadaman
- Membantu mengurangkan kadar kolestrol
- Meningkatkan tenaga dan konsentrasi
- Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
- Mengawal berat badan dan membantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh
- Melegakan artritis dan sakit-sakit sendi
Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?
- Berumur 25 tahun dan keatas
- Mempunyai kulit yang kering dan kusam
- Mempunyai kulit yang pucat dan kendur
- Pigmentasi dan masalah jerawat
- Mengalami proses penyembuhan yang perlahan
- Mudah berasa letih
- Sukar mengingati sesuatu
- Sakit-sakit badan/ sendi
- Kadar metabolisme tubuh yang rendah
Namun begitu, produk EPHYRA juga sesuai diambil untuk mengimbangi kesihatan tubuh badan dan mengekalkan stamina serta tenaga untuk menjalankan tugas-tugas seharian. Jadi, anda tak perlu risau atau berasa was-was untuk menggunakannya.
http://miera301.blogspot.com/2012/06/ephyra-dan-saya.html |
Masalah kulit yang dihadapi oleh meira (di atas) sama seperti yang kenit alami. Tetapi, alhamdulillah selepas sebulan beliau mengambil minuman EPHYRA, kulit beliau tidak lagi menampakkan parut jerawat dan tiada lagi jerawat yang bisa mengganggu hari beliau!
Selain dari parut jerawat, kulit berminyak dan tidak bermaya, kenit juga mempunyai lingkaran hitam di bawah mata. Memang terasa seperti beruang panda! Akibat dari tidur yang tidak mencukupi serta bebanan tugas di tempat kerja dan di rumah menjadikan kenit kurang bertenaga. Jadi, sememangnya kenit berharap dapat mencuba sendiri keberkesanan produk EPHYRA yang menakjubkan ini!
Tuesday, February 25, 2014
Burger Bakar Abg Burn
Tuesday, February 25, 2014
Abg Burn Bagi Burger Bakar FREE!!
Assalamualaikum!
Actually, lama dah tahan tekak ni dari 'godaan' kolesterol, tapi offer Abg Burn kat fanpage dia melampau hebatnya! Tak bisa kusanggah lagi muehehehe. Dari minggu lepas lagi, Abg Burn ada buat offer 'Buy 1 FREE 1 burger' dan offer tersebut masih 'terngiang-ngiang' di fanpage Abg Burn!
Voucher SAH dari 21hb Feb hingga 2hb Mac 2014 |
Disclaimer
If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.