Wednesday, February 20, 2013

# Anything and Everything

Seminggu Bertunang Sudah Putus?

Assalamualaikum sumer!~

Tinggal kenangan.....
Rasanya baru seminggu kot diaorg bertunang..tapi siapa sangka hubungan ini hanya sampai di sini saja. Fizz telah memutuskan pertunangannya dengan gadis tersebut!  Apekeheinyer yop? Kesian Fizz.... dalam sedang seronok melayari alam pertunangan dengan gadis yang disuntingnya minggu lepas tetiba dia dikejutkan dengan kebenaran yang menyakitkan!

Kebenarannya ialah tunangan Fizz ini dikatakan sebenarnya adalah isteri orang! ISTERI orang???? Yerp, gitulah yang aku dengar kat radio ERA pagi tadi. Fuh...! Cobaannnnnnnn....

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.


Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Laaaaa...ghupernyer tunang Fizz ni bini orangggggggg bini no.2 plak tu! Adehhhh, cobaannnn sungguh bagi diri Fizz. Sabo je la yop!

Fakta: Jika seorang gadis sudah bertunang dengan seorang lelaki, maka HARAM bagi lelaki lain masuk meminang gadis itu. 

P/S: Ader orang kata ini K.A.R.M.A...teringat lagu Alicia Keys, 'What goes around comes around'

4 comments:

  1. 'What goes around comes around'
    haha! setuju sgt :)

    ReplyDelete
  2. perempuan tu x tau dosa pahala ke....akhlak di dalam da dikaburi dgn kecantikan luaran....

    ReplyDelete
  3. Yang perempuan tu gedik sangat nak kahwin lagi nape? Tak puas agaknya.... :-)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates