Bukan Pelik Tapi Unik!

Thursday, December 27, 2012

Biasa kiter suker tengok haiwan yang comel lote je kan? Hari ni kiter tukar selera skek la yer. Selalunya, kalu terjumpa sesuatu yang lain dari yang lain atau kelihatan luar biasa dari kebiasaan maka kiter 'chop' dia pelik. Serius, yang ni akak tak panggil dia pelik, tapi unik. Unik macam mana? Unik cam ni ker?

v
v
v
v
Ni bukan unik, ni kantoi hehe~

atau camni ker?
v
v
v
v
Hahahaha, yang ni lagi tk boleh blah!
Hahaha amacam? yang di atas baru peliks hehehe. Tapi, ada sekor kucing ni yang bukan saja unik ghuper dia, tapi...CUTE!Jom kiter terjah!~

Venus

Kucing yang diberi nama Venus ini mempunyai dua wajah dengan warna bulu yang berlainan. Wajah Venus seolah-olah terbahagi kepada dua. Salah satu sisi wajah kucing ini berwarna hitam dengan mata hijau. Sisi lainnya pula berwarna coklat dengan mata biru.

Mata Venus juga berwarna biru, padahal mata kucing sejenisnya secara normalnya berwarna kuning atau hijau. Mata biru ini biasanya terpada pada jenis kucing Siam atau kucing yang sebahagian besar bulunya berwarna putih.


Profesor Dari Universiti of California, Davis, Leslie Lyons menyatakan bahawa ciri-ciri istimewa yang terdapat pada Venus muncul ketika proses perkembangannya. Pada awalnya, gen yang menentukan warna hitam dihasilkan di salah satu sisi wajah dan gen yang menentukan warna  oren dihasilkan di sisi satu wajah yang lain. Ketika ia membesar, kedua bahagian ini bertembung lalu menghasilkan dua warna bulu yang berbeza.

Sumber: www.uniq29.com

P/S: Subhanallah, tiada apa-apa yang mustahil bagi Allah~


You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM