Bertungku: Tradisional @ Moden?

Friday, December 07, 2012



Bertungku sememeynyer amat sinonim dengan berpantang bagi wanita yang baru melahirkan anak. Dulu-dulu, orang berpantang guna batu sungai, atau pun batu bata yang warna merah tu. Kini, di zaman canggih manggih ni muncul pulak tungku elektrik yang lebih senang dapat dan mudah diguna.*senang ker??*

Masa akak berpantang dulu, akak guna batu bata merah dan batu sungai untuk bertungku. Ader lagi dulu, jiran akak pernah menceritakan pengalamannya 'disalai' atas katil ketika dalam pantang. Alahaiiii...leih kurang macam salai daging tu la dik nonnnnn..letak bara api bawah katil, pastu kiter baring la atas katil cam biasa. Bahang dan kepanasan tu sebenarnya membantu pengaliran darah kiter lancar...tapi jangan panas sangat dik nonnnnn...kang korang jadi 'full cook' pulak hehehehee~*nak cantik dan sihat punyer pasai*

So, back to tungku elektrik ni ader juga pro n kontranya, baik dan buruknya. Baiknya, memey mudah dibawa kemana saja, nak panaskan masukkan soket, tekan suis on dan walllah! dah panasssssss.....Tapi, biler tang dia meletup tu yang tak best tu! Boleh jadi mudarat plak pada diri dan harta benda...macam artikel di atas tu.

Biler terleka sedikit, tungku tu akan meletupla sebab panas sangat. Kalu letak kat perut bukan takat lebur, terus terburai isi perut gamaknyer. 

Bertungku memey penting untuk menjaga kesihatan wanita, sebab urat yang kembang dan sejuk tak elok untuk ibu. Jadi, penggunaan tungku ni harus dititikberatkan dan buatlah pilihan yang bijak. 


P/S: Akak prefer batu sungai, walaupun kene tunggu lama tuk panaskannya, tapi syiookkkk biler dipijak dan ditepek kat perut...huhu. Rindu nak berpantang hehehe~

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM