Powered by Blogger.

Friday, December 14, 2018

Tarikh Pengumuman Keputusan UPKK 2018 & Semakan Secara Online


Assalamualaikum! Kepada ibubapa yang anaknya telah menduduki peperiksaan UPKK pada bulan Oktober lepas, bolehlah bersiap sedia untuk menyemak keputusan yang bakal diumumkan pada minggu depan. 





PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPKK 2018

Tarikh : 18 DISEMBER 2018 (SELASA)

17 DISEMBER 2018
Sekolah mengambil Slip Keputusan UPKK 2018 di UPI DAERAH

18 DISEMBER 2018
Slip Keputusan UPKK 2018 boleh diedar kepada calon dan ibu bapa mulai jam 3:00 ptg

19 DIS 2018 - 18 JAN 2019
Permohonan semak semula dalam tempoh 21 hari bekerja selepas tarikh pengumumuan. Borang boleh didapati di sekolah, UPI Daerah atau secara online (pendidikan.jais.gov.my atau uppbpijais.wordpress.com)


Semakan keputusan UPKK secara ONLINE atau SMS

Semakan keputusan UPKK 2018 boleh dibuat di http://semakan.islam.gov.my bermula jam 11.00 pagi 18 Disember ini. Ibubapa/murid dikehendaki mengisi No. MyKid atau No. Pengenalan Khas di ruang yang disediakan.



ATAU

Ibubapa boleh membuat semakan melalui SMS seperti berikut:

Bermula 18 DISEMBER 2018 (11:00 pg) hingga 25 DISEMBER 2018 (11:00 pg). Cara semakan adalah seperti berikut :

Taip UPKK<jarak>RESULT<jarak>NoMYKID
& SMS ke 15888
Contoh: UPKK RESULT 070212020105

Atau

UPKK<jarak>RESULT<jarak>NoPengenalanKhas
& SMS ke 15888
Contoh : UPKK 18A06060A01





Harap Maklum.
Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.