Pencuri Oh Pencuri!

Wednesday, February 13, 2013

Assalamualaikum sumer!~

Apa nak jadi ngan pencuri lening (sekarang ni), semakin buruk bebenor perangainye! Kalu dah dasar nama pencuri tu, dah tentula sumer benda nak dikebas! Tapi...hat ni, aku tak tahu la samada pencuri ni 'low standard' atau 'desperate' sampai kain penutup jenazah pun dia terfikir nak curi! 

Haihhh macam-macam pesen la pencuri lening. The question is...si pencuri tu tau tak kain yang dia curi tu kain penutup jenazah?? Kalu la dia tau...memang nyesal tak sudah laaaaaa mat oiii!~

lakonan semula kain penutup jenazah yang dicuri -HM
Dalam banyak-banyak benda dalam umah si mangsa, kain penutup jenazah jugak yang dicapainya. Ape daaaaaaaa....! Apa nak dibuatnyer dengan kain tu? Nak tutup muka supaya kuar umah orang tak nampak?? atau nak manderam kain tu buat benda tak elok?? Haihhh, anim ni melangit sungguh imaginasi ko yer nim! Tak baik mikior gitu..!

Mak aku pernah kata, pencuri tu kalu dia cari duit tak jumpa, maka dia akan amik apa saja yang boleh di'buat' duit. Pencuri jenis ni, namanya 'hissap-pit' *betoi ke aku eja ni hehehe* alaaaa...yang mat lalok tu laaa. Masa kat umah setinggan dulu, kasut keje abah aku pernah dikebas pencuri! Bukan kasut mahal pun, tapi mahal la bagi kitaorg pasai kami bukan dari keluarga orang2 kaya.

Duduk kat Bandar Tun Razak pun sama, janganla gatai2 nak letak kasut cantik-cantik kat luar memang alamatnya esok ko pegi keje berkaki ayam la hehehe. Tapi, kalu takat curi kasut, curi suar dalam, curi kain baju aku tak heran...tapi yang ni...??!! Curi kain penutup jenazah....??? Haiihhhh, hanya Allah Yang Maha Mengetahui pasaipa dia wat lagu tu!

Korang nak baca penuh? Mai SINI

You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. macam2..mungkin mat pit ut buat kain alas tidur die kot

    ReplyDelete
  2. Jangan kata kasut.....
    Kat area AJ, baju buruk kat ampaian pun kena kebas.....
    Kain tutup jenazah belum penah dengar lagi...

    ReplyDelete
  3. @farisha:ntahla dik..yang pastinya pencuri sekarang makin peliks hehehe

    ReplyDelete
  4. @ayue: pencuri ni cuba nak cipta rekod baru kot hehee (^_^)

    ReplyDelete
  5. @puteriafiqah: bukan dik..ni pencuri akhir zaman hehehe (^_^)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM