Breaking

Wednesday, September 12, 2018

Wednesday, September 12, 2018

Jangan la takut derma darah!


Assalamualaikum! Amboiii sakan bercuti 4 hari ye, mesti jauh langkah masing-masing kan hehe. Yang baru masuk kerja, selamat bekerja. Untuk anak-anak kita yang bersekolah selamat kembali ke bangku sekolah hehe. 

Minggu lepas ada kempen derma darah dekat pejabat. Memang dah lama niat nak derma darah, cuma kaki je yang tak bergerak-gerak nak ke sana. Orang kita ni jenis nak semua kena ada depan mata (maksudnya dekat) baru la nak pergi ... termasuklah aku hehe. Kebetulan Pusat Darah Negara ada buat kempen derma darah di Jabatan Kimia, memang takkan ku lepaskan la.


Friday, September 07, 2018

Friday, September 07, 2018

Soalan Latih Tubi & Set Peperiksaan Percubaan PERCUMA Untuk UPSR, PT3 Dan SPM


Assalamualaikum! Lebih kurang 2 minggu lagi anak-anak kita yang Tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR. Ibubapa pun tentu rasa berdebar untuk anak masing-masing kan. Tahun depan ibu dan ayah pulak akan rasa berdebar untuk kakak huhu.

Pastinya semua pihak sedang rancak melakukan pecutan terakhir meneliti topik-topik dan soalan-soalan bersama cikgu dan rakan. Masih ada masa lagi untuk buat soalan latih tubi atau gerak gempur, insyaAllah korang boleh pecut!


Thursday, September 06, 2018

Thursday, September 06, 2018

Althea Angels | Berjaya Tebus Mata Ganjaran Untuk 4 Barang Ini!


Assalamualaikum! Sibuk dengan tugasan di pejabat membuatkan aku rasa macam nak terbang pergi bercuti la ni jugak! Tapi gaji lambat lagi haha, dah tu kalau dapat gaji pun kena setel banyak benda. So, kesimpulannya kena tangguh lagi la perancangan nak gi bercuti hohoho.

Tu sebab aku suka shoppingggggg! Eh shopping bukan semestinya kena guna cash atau kad kredit je ye. Tapi boleh guna point jugak tau! Tu yang kembali ceria hatiku dan rasa hidup ni rupanya taklah sekejam yang ku sangkakan haha!



Wednesday, September 05, 2018

Wednesday, September 05, 2018

Idea Baju Bendera | Dari Jubah Ke Gaun Bendera


Assalamualaikum! Ni kali pertama ibu terlibat secara langsung dalam pembikinan baju bendera anak-anak. Bukan senang ok! Jenuh nak mikir idea macam mana nak reka baju diaorang ni. Memula baju Mira sebab Mira nak pakai 30hb Ogos untuk sekolah agama. Konsepnya baju bendera dan menutup aurat.

Kita pun apa lagi ...google la tengok design contoh baju mak-mak lain tu buat. Adehhh ...semua pakat jahit mesin, memang la lawa elok cantik baju tu. Ibu ni apa tau ... jahit sembat reti la haha. Sekali ibu tengok ada orang share pasal tampal tampal baju ni. Haaa apo layi ... ibu pun cengggggggg!


Tuesday, September 04, 2018

Tuesday, September 04, 2018

Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)


Assalamualaikum! Pejam celik pejam celik dah masuk bulan September dah kita ye. Bulan ni juga bakal berlangsungnya peperiksaan UPSR untuk murid-murid Tahun 6 seluruh negara. Pada yang bakal mengambil peperiksaan, acik ucapkan selamat menjawab soalan ye anak-anak. Tenang-tenangkan fikiranmu, banyakkan berdoa dan buat yang terbaik!

Bila dah tamat Tahun 6 nanti, kemanakah anak-anak kita seterusnya? ibubapa dah ada perancangan ke untuk diaorang masuk kemana nanti? Ada yang target nak masuk MRSM, Sekolah Menengah Agama dan sebagainya. Haaa minggu lepas cikgu dalam group WhatsApp ada kongsikan laman website untuk Permohonan Masuk Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Secara Online. Korang ada dapat tak? kalau tak dapat, takpe ...kita kongsikan di sini ya. Nanti boleh share-sharekan dengan yang lain.


Monday, September 03, 2018

Monday, September 03, 2018

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 | Baju Bendera Malaysia Untuk Mira


Assalamualaikum! Ibu rasa kan benda paling mencabar setakat ni yang ibu pernah buat dalam hidup adalah menyiapkan baju bendera anak! Ibu dah la tak pandai menjahit, masuk kelas menjahit dulu pun separuh jalan je. Tetiba anak request nak baju bendera untuk masuk pertandingan pakaian patriotik di sekolah ... mau tak tanjat mak gegirl! 

Tengok design mak-mak lain buat untuk anak masing-masing tergugat juga rasa hehe.  Macam-macam fesyen, macam-macam baju diaorang buat. Elehhh ...apa susah, hantar je kain bendera ke tukang jahit. Tu satu hal, tapi yang buatkan ibu bertukar fikiran ialah sebab bila Mira bersorak,"yeay yeayy mama buat!" Mama BUAT ok ... BUAT tu macam Mira berharap sungguh ibu yang jahit sendiri ...terus macam ... ok ibu buat la untuk mu anak. Lagipun ibu buat sendiri baru ada nilai sentimental kan. Tangkap gambar banyak-banyak dan simpan, nanti dah tua boleh tengok balik ...oohhh ini baju aku buat dulu untuk diaorang ye (hahahahaha cam hareeee imaginasiku)


Saturday, September 01, 2018

Saturday, September 01, 2018

Taman Tasik Titiwangsa Ditutup


Assalamualaikum! So cuti tiga hari bermula semalam, korang gi mana? ada yang bawa keluarga pergi tengok wayang la, gi shopping la, jalan-jalan kat taman tasik la. 

Kat KL ni banyak taman tasik, tapi yang paling dapat sambutan ialah Taman Tasik Titiwangsa sebab ia terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Tapi yang syok bagi anak-anak ialah sebab kat situ boleh sewa basikal hehe.

Thursday, August 30, 2018

Thursday, August 30, 2018

Parents shouldn't confuse with these two words


Assalamualaikum! FORCE or ENCOURAGE.

Being a mom for 11 years, I realize that we parents always do get confused with these two words. More often we hope that our children would be more independent and could learn something new for the benefits of their future life. But we always forget in the process of doing it we tend to force them to do it themselves rather than to encourage.

I myself is far from perfect. But, motherhood has given me opportunities more than I deserve to learn how to change my bad parenting to the less-bad one. 


Wednesday, August 29, 2018

Wednesday, August 29, 2018

Bila anak-anak minta ibu buatkan baju bendera ...


Assalamualaikum! Jadi ibu ni kena pandai serba serbi. Omputih kata ape ....  multitasking hohoho. Tapi ibu bab jahit menjahit ni ibu surrender awal-awal la. Memang ibu tak pandai dalam bab tu! Jahit tangan reti la ..tu pun senget benget gak sembat aku haha!

Tapiiiiiii bila anak-anak minta tolong jahitkan baju bendera sempena sambutan merdeka kat sekolah, nak tak nak ibu kena paksa diri ibu untuk PANDAI menjahit. Eh bukan guna mesin jahit pun ... jahit cara tradisional je la hehe. Jahit sembat tu reti la ...

Menjahit satu hal ...idea nak buat macam mana baju bendera satu hal lagi. Mira nak masuk pertandingan baju bendera kat sekolah agama. Pastu sambung ke pertandingan baju bendera di sekolah rendah pulak nanti. Kakak je yang nak masuk pertandingan untuk sekolah rendah. Bila tanya kenapa taknak masuk sekolah agama punya? Malu sebab ada budak lelaki kat sekolah .... macam ni la anak ibu ayah, pandai malu dah ye. Tak perlu ibu bebel panjang bab ni lagi hehe.


Tuesday, August 28, 2018

Tuesday, August 28, 2018

Rendang Raya Haji


Assalamualaikum! Macam biasa, raya haji tak jauh pun geraknya. Sehari sebelum raya pun masih bekerja lagi. Balik kerja terus singgah kedai beli daging dan bahan-bahan nak masak rendang. 

Dalam kepala ni ada dua benda je ... rendang daging dan nasi himpit. Apa barang raya takda makanan raya ye tak hehe. So, petang tu 'berperang' la aku kat dapur. Mira tengok cam pelik je ... nape ibu nak susah-susah nak masak rendang tu? Takyah la masak. Dah nama pun raya anakku ...kena la ada lauk sikit atas meja di pagi raya. Kalau kat kampung takda makna la ibu nak masak hehe. 

Dia makan sungguh rupanya rendang daging aku masak hehe. Ingatkan tak suka ...sebab pedas la, ada bawang la blablabla. Ni elok pulak dia bedal sama ngan kakak dan ayahnya. Tapi rendang tu tak pedas pun sebenarnya haha!


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.