Friday, February 08, 2013

# Lelaki

Tiada Jodoh, Kieran HOT FM Sah Becerai.

Kieran DJ HOT FM

Penyampai radio Hot FM, Kieran atau nama sebenar Maskiran Jakiran mengesahkan bahawa beliau dan Yang Azliyang Mohd Yunus sudah sah bercerai.
Jika sebelum ini beliau hanya mengesahkan bahawa dia dan bekas isteri tidak tinggal serumah semenjak Mac tahun lalu, Kieran yang sudah tujuh tahun menjadi juruhebah radio Hot FM memberitahu pihak media bahawa pada tanggal 28 November 2011 dia dan isteri telahpun bercerai secara sah.
Tidak mahu menghebahkan berita tersebut pada awalnya kepada pihak media kerana gusar menyinggung perasaan emak, Kieran menjelaskan status sebenar setelah ditemui di Majlis Kesyukuran Hot FM semalam bertempat di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)
"Kami telah sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga ini demi anak-anak namun disebabkan tiada persefahaman kami ambil jalan untuk berpisah."
Walaupun sudah berpisah, Kieran dan bekas isteri masih menjalinkan hubungan baik dan kini mereka anggap seperti kawan baik demi anak-anak.-yahoo.malaysia

P/S: Walau kasih terputus di tengah jalan, hidup mesti diteruskan.

1 comment:

Apa kata korang?