Malaikat Rakib & Malaikat Atid.

Tuesday, February 05, 2013

Pagi tadi dalam kete....

Kakak: buuu...kat belah kanan kiterrr malaikat ye bu? 

Aku: *tak faham soklan*.......huh??

Kakak: kakak kater..malaikat kanan ada kat bahu kiter ke bu?dia tak suker simpan patung ke bu?

Aku: *ok..baru faham...sikit-sikit* Oohhhh...betul tu kak, bahu kanan kiter ader malaikat Atid....kalu kiter ader simpan patung dalam umah, tak kire la Barbie ker, teddy bear ker kiter buat hiasan jer, nanti malaikat tak masuk dalam umah sayangggg. Tapi, macam kakak & adik masih boleh main patung lagi, cam ibu dah takleh dah sebab ibu dah dewasa. Kalu untuk main boleh simpan, tapi kalu nak letak jer bagi cantik takleh la sayangggg. Lagi satu...dia tulis segala benda baik yang kiter buat. Contohnya, pagi ni kakak berzikir dalam kete...haaaaaa, malaikat pun tulis 'Nurul Hazwani berzikir menyebut nama Allah pagi ni, diberi pahala'.
Kakak: *angguk tanda faham*...belah kiri pulak?

Ibu: Kat bahu kiri ader malaikat Rakib. Dia tulis segala benda jahat atau tak baik yang kakak @ atau adik buat. Contohnya, ohhhh kakak & adik tak mo dengar cakap ibu, melawan cakap ibu. Malaikat Rakib pun tulis dalam buku dia, 'Kakak @ adik lawan cakap ibu pagi ni'...kan tak elok tu tul tak?

Adik: Betul betul betul...*macam upin ipin plak!*

Aku: sebab tu ibu suker kalu kakak & adik berzikir sebut nama Allah...tak kisah lah mana-mana zikir yang kakak & adik tau, baca 'Allah Allah Allah' pun dah dapat pahala dah. Nanti, kalu kakak & adik zikir banyak-banyak, banyaklah malaikat tulis pahala dalam buku. Tapi, kalu kakak & adik banyak buat dosa, buat jahat, banyakla dosa yang malaikat Rakib tulis dalam buku dia.

Mira: Kiter takleh cakap babi ye bu? nanti dosa?

Aku: kalu kiter mencarut cakap camtu, dosa la. Kalu cakap babi sebab babi tu haiwan tak dosa la...

Mira: *terkelip-kelip mata....faham.....kot* hehehehe


Tarbiyah & mendidik anak2 bukan sekadar di rumah saja. Tengok macam pagi tadi, spontan jer kakak tanya soalan tu pada aku. Aku sedar diri ini masih jahil serba serbi tentang bab ni. Aku cuma tahu yang asas jer. Harap anak2 faham penjelasan aku. 

Nak jelaskan pada budak2 takleh komplikated sangat macam borak ngan orang dewasa. Kiter kene bagi cotoh yang simple supaya mereka mudah faham apa yang kiter nak cakap. Dan diaorg boleh dapat gambaran kalu buat baik dapat pahala, kalu buat jahat dapat dosa dan Allah tak suker orang yang buat dosa. 

Sekarang ni pun, pagi2 aku jarang dah layan ERA.fm, aku bukakan IKIM.fm sebab diaorg ada mainkan zikir pagi2 lepas kuliah Ustaz Zahazan. Dan nampaknya, kakak & adik pun ikut sama ngan aku baca zikir setiap pagi dalam kete. Sambil aku me'racing' sambil tu kitaorg ikut zikir dalam radio tu hehehe.


You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM