Powered by Blogger.

Wednesday, December 19, 2018

Keputusan UPKK Hazwani


Assalamualaikum! 

Eh berdebor jugak lah bila nak semak keputusan dia semalam. 
Kat group WhatssApp ramai parents dah tanya dari pagi boleh semak ke tak secara online
Ada juga yang komplen akses ke laman web tu tak boleh dibuka. 
Ye la...keputusan keluar serentak, memang ramai la yang cuba nak semak secara online, tak heranlah kalau tersekat-sekat atau takleh masuk.

Tapi semalam aku cuba juga semak secara online
Alhamdulillah boleh tengok keputusan ... fuh! 
Sebelum tu terkenang pada jawapan kakak bila aku tanya kakak target boleh dapat berapa A nanti. 
Dia jawab,"insyaAllah...8A ma". 
Huihh konfiden nau!

Dia konfiden, kita serabut perut haha! 
Betul ke tak anak aku ni huhu. 
Kang kalau dapat lain dari yang ditarget, sedih ke dia? 
Ibu ni dah la tak pandai memujuk.





Sejak dari darjah 1, setiap kali lepas exam aku akan tanya ok ke paper arini, boleh jawab?
Dan jawapannya dari darjah 1 sampai sekarang ... "ok".
Tapi kadang-kadang dia cakap boleh jawab, tapi result dia 'kelaut' juga hehe.
Tu yang buat ibu berdebor menunggu keputusan UPKK ni.





Syukur alhamdulillah, ibu ngan ayah tumpang gembira dengan rezeki yang kakak dapat ni. 
Kebanyakan masa kakak dan adik belajar sendiri subjek-subjek agama.
Terutama Bahasa Arab ... hehehe.
Subjek tu memang ibu tak pernah 'master' dari dulu.

Terima kasih juga pada ustazah dan ustaz yang selalu bantu Hazwani dalam kelas.
Kakak masih ada UPSR dan PSRA tahun depan.
Moga kakak dapat teruskan kecemerlangan ini ye.
Hadiah? Adaaa...opkos dia ada minta hadiah.
Dia minta apa? Dia minta SMARTPHONE!
Ghase-ghase? haha!
Buat masa ni, ibu ngan ayah belum 'lepas' lagi nak bagi kakak smartphone.
Doakan kami murah rezeki ye kakak.

Tahniah anakku...!

Love,

Ibu

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.