Cerita My Pearls
Monday, April 13, 2015
Riadah Selepas Sakit
Assalamualaikum!
Cuti Sabtu dan Ahad ... tak banyak aktiviti yang dilakukan dua beradik ni. Sebab yang sulung tak sihat .. demam! Start Jumaat malam membawa ke Sabtu, dia hanya baring di sofa dengan tuala basah menutupi muka dan hidung. Memula demam dan pening kepala je .. pastu keluar bunyi 'sretttt srettttttt'
Disebabkan kakaknya tak sihat, maka si adik hanya bermain seorang. Dekat patpuloh kali jugak aku dengar "bosan ...bosan..." keluar dari mulut dia hehe. Teman bergurau tak sihat ... kalau ada asyik nak bercakar aje. Kalau salah sorang tak sihat tau pulak bosannya ... huh.