Thursday, February 14, 2013

# Something in my head

Aku Salah Dengar Kah??.....Valentino??



Assalamualaikum sumer!~

Pagi ni jalan masih 'clean & clear' lagi, punyer la syok racing kat Federal tu! Kona baring lagiiiii....mujur bukan aku yang terbaring huhu. Sebab my Pearls takda minggu ni bersama aku, maka pagi tadi aku tukar channel sat pi kat ERA fm. Ingat nak dengar la berita trafik keeee berita jam 7 keeee....sekali masa iklan.....,



"Selamat hari Valentino Rossi...."


Jap jap...aku salah dengar ka?? Aku tak pasti...boleh jadi aku salah dengar ni! Ahhh..ignore je la. And bila time JOHARA on-air balik aku dengar plak segmen TEKA BUNYI...dan sekali lagi...aku dengar DJ tu cakap,

"Selamat hari Valentino Rossi..."

Aku jadi peliks...Valentino Rossi yang mana? yang main motor tu ka? kalu yang tu....dia dah mati ka??Sejak bila plak ader hari Valentino Rossi dalam kalendar kita??Apekejadahnya ini sumer??!! haha yang last tu aku saja tambah..heeee.

Banyak lagi yang aku nak tanya, walaupun takda sapa nak tolong jawabkan. Tapi, persoalan inilah yang membuatkan aku bingung sekejap tadi sampai nak berjalan ke opis pun aku boleh dok pikir lagi apa jawapannya. Sapa Valentino Rossi pada kita? Pasaipa kita wish hari Valentino Rossi? Dapat pahala sunat ka sambut hari Valentino Rossi ari ni? Kalu dapat, aku pun nak sambut....!Grrrrr....

Ini teguran ka?? A'ah...ini adalah post teguran dan nasihat dari seorang pendengar radio. Ni kalu budak-budak dengar konpem diaorg tanya, "hari Valentino Rossi tu ape bu??" Aku tak faham apa rasional diaorg mengucapkan 'selamat hari valentino rossi' di radio...hari ni plak tu! Aku tau la hari ni hari VALENTINE...tak perlu la cover-cover tershashul-shashul sebut nama orang lain plak. 

Masyarakat kita memang sambut hari Valentino Rossi ni ker? Aku tak terkejut la kalu ada remaja @ dewasa yang akan wish camni kat luar nanti. Nak cover la konon, tak mo cakap hari Valentine..maka diubah/diolah jadi hari Valentino Rossi...huhu sedih sedih~

"Alaaaa..itu saja cakap jeeee bukan betul-betul pun...", a'ah yoooooo la tuuuuu, ekau wish gitu apo niat ekau yang sobonar eh?Niat kosong ko...??sajo main-main...?? Jangan dibuek main bondo-bondo macam ni! Hatta ekau cakap macam tu, ekau ingat takdo sapo yang ikut ko nanti?


Memang orang tidak akan pernah puas hati dan akan terus mengkritik, tapi dalam hal ini aku perlu kritik dan luahkan ketidapuasan hatiku, sebab dah terang-terang benda tu salah...walaupun tak berdosa. Tapi, dari 'kecil' la kiter nak kene jaga sebelum ia merebak menjadi 'barah'...ke guaner??

Toksah sambut la hari Valentine ni sumer, dah bukan perayaan kita orang Islam apatah lagi sejarah Valentine ini yang ada kaitan dengan pemurtadan orang-orang Islam dahulu. So, pilih la nak jadi cerdik ke nak jadi bodo??

Instead of uollss sambut @ wish yang takdo pekdah tu, baik uollss mengingati PALESTINE, bumi suci yang pernah menjadi persinggahan para anbia zaman duhulu. Yang kini rakyatnya ditindas dan dizalimi oleh Zionis laknatullah setiap hari. 




Dari kita mengingati hari Valentine yang sia-sia ni, baik la kita mengingati Palestine. Mohonkan doa pada Allah agar Palestine kembali menjadi milik rakyatnya. Aku bukan tahap ustazah....nak bebel panjang2 pun tak guna (berapa perenggan aku taip ni?hehehe), korang sumer dah besar panjang...otak dan akal korang dah boleh berfungsi. Aku cuma nasihat dan menegur, bukan untuk korang je, tapi pesanan dan teguran untuk diriku, anak-anakku, dan keturunanku jugak. Takda niat buruk, melainkan hanya untuk membetulkan apa yang aku rasa salah. Tak perlu degree bagai nak nasihat orang..benda ni basic je! Korang yang kene buat pilihan samada nak teruskan atau hentikan.

Peace!~

2 comments:

  1. ha'ah kak..sy pendengar setia era ni pun pelik..tp mmng tu la yng disebutkan pun..motip? tak dapat dikenalpasti pula..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. motip?? watever the motip...still tak rasional kan?

      Delete

Apa kata korang?