Tuesday, December 11, 2012

# Jom Tambah Ilmu

Bahasa Isyarat Yang Syiokkk: Part 2


So, amacam best tak yang PART 1 punyer? kalu belum terjah PART 1 punyer cepat2 la terjah wokeh! Kiter sambung plak ngan Part 2 ni, akak excited nak belajar lebih lagi.Confirm korang takkan rugi belajar bahasa isyarat ni. Jom kiter terjah sama2 wokeh!~(^_^)

11. Kasihan



Tangan kanan 'X' disentuhkan pada pipi lalu digoreskan ke bawah.

12. Kesal


Tangan kanan 'S' di tepi telinga, digerakkan ke depan sedikit kemudian menjadi '5' bengkok berulang kali.

13. Lega


Tangan kanan terbuka tapak ke bawah menyentuh paras dada kiri, lalu diturunkan sedikit ke bawah.

14. Lucu


Tangan kanan 'L' , tapak ke dalam bawah mulut lalu dipusingkan ke depan menjadi 'D'.

15. Malu




Tangan kanan terbuka jari dibengkokkan, belakang tapak dikenakan pada pipi terus disapu ke depan.

16. Marah

Kedua-dua belah tangan 'E', jari terbuka tapak ke dalam, sentuh pada dada lalu dinaikkan ke atas paras kiri kanan bahu.

17. Tengking


Tangan kanan '5' jari dibengkokkan, jari terbuka tapak ke depan, belakang tapak tangan kanan dikenakan pada bibir lalu dibawa ke depan.

18. Mengantuk

Tangan kanan terbuka, tapak menghadap ke atas dan kenakan hujung jari pada bawah mata kanan, lalu digerakkan turun ke bawah.

19. Puas Hati

Kedua-dua belah tangan terbuka, tapak ke bawah, tangan kanan paras perut, tangan krii paras dada, lalu dipukulkan pada badan.

20. Rindu


Tangan kanan 'R', dikenakan pada tepi dahi, lalu digerakkan berpusing ke depan.


No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?