Genap 9 Tahun Mendongak Ke Langit

Monday, December 10, 2012



Wahhhh! tak sangka dah genap usia akak 9 tahun...eh eh...umur perkhidmatan akak 9 tahun ehehehehe. Kalu akak umur 9 tahun la ni, memey akak tak hadap la blog ni gamaknyer. Waktu tu sibuk menggelinjang kat tengah padang men galah panjang @ 'rounders'.

Mesti ader yang bertanya, naper akak cakap 'mendongak ke langit'? yek? *kalu takda yang bertanya, takper biar akak tanyakan wakakakaka*~ Ader aper kat langit tu? Emas ker? Artis K-Pop ker?hikhikhikhik~

Profession akak ni kalu tak mendongak ke langit takleh buat keje hehehe. Tapi, untuk bahagian2 tertentu je la. Kalu dulu akak mendongak ke langit, sekarang ni akak memandang ke pc jer uruskan data2. Itulah antara perjalanan kerjaya seorang yang bergelar Meteorologists.

Pengalaman Semasa Diinterbiu

Pada tarikh ini, 9 tahun yang lalu, aku memulakan langkah kerjayaku di sini. Tiada perasaan khusus yang dapatku gambarkan ketika itu, melainkan takut, gugup, 'blur' dan rasa "cepatla habisss, aku nak blah la camni!". Seriously, apa2 pasai jabatan ni akak memey ZERO waktu tu! Yang akak harap cuma akak boleh dapat keje jer heeeee~

Dah la pagi tu gugup tak habis, kene plak no.1 dipanggil interbiu! Mau gugup kuasa tiga aku kat situ! Dengan berbekalkan muker skema yang melampau, aku pun dipanggil masuk ke dalam bilik interbiu oleh seorang pegawai. Korang tau, waktu interview akak masa tu, interviewer tu ada tanya satu soalan berkaitan dengan jenis-jenis awan.

Pegawai: "Boleh berikan saya satu jenis awan yang awak tahu?"
Aku: "Errrrr....errmmmm...saya tak tahu tuan"

Makkkkkkk! Aku raser nak menjerit jer waktu! Macam maner aku boleh tak tahu jenis-jenis awan ni???Masa tu terasa sangat diri ini kebengongan sebab tak baca buku pasal awan dulu sebelum gi interbiu hehehehe.

Tapi, memey nak jadi rezeki la kan, akhirnya aku diterima jugak bekerja di sini. Tapi, dik nonnn jangan la korang buat macam akak buat tadi...memey kene wat reasearch dulu sebelum kiter dipanggil interbiu hahaha.

Setelah habis training 6 bulan di HQ akak mintak transfer keluar dari KL. Sebab akak nak carik angin baru, kawan baru & boyfriend baru waktu tu wakakakaka~Haiittt! 

Kini, selepas 7 tahun merantau akak kembali ke KL untuk meneruskan tugas akak di sini. Perrghhh! seronok giler duk merantau ni dik nonnnn...kalu ditakdirkan korang kene berpindah keluar dari tempat korang dibesarkan, maka ambillah peluang ini! Tambah2, yang masih single tu, ambillah peluang ini untuk kenal tempat baru, orang baru dan environment baru.

So, kalu korang apply job samada untuk government @ swasta, pastikan korang bersedia untuk menghadapi interbiu tu..jangan jadik cam akak! Kes akak ni cuma ada 1 dalam 10,000 jer hehehe.

P/S: Soalan paling femes dulu waktu kene ngorat,"Awak, arini ujan tak?" 


You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. Xpelah giliran akak dah lepas. Lepas ni giliran saya pulak kena interview. Gugup + takut sume ade. Haha

    http://belogfarr.blogspot.com/2012/12/end-of-year-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. @Farah Shahirah

    Semoga berjaya dalam interbiu nanti. Cool jer dik..muker mesti aler senyuummmmmmm (^_^)

    ReplyDelete
  3. @sHaRiNa eLyaNa

    tak hebat maner dik...ader lagi 29 tahun lagi nak tempuh. Harap2 tak patah tengkuk mendongak lama sangat heeeee (^_^)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM