Amah Lambung Bayi Akhirnya Ke Penjara.

Tuesday, February 19, 2013

Assalamualaikum sumer!~

Kes amah warga Indonesia yang melambung bayi yang kini sedang ditahan reman telah pun dijatuhi hukuman. Baru sebentar tadi, aku dapat info dari blog Mazidul Akmal Sidik berhubung kes tersebut.

Amah warga Indonesia terbabit telah dihadapkan ke mahkamah pagi tadi dan dia telah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empat bulan. Dia didapati  bersalah mengikut Akta Kanak Kanak 2001 & Kanun Keseksaan, membawa kepada hukuman penjara 15 tahun bagi pertuduhan pertama. Sementara, bagi pertuduhan kedua dia dipenjarakan selama 5 tahun. Ini bermakna, dia akan dipenjarakan selama 20 tahun!

sumber

Ini menunjukkan dia masih waras ketika melakukan perbuatan kejam itu. Dan adik Hareez pula dikhabarkan masih berada di HTAA. Semoga adik Hareez kembali pulih dan sihat seperti sediakala...aaaminnn~


Sumber: fb fedtri Yahya

P/S: Kadang-kadang orang waras lebih 'GILA' dari orang gila...setuju??

You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. Harap amah tu dapat hukuman setimpal dan harap adik tu sihat selalu..

    Jom tengok hadiah kat sini - http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/senarai-sponsor-yang-baik-hati.html

    Menarik x hadiah? Hehe
    Jom join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan terawal akan dapat 1pcs Sticker Fridge Magnet / 1pcs Button Badges dari @Cenderahati Akamika Gift. Dan rebut hadiah2 menarik yang lain.. ^_^

    http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

    ReplyDelete
  2. kesian baby tu..tak semena2 jadi mangsa kekejaman amah tu..nak ambik amah kena selidik betul2..tengok perangai dia camne..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin itulah motipnya dipasang CCTV..nak tengok camner amah tu jaga budak. Tapi, hari pertama dia dah buat dajal...baru la tau macam tu perangai dia hehe :)

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM