Story Kenit
Thursday, January 24, 2019
Awak ingat saya ada masa untuk pening kepala?
Assalamualaikum!
Bila aku cakap aku dah lain dari dulu.
Bila aku cakap aku dah tak kurus macam dulu.
Bila aku cakap baju kurung aku dah tak muat.
Kengkawan semua tak percaya!
Tapi semalam telah membuktikan ramalanku selama ini benar.
Masa nak tunggu anak-anak habis sekolah.
Aku terserempak dengan kawan meniaga.
Borak punya borak.
Dia tegur, "nampak berisi sikit dah Nim"
Aku sengih je la.
Dah memang betul pun haha.
Eh, bukankah itu yang aku mahukan selama ini?
Walaupun dulu aku pasang cita-cita.
Walaupun dulu aku pasang cita-cita.
Cita-cita nak naikkan sikit berat badan.
Dan bila akhirnya tercapai, rasa menyesal pulak haha!
Walaupun aku sedar dan perasan diri ini dah semakin memberat.
Tapi sebab aku ni tinggi sikit je.
Maka, ke-berisi-an itu tak nampak sangat.
Tapi percayalah, ia makin hampir huhu.
Takpelah.
Nanti kita eksais ye hehehehe.
Anak-anak pun dah bising.
Ibu dah malas nak bersenam.
Kita pun dah jarang pergi taman.
Heyyyy ibu bukan malas.
Tapi Isnin sampai Jumaat kita 'bersenam' juga kan.
Dari pagi sampai malam tak habis-habis bergerak sana sini.
Kira bersenam la tu :p