Wanita Dibakar Api: Apa Pengajarannya? (Video)

Wednesday, February 06, 2013

Aku mulakan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Dan adalah tidak patut bagi lelaki mu’min dan tidak pula patut bagi perempuan mu’min, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu ketetapan akan ada pada mereka suatu pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Sesungguhnya sesiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan  kesesatan yang nyata.” 
(Surah al-Ahzab: ayat 36)

Apakah yang dapat korang lihat dalam video di atas? Adakah ia satu kemalangan yang tidak dijangka atau sesuatu yang lebih dari itu...kita sumer tahu. Inilah contoh dan pengajaran bagi sesiapapun yang ingin menentang dan melawan hukum Allah s.w.t.

Dapat dilihat sekumpulan wanita di India melakukan aksi protes di atas tangki air dengan cuba membakar jilbab yang sengaja dibawa.  Wanita-wanita ini mengenakan pakaian tradisional India (Sari) dilihat menjerit-jerit dan berteriak memprotes pemakaian hijab @ jilbab oleh wanita muslimah.

Tak lama selepas tu, salah seorang dari mereka mula membasahkan kain jilbab dengan bahan mudah terbakar (minyak tanah barangkali) lalu membakarnya. Namun, apa yang terjadi api itu pula yang menyambar tubuh wanita itu sehingga TERBAKAR! Subhanallah...


Dalam keadaan panik, wanita ini terus berlari turun dari tangga dengan api yang terus membakar dan menyelimuti seluruh tubuhnya. La haula wa laa quwwata illa billah (Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua). Sementara itu, seorang lagi wanita yang berada di atas tangki air tadi masih terbakar.

Dapat dilihat beberapa orang lelaki cuba untuk memadamkan api di tubuh wanita berkenaan namun api masih marak dan wanita itu mula mengeras.

Teriakan dan jeritan histeria kedengaran dari para peserta protes yang berada di bawah yang sebahagian besarnya wanita dan ada juga kaum lelaki yang memakai pakaian khas agama Sikh.

Menurut informasi di Youtube, wanita itu adalah seorang guru dari Punjab. Sekali lagi, paparan video ini bukan bertujuan untuk memburukkan sesiapa pun. Tetapi, diharap kita beroleh pengajaran besar dari cerita ini.-sumber

Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud:
    Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka seperti debu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil sebarang manfaat dari apa yang mereka kerjakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.”  
    (Surah Ibrahim: ayat 18)


    “Dan orang-orang yang kafir, amalan-amalan mereka adalah seumpama fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu, dia tidak mendapatinya sesuatu apapun.” 
    (Surah an-Nur: ayat 39)

P/S: Jangan sesekali kita melawan perintah Allah s.w.t, yang demikian itulah balasan buruk bagi orang-orang yang tidak mahu mentaati perintahNya.

You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. Replies
    1. Allah Maha Mengetahui setiap yang berlaku itu...

      Delete
  2. dear, nk tanya.. camne nk buat mcm TERJAH MY SIMPANAN tu? nk jugak buat kotak2 mcm 2 tp x pandai lea dear.. bole ajar x? atau ada tuto x? heee.. teman budak baru.. =P

    ReplyDelete
  3. jangan ingkar perintah Allah, kerana sesungguhnya azab Allah amat lah berat. *muhasabah diri*

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM