Guns 'N' Roses Bakal Beraksi Di SIC.

Thursday, February 14, 2013

Assalamualaikum sumer!~


Pada otai-otai yang membesar bersama lagu-lagu Guns 'N' Roses, pasti korang hafal ngan lagu-lagu fofular diaorg suatu ketika dahulu. Pasaipa aku kasi besaq 'suatu masa dahulu'? Pasai suatu ketika dahulu kumpulan rock ni sangat digilai peminatnya seantero dunia! La (sekarang) ni...? Fofular lagiii...tapi fofular tang lagu-lagu dia je la. Tang kumpulannya dah tak berapa nak fofular. Orang ingat Guns 'N' Roses pun pasai lagu-lagu lama dia yang best tu.

So, aku dok dengar orang dok soseh-soseh pasai Guns 'N' Roses nak mai KL? Toi ka? Toi la kottttt....! Depa nak nyanyi kat Konsert Grand Prix Formula 1 Petronas di Sepang International Circuit (SIC) pada 24 Mac 2013.

Masa aku kecik-kecik aku dah dengar lagu depa ni tapi masa tu aku tak kenai depa dan tak tau lagu apa depa nyanyi. Ni abang aku punyer pasai la ni bukak lagu ntah apa-apa..rock kononnnn! Suruh speaking 10 batu dia lari mencanak! *bukan citer sebenar*

So, bila dah dewasa ni, baru aku teringat lagu yang abang aku dok pasang dulu tu lagu depa ni laaaa. Lagu-lagu apa yang fofular tu??
  • Sweet Child O' Mine
  • November Rain
  • Patience
  • Don't Cry
  • Paradise City
  • Estranged

So, ada apa ngan Guns 'N' Roses ni?  Apa yang best sangat selain lagu-lagu tangkap cintan dan menjerit-jerit histeria depa tu? Haaaaa, member asal Guns 'N' Roses ni setiap seorang dari mereka punya 'aura' atau 'kick' (aku tak kata depa yang kata)...apa yang 'kick' aku pun tak tau.


The Old timers of Guns 'N' Roses
Mana-mana depa pi buat konsert pun mesti 'full house' (aku tengok kat youtube je). Tapi, di sebalik kejayaan dan banyak peminat, Guns 'N' Roses juga mempunyai sisi gelap mereka sendiri. Biasalah, omputih kalu tak men dadah tak rockkkkk la...! Perempuan, dadah & arak dah jadi makanan depa ari-ari.

Akhirnya, sorang-sorang kuar dari Guns 'N' Roses akibat perselisihan faham sesama sendiri. Dah fofular...naik minyak arr! Yang tinggal hanya penyanyi asal je la Axl Rose dan kini dah ada member baru dalam kumpulan tu. Dulu, Axl Rose terkenal dengan sikap baran ketika di pentas! Tak tahula dah tua-tua ni camne gayanyer.


New Guns 'N' Roses
Tapi, ramai peminat tidak berapa menyukai member grup yang baru ni, pasai takda 'kick' tak seperti member-member asal. Tak seperti Metallica yang sehingga ke hari ini, walaupun masing-masing dah beruban, dah gendut, dah kedut masih lagi mengekalkan originality anggota kumpulan asal. Maka, tak heranla kalu sehingga ke hari ini 'aura' mereka masih bersinar-sinar di arena seni rock!

Kalu nak baca lebih, dapatkan Harian Metro(14/2/2013) yo!


So, tu je la aku nak citer hehehe. Selamat menjamu selera!Peace!~

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM