Penangan Setia Hujung Nyawa: Salah Siapa?

Thursday, February 07, 2013

sumber: fb jiwarosak.com
Rosak...rosak! Ni nak panggil cerdik ke bodo? Kadang-kadang untuk orang yang jenis pemikirannya begini, kita takleh nafikan yang dia sangat......sanggggggatttttttt......kurang cerdik! Kang aku kata bodo kang ader plak yang tak puas hati huhu.

Tapi, boleh ker kita salahkan dia 100%??....tak bolehhhhhhhh. Dah, nak salahkan siapa? mak ayah? penerbit? pengarah? pelakon?penulis skrip?pembuat jalan cerita? atau stesen TV? Kang ada yang jawab, terlalu subjektif..semuanya atas pilihan sendiri...camtu plak???

Tak tau la plak aku kalu orang yang menulis status gini, sajer nak kaut fofulariti bikin 'fanassss' di FB. Tapi, jangan tak tahu ada gak yang taksub benor dengan jalan cerita sekali dengan pelakonnya sekali! Hero ensem, heroin cantik..dua-dua jadi mangsa fitnah. Di awal kawen..separuh jalan bergaduh..akhirnya bila cinta dah bersatu, eksiden plak...ending? aku pun tak tau hehehehe. Saper tak mo tengok?

Aperpun, kalu korang suker benor dengan apa-apa drama sekalipun, janganlah sampai terikut-ikut dengan jalan cerita tu. Dah sah-sah korang diberi akal dan kewarasan untuk menilai baik dan buruk sesuatu perlakuan. Cerita dalam drama tak selalunya akan jadi sama dengan yang realiti, dan realiti takkan sama dengan cerita dalam drama ok. Imaginasi director nak buat cerita lebih gempakz dan kebabooom! Baik buruk dan impak dari cerita tu...tak ramai pengarah yang ambil peduli (ada yang peduli...tapi boleh dbilang ngan jari jer)

So, hati-hatilah yer. Perhatikan anak-anak dara anda, anak saudara anda, kawan-kawan anda, adik beradik anda jangan sampai jadi cenggini la. Peace!~

P/S: Kalu mereka tak beri pilihan untuk paparkan cerita yang baik, maka anda punya pilihan untuk memilih tidak menonton cerita mereka. 

You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. laaaa..ada jugak manusia yg sampai kesitu pikirnya..macam2..

    ReplyDelete
  2. Ummi xtgk sgt cter ni tp pernah bca sinopsis..Just nak bg pendapat ummi tentang citer ni.Sepatutnya Rosyam Nor xleh letak kata2 hikmat" Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau..dan tidak ada insan yang berdosa x mempunyai masa depan".Ia seperti menggalakkan couple2 yg mmg ramai mcm ni kat luar sana.. malah tiada nilai-nilai Islam dalam Drama tersebut. Suami xtegur si isteri tak pakai tudung.. Isteri pulak jumpa lelaki ajnabi tanpa pengetahuan suami. Hmm...ummi xrasa pn cerita tu bawa kebaikan... Kita boleh tgk drama tersebut tapi nilai sendiri positif-negatifnya..
    Bagi ummi, kata2 hikmat yg plg sesuai dgn drama tersebut adalah:
    "Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nur ayat 3 yang bermaksud: "Lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina atau wanita Musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau Musyrik"

    ReplyDelete
  3. salam..sy rase korang salah paham ngan kate2 hikmat ni...Allah tu maha pemurah maha pengampun..mmg tak dinafikan isteri(dlm citer ni) tak menerapkan nilai2 islam..mcm pakai tudung etc..tapi perasan tak korang,die berusahe sedaye upaye membahagiekan laki die..blaja masak..even cucur keras mcm batu..manusia ni tak sempurna,,tapi sy tak nafikan..byk kelemahan dlm citer ni..harap2 pengarah o yg tulis skrip dpt perhaluskan lagi la skrip ni..sbb byk panel2 kat luar ni...lagi risau kalu ad yg terikut2 bende tak elok..tapi ap pun sy minat sgt2 ngan citer ni...

    ReplyDelete
  4. salam..sy rase korang salah paham ngan kate2 hikmat ni...Allah tu maha pemurah maha pengampun..mmg tak dinafikan isteri(dlm citer ni) tak menerapkan nilai2 islam..mcm pakai tudung etc..tapi perasan tak korang,die berusahe sedaye upaye membahagiekan laki die..blaja masak..even cucur keras mcm batu..manusia ni tak sempurna,,tapi sy tak nafikan..byk kelemahan dlm citer ni..harap2 pengarah o yg tulis skrip dpt perhaluskan lagi la skrip ni..sbb byk panel2 kat luar ni...lagi risau kalu ad yg terikut2 bende tak elok..tapi ap pun sy minat sgt2 ngan citer ni...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM