Breaking

Tuesday, August 29, 2017

Tuesday, August 29, 2017

Jualan Merdeka di CBS Kota Damansara!


Assalamualaikum!


Port lepak kami sekeluarga setiap hujung minggu. Hari Ahad lepas, cuaca baik walaupun sebelah pagi sebelum Subuh hujan sedikit. Sepanjang pagi tu, hanya kelihatan awan Altokumulus (AC) di langit sambil ditemani bunyi jet pejuang yang sedang membuat formasi untuk sambutan ulangtahun kemerdekaan Khamis ni.



Monday, August 28, 2017

Monday, August 28, 2017

Tempahan Simpul Kasih Razhani untuk raya aidiladha


Assalamualaikum!


Budak dah start cuti sekolah, ramai yang amik kesempatan untuk pulang ke kampung halaman bagi merayakan Hari Raya Korban yang jatuh pada hari Sabtu ni insyaAllah. Persiapan raya? Takde persiapan sangat nye punnn, pergi kerja balik kerja, pergi meniaga balik meniaga, menyimpul menyimpul menyimpul tu la keje teman kebelakangan ni hehe.

Mula-mula ingat takmo bukak order untuk raya korban, tapi macam tak sampai hati la pulak, sebab masa raya puasa hari tu ramai yang mengadu tak dapat merasa simpul kasih gara-gara aku tutup order awal dek kerana tempahan banyak dari tempat lain.

So, kali ni aku bukak order untuk deme-deme di opis pulak. Tapi di opis je lah! Aku tak promot online, sebab bimbang tak sempat nak siapkan. Lagi pun aku bizi ngan keje, tolong cik abg aku meniaga hujung minggu. So, yang mana terdaya oleh kudratku ... aku terima la. Untuk kawan opis pun aku amik tak banyak, yang order sekilo sekilo aku boleh hadap lagi la hehe.




Cerita pasal simpul kasih ni kan, mungkin ramai yang tak tahu  aku buat berdasarkan tempahan orang. Orang tempah baru aku buat. Aku takda simpul kasih yang readymade atau yang sudah siap sebab setiap kali aku buat inti, mesti ada yang menempah. So, memang tak sempat nak peram lama inti tu. Lagi satu, aku bukan penyimpul kasih sepenuh masa. So, korang janganlah expect tempah hari ni esok terus dapat. Dalam satu minggu, aku hanya boleh amik minimum tempahan 5kg je. Selebihnya kena bawa ke minggu depan. Pendek kata, minggu ni ko order, minggu depan la dapat sebab orang lain punya order pun aku kene siapkan jugak. Kalau aku boleh selitkan order sikit-sikit tu mungkin boleh tapi kena tengok jugak kelapangannya.

Lepas tu kan, sekarang ni banyak kes order banyak tapi tak bayar deposit dulu. Aku yang baca ni pun naik trauma. Dulu hampir nak kena macam ni. Order sampai 10kg last-last dia senyap macam tu je! Sejak dari tu, aku minta deposit dulu dari pelanggan untuk 'lock-deal'. Minta maaf la kalau ada yang tak setuju dengan cara aku ni, tapi kita semua nak win-win situation kan. Harap dapat memahami keadaan penyimpul kasih kecil-kecilan seperti kami ni huhu.

So, kalau korang nak order banyak dan nak cepat silalah tempah awal seawal 3 minggu dari tarikh korang nak ok. Tempahan simpul kasih masih dibuka macam biasa ye, cuma lepas raya lah productionnye heeee

Oh, lagi satu. Mungkin harga Simpul Kasih Razhani terpaksa dinaikkan sedikit lepas raya ni. Melihatkan harga ikan sardin dan kulit popia yang melonjak naik sejak dari lepas raya puasa hari tu, membuatkan aku tercongak-congak balik betapa tidak terkawalnya harga barangan kita huhu. Tengoklah macam mana nanti ....

Selamat Hari Raya!

Friday, August 25, 2017

Friday, August 25, 2017

Awak buat ibu terkejut je tau!


Assalamualaikum!


Hati anak ni memang sensitif. Kadang benda tu kecik je, tapi dia punya sedih dia punya pilu macam orang mati kucing. Mungkin aku pun macam tu dulu kot, suka sangat menangis walhal tak faham sangat pun kenapa beria menangis tapi sebab kengkawan nangis, aku pun ikut nangis la hahaha ... boleh macam tu?

Alkisah semalam, masa tunggu anak-anak habis sekolah agama. Aku dok sedap makan puteri berendam kak liza pelawa. Tengah makan, tetiba nampak kelibat Mira berjalan laju dengan muka sedih. Aku tanya kenapa? Dia tak jawab terus keyau (nangis)! Lorrr ... kenapa pulak tetiba nangis ni?

Dalam kepala ni macam-macam la tanggapan tak baik. Dia kena denda ke? kena marah ngan ustazah ke? kawan usik dia ka? dia jatuh tangga ka? kawan amik barang dia ka? Macam-macam hipotesis aku buat dalam masa 5 saat tu hehehe.

Aku tanya lagi, dia sambung nangis. Dia punya nangis macam budak kena tinggal mak ayah. Aku yang tengah makan ni terberhenti terus! 


ibu dan 'mangsa' kejadian semalam 


Last-last, budak-budak kat situ cakap arini (semalam) dua orang ustazah nak pindah sekolah dah. Esok (arini) hari terakhir diaorang, so diaorang sedih la. Hok alohhhhhhh ... ibu ingat mende ape la awak nangis punya teruk macam tu! Ibu ni dok mikir awak kena buli atau kena denda huhu. Rupanya sedihhhhh ustazah nak pindah sekolah dah ye huhu. Aduhhh anakku ... awak bikin ibu terkejut je tau. Yang peliknya, budak-budak lain takda pulak nangis macam awak. Elok je diaorang berlari keluar pagar bergelak ketawa macam takda apa. Awak je yang ibu tengok dok bergenang air mata. 

Sedih punya pasal, malam tadi dia ngan kakak dia kenen suh beli pembalut hadiah nak bagi hadiah kat ustazah-ustazah yang nak pindah sekolah tu. Ye la nak ... bagi la hadiah kat kat ustazah awak. Geli hati juga bila dikenangkan balik. Alahai anakku ... mujur ni bukan prank, kalau tak ibu dah terkena dah! hehe.

Thursday, August 24, 2017

Thursday, August 24, 2017

Farewell untuk Wani


Assalamualaikum!


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati jangan lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Moga jumpa lagi disuatu masa nanti ....




Begitulah adat hidup didunia ini. Setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan. Walau hanya ditakdirkan kami berjiran (dia duduk belakang sebelah kanan aku) untuk 8 bulan je, tapi dia punya loqlaq gila-gila macam dah 8 tahun jugak la hehe.

Semalam hari terakhir Wani di HQ. So, kami satu department buat majlis perpisahan untuk Wani dan sorang lagi pegawai tapi tak dapat hadirkan diri atas sebab-sebab tugas di luar.






Tiga benda ni kena seiring ... usaha, doa dan berserah pada Allah. Dan, akhirnya impian Wani untuk pulang bertugas di kampung halaman sendiri dimakbulkanNya. Siapa boleh bertahan berpisah ngan anak yang masih kecil berbulan-bulan. Kalau PJJ ngan suami, kita boleh tahan lagi tapi kalau berjauhan ngan anak yang masih memerlukan perhatian dari kita ....ishhh aku pun tak tahu lama mana boleh hidup macam tu huhu. Malam-malam tidoq bergenang ayaq mata weh!

Sedangkan aku sendiri pun nangis menggugu bila kakak dan adik duduk kampung time cuti sekolah hehehe .... mengada ibu ni kan! Tapi itu la .... kerinduan seorang ibu terhadap anak yang jauh dari mata, susah untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Hanya air mata menjadi peneman dikala kesunyian ... gituuu.

Dah berucap, jom makannn!

Ratu-ratu PIN


Orang kata, patah tumbuh hilang berganti. Tapi yang hilang yang patah takkan sama dengan yang baru tu betoi dak! Kami tumpang gembira ngan Wani walau berat untuk berpisah. Perpisahan untuk kami, tapi pertemuan semula untuk Wani dan anak. Family is everything ...right?😉

Moga Wani sukses di tempat baru nanti, jangan lupa kami naaaa 😘

Wednesday, August 23, 2017

Wednesday, August 23, 2017

Istimewa Traveloka Untuk Sukan SEA 2017 (KL2017)


Assalamualaikum!

Kalau korang seorang yang suka melancong, pasti korang suka dengar perkataan ini .... TRAVELOKA! Traveloka antara laman web pilihan utama bagi mereka yang ingin mendapatkan kepuasan dan tawaran hebat untuk percutian domestik dan antarabangsa.  



Kini Traveloka kembali, dengan menjadi Penaja Emas dan Official Online Travel Partner untuk temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang rancak berlangsung. Apatah lagi, negara kita menjadi tuan rumah tahun ini, pastinya Traveloka ingin meraikan saat kegemilangan ini bersama-sama kita. 

Hello, Malaysia! Sempena KL2017, kita bukan sahaja boleh bersorak untuk kemenangan pasukan negara kita, tapi Traveloka juga ingin mengajak korang rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah bernilai RM200,000! Wowwwww .... lumayan sungguh! Korang boleh datang ke Booth Traveloka di Bukit Jalil dan sertai peraduan-peraduan yang disediakan di sana. Mana tahu korang punya rezeki boleh menang salah satu hadiah dari Traveloka!


Traveloka Livestream Page


Bagi menyemarakkan lagi semangat #bangkitbersama, Traveloka turut menyediakan perkhidmatan Traveloka Livestream Page di www.travelokakl2017.com.my yang mana korang boleh tengok secara LIVE perlawanan sukan samada di Facebook ataupun di Youtube! So, tak dapat tengok di stadium pun takpa sebab korang masih boleh saksikan pasukan korang bertanding di sini.

Bukan tu saja tau! Sambil melihat perlawanan secara LIVE, korang masih berpeluang memenangi kupon travel bernilai RM45,000! Caranya, dengan hanya meneka pasukan manakah yang akan menang bagi setiap perlawanan yang dipertandingkan.

Dua Promosi Hebat Dari Traveloka 

Ingat promosi ingat Traveloka! Ada 2 promosi hebat untuk kaki travel, iaitu GO S.E.A! dan Hello, Malaysia!


GO S.E.A!

Diskaun sehingga 60% untuk tiket penerbangan dan hotel di 10 destinasi Asia Tenggara seperti Singapura, Bangkok, Phuket, Chiang Mai, Ho Chi Minh City, Hanoi, Bali, Jakarta, Bandung dan Lombok! 

Nak lagi berbaloi? Korang boleh tempah semua ini hanya di hujung jari dengan menggunakan Aplikasi Traveloka! Yesss ... tolong download cepat sekarang jika belum ye. Rugi besar kalau korang tak manfaatkan kemudahan ini.

Dah download, jangan lupa daftar dan log in cepat. Kemudian korang boleh mula tempah tiket penerbangan ataupun hotel dari 11 Ogos sehingga 31 Ogos 2017. Fuh ... sempat lagi kalau nak booking sekarang ni!


Hello, Malaysia!

Ucapkan Hello, Malaysia! kerana korang boleh dapatkan diskaun untuk hotel dan penerbangan sehingga 40% bagi bila korang jelajah satu Malaysia! Nak teroka alam semulajadi atau nikmati bandar moden? Kenapa tidak kedua-duanya sekali? Dan semua ini korang boleh dapatkan bila korang tempah melalui promosi Hello, Malaysia oleh Traveloka!

Jangan lupa untuk datang melihat temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung sekiranya korang datang ke Kuala Lumpur ya. Jom kita sokong pasukan negara kita yang bertanding! Layari https://www.traveloka.com/en-my/promotion/hello-malaysia hari ini dan nikmati promosi bermula sekarang sehingga 31 Ogos 2017

Jom kita melancong bersama Traveloka dan bersorak untuk pasukan kita!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.