Friday, December 28, 2012

# Wanita

Lagi Artis Wanita Bertudung..Siapa?

Ezlisa Loy
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, syukur pada Allah Tuhan Sekelian Alam Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Bertambah lagi seorang muslimah kiter yang telah berhijrah menutup aurat. Beliau adalah adik kepada pelakon muda terkenal tanah air, Elfira Loy. Beliau yang dimaksudkan ialah Ezlisa Loy, 16 tahun.*tergeliat skek lidah nak nyebut hehe*

Sungguh bertuah adik kiter ni diberikan hidayah di awal usia semuda 16 tahun. Akak umoq 16 tahun dulu pun masih 'free hair' lagi (T_T). Aperpun, akak bersyukur kini semua telah berubah dan berdoa agar perubahan baik ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Hidayah yang diterima oleh adik Ezlisa kiter ni datangnya dari mimpi, di mana beliau mengalami mimpi kiamat yang cukup menggerunkan dirinya.

"Baru-baru ini saya mimpi tentang hari kiamat. Dalam mimpi itu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada benda bulat-bulat jatuh dari langit.

"Saya sangat takut, saya terus cari mama. Tapi mama tak ada. Ahli keluarga yang lain juga tak ada. Saya takut sangat.

"Kemudian saya terus tersedar. Saya terus lari ke arah mama dan menangis. Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi hari kiamat," katanya dalam Malaysiadigest.

Alhamdulilah dan tahniah kepada adik Ezlisa akak ucapkan. Semoga lebih ramai lagi artis wanita kiter yang menutup aurat lepas ni. Sedangkan orang kafir yang tak tutup aurat tu pun Allah dah tetapkan rezeki untuk diaorg, apatah lagi kiter ni muslimah yang mengaku Islam kalu ikut perintahNya, lagi beruntungla kiter dunia akhirat. Bukan saja Allah bagi kiter rezeki berlipat kali ganda, malah Allah bagi ganjaran syurga plak kerana menutup aurat, tak nak ker?

Nak tengok betapa cantiknya muslimah bila bertudung? Jom TERJAH SINI.

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?