Breaking

Wednesday, February 20, 2013

Kempiskan Perut Buncit Anda!

Assalamualaikum sumer!~

Perubahan fizikal badan mampu mempengaruhi cara pembawaan diri seseorang di khalayak ramai. Jika dahulu perut buncit selalu dikaitkan dengan perasaan malu dan tiada keyakinan diri. Namun, kini masyarakat semakin boleh menerima fenomena perut buncit terutama pada kaum lelaki. Lihat saja artis/pelakon sekarang yang tidak lagi hanya bergantung pada paras rupa yang hensem dan badan berketak-ketak, seperti Zalif & Angah Raja Lawak. Mereka telah memecahkan taboo yang menganggap bahawa hanya yang kacak dan sasa saja boleh jadi artis.



gambar hiasan

Dari pemerhatian aku, kebanyakan kita akan mengalami perubahan fizikal yang ketara terutama selepas mendirikan rumah tangga. Bagi kaum wanita, ini merupakan perkara biasa  (buatan suami), namun bagi kaum lelaki ini kadang-kadang boleh menjadi dilema!heeeee~

Perut yang buncit boleh mendatangkan masalah di kemudian hari, maka jika anda hendak mengempiskan perut anda yang buncit, bolehlah mencuba beberapa tips di bawah;

1. Minum Air Masak Yang Banyak. (yang ni memang aku tak 'miss' minum)

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.


2. Makan Perlahan-lahan. (kadang-kadang yang ni aku men telan je!haihhh..tu yg buncit tu!)

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan. (eh, aku kan masterchef...bab sukat garam ni memey terer ar hehe)

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat. (Pisang tu je la yang aku leh telan pun..)

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat. (ye arr..makan pil perancang pun boleh menyebabkan perut buncit tau)

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit. (ooohhhh...yek? baru ku tauuuuuu)

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan. (bab ni aku kemalasan banyak hahaha)

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


Perkara yang perlu dicegah untuk elak perut buncit


1. Lepas makan jangan terus tido! -Haaaa yang ni memang kegemaran kakak aku hahaha. Tabiat begini boleh menyebabkan kebuncitan melampau! Syok arrr pas makan korang 'landing' baik punyer macam dugong kekenyangan. Jangan buat cam ni ye anak-anak...kalu nak tido atau baring tunggulah 2/3 jam selepas makan., sebab kita kene beri laluan perut untuk menghadam makanan yang kita makan tadi. 


2. Jangan terus mandi lepas makan! - Yang ni pun korang biasa buat kan?hahaha jangan tipuuuuu. Kadang-kadang aku pun terbabas gak hehehe. Maklumla nak kejor masa..sumer benda nak siap cepat. Tak cayer? "Ehh ...ye ke dok ni?"...Korang cer try sebulan tengok..! Tapi, sebelum tu ukur dulu saiz perut korang sekarang yek. Kalu korang istiqomah buat tabiat gini, nescaya korang dapat penyakit perut buncit kekal hehehehe~

3. Jangan makan bersulam air!-hohoho yang ni pun aku tewas kengkadang. Sebelum kawen dulu memang aku suker wat gini. Tapi, sejak dah kawen ni incik somi ajar "jangan makan sambil minum ayaq..tengok cam abg ni pas makan baru minum", yoooo lahhhhhhh. Slow-slow aku try tahan...tapi, kengkadang aku punyer lidah ni tak tahan pedas!hahaha aku sebat jugak ayaq minum huhu. Dan, hasilnya....buncit perutku kannnnn?wahahaha~

4. Amalkan makan makanan berebus!- haaa yang ni satu lagi menu yang aku tak berapa nak suka. Rebus merebus ni sangatla jarang dijadikan menu masakan dalam keluarga aku. Abah suka asam pedas, mak suka kari & masak lemak cili api...aku??Aku suka dua-dua hehehe. Kalu jumpa makanan jenis rebus ni pun, masa aku berpantang je la. Hari-hari makan ikan haruan yang direbus dengan halia....fuh! sodappppppp~

5. Jangan makan selepas pukul 7 malam!- sapa boleh buat camni? Kalu korang boleh buat aku memang bagi tabik springgggg king koil la!hehehe...susah woooo nak tahan lapo terutama tengah-tengah malam buta! Nak nak kalu ada maggi kat dapur tu, lagi takleh tahan nafsu hehehe. Time-time malam ni la kalu pi mengeteh ngan member makan roti canai ngan teh tarik lak tu...hahaha...memang menempah 'maut' la. Cukup sebulan korang amalkan begini, alamatnya, perut korang tak dapat diselamatkan lagi!wahahaha~

6. Jangan lupa bersenam!- kalu aku bagi alasan takda masa pun, bunyi cam pembohong sangat kan! wahaha. Tapi, kita kene akui bersenam merupakan langkah yang baik bukan saja untuk elak perut buncit, tapi juga untuk meningkatkan stamina. Kalu kurus keding tapi takda stamina pun tak guna gak! Dan, tak semestinya kita kena peruntuk waktu khusus untuk bersenam, pergi kedai berjalan kaki tu pun dah kira senam...nak ngan tak nak buat je.

Itu jelah aku nak kongsi sedikit sebanyak tips & info. Badan yang kurus tidak menjamin kesihatan tapi kalu perut buncit juga tidak elok untuk kesihatan ye dop? Seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

 "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan."
                                                        (Riwayat ad-Dailami) 

Maka, hendaklah kita jaga perut kita supaya tidak timbul pula penyakit lain di kemudian hari. Jangan sedap melantak aje!hehehe ~Peace!~

7 comments:

  1. gud info... mmg tgh berusaha kurangkan ukur lilit perut ni... wakaka..

    ReplyDelete
  2. Wow!
    Banyaknya info nak kempiskan perut
    Saya pun ada gak cara untuk kempiskan perut, just sharing ye
    Singgah baca entry saya gak ye. TQ

    ReplyDelete
  3. Setuju! Yang nombor 5 ngan 6 tu jarang sangat orang nak buat, kan? :P

    ReplyDelete
  4. lepas sahur juga tak elok tidur semula.
    mengganggu penghadaman.

    takde masa untuk bersenam memang jadi alasan untuk semua orang.
    especially yang bekerja ni haa...

    huhuhu.. sampai rumah terus nak masak bagai!!

    ReplyDelete
  5. raya ni ramailah membuncit balik. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.