Bagaimana Menentukan Cermin Mata Yang Sesuai?

Wednesday, April 03, 2013

Assalamualaikum!~

1st time Kenit dapat tau Kenit rabun jauh ialah sewaktu Kenit berumur 14 tahun. Dek kerana 'kecerdikan' Kenit menonton tv terlalu dekat, seolah2 nak masuk je dalam kotak tv tu maka inilah yang Kenit dapat! Dan, semenjak itu Kenit mula bercermin mata....

Seringkali Kenit berada dalam dilema kalu bab memilih cermin mata yang sesuai. Masuk kedai cermin mata memang rambanglah mata ni melihat pelbagai warna & design yang cantik & menggiurkan! hehehe. Masuk ni dah 7 kali Kenit tukar cermin mata. Macam2 bentuk Kenit dah try. Dan, tiap kali tukar makin bertambah 'power'...bukan super power tapi rabun power! hehe. Haihhhh....



Ni spectacles terbaru yang baru setahun Kenit pakai. Terima kasih mak kerana
sponsor muahahaha~
Kenit mempunyai wajah berbentuk bujur sirih atau bujur telur....(term bujur sirih tu lebih 'manis' kan?haha) Tak kisah la bujur mana pun, tapi muka Kenit bujur. Jadi tiap kali Kenit pilih cermin mata pun Kenit suker pilih yang bersegi atau segiempat. Kalu Kenit pilih yang bulat atau oval shape, bertambah BUJUR la muker Kenit! haha. Dah la pipi bulat! speck bulat, muka bujur...jadi aper? BULAT+BULAT+BUJUR= BULAJUR...apekejadahnye teruk nau bunyinyer buahaha.

Despite yang sumer orang (termasuk Kenit) berpendapat bahawa, pemilihan bingkai cermin mata itu lebih penting, namun sebenarnya ia bukan bergantung kepada faktor itu semata-mata. Pemilihan gelas/kanta cermin mata itu juga memainkan peranan menyumbang kepada kesesuaian cermin mata dengan pemakainya. Kalau nak jenis cermin mata yang camner sesuai ngan kiter, jom check TIPS di bawah ni,


Pertama, tentukan jika anda mempunyai wajah yang kecil atau besar. Wajah kecil sesuai dengan bingkai cermin mata yang kecil, begitulah sebaliknya.



Tentukan setebal mana kanta/gelas cermin mata yang anda inginkan. Bingkai yang nipis tidak akan menganggu penglihatan anda, tetapi bingkai yang tebal adalah lambang 'berani' dan menjadi trend. 




Seterusnya, tentukan jika anda ingin bingkai tepi yang nipis atau tebal. Kadangkala, bingkai depan yang tebal boleh disesuaikan dengan bingkai tepi yang nipis, sekali gus ia boleh mengubah style keseluruhan!




Menentukan bentuk kanta samada bulat atau bersegi memerlukan kesabaran dan attitude. Kanta bulat menampakkan ciri old-school, manakala kanta bersegi menyerlahkan mood klasik. 




Untuk memilih warna, tidak menjadi masalah. Tortoise, dua tona, hitam, biru, titanium dll. Tapi ingat! kadangkala warna juga menjadikan anda kelihatan lain. 





Sesetengah orang menganggap 'aksesori' di hadapan kanta boleh dijadikan sebagai perhiasan, ada juga yang mengatakan ia sebagai penambah tarikan. Yang lain pula tidak menyedarinya. Cuba pakai untuk merasai sendiri kelainannya.  




Namun, amatlah ditegaskan ketika membeli cermin mata, memastikan bingkai atas cermin mata tidak melangkaui bulu kening anda, dan bingkai bawahnya tidak mengenai pipi anda.






Dan, jika anda masih merasai kekurangan, mulakan dengan memilih bingkai yang lebih nipis, bentuk segiempat dan mulakan dari situ. Apa jua bentuk bingkai boleh digunakan, anda hanya perlu mencari bingkai yang sesuai dengan anda. 
sumber: yahooDan. kombinasi muker bujur+cermin mata segiempat+ pipi bulat menghasilkan..........vvvvvvvvvvvvvv
Asyik model lelaki je kat atas tu. Kenit pun nak interprem gak heeeee
ok tak? giler ubi tul! hehe~


Selamat memilih cermin mata yang sesuai untuk diri sendiri. 
Tahu tak, jika Kenit diberi pilihan Kenit tak mo pakai cermin mata...pasaipa? 
Pasai Kenit rasa rimas! Tapi, dah rabun nak buek lagu mano? haha. 
Redho je la. So anak2, remaja2 yang masih terang benderang matanya, 
jangan gegatal nak pi beli cermin mata kalu niat di hati nak melaram! 
Hargai mata anda dan jagalah penglihatan anda! Peace!~



You Might Also Like

9 pengomen comel

  1. salam.... sy nak tau la jenis2 kanta yg ada.. sbb sy nie rabun jauh dan silau yg tinggi....
    awak tu kanta ape yg sesuai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, yang ni sy kene study lebih skit ni hihi. InsyaAllah akan menyusul dalam next entry ok :-). Mekasih krn sudi terjah.

      Delete
  2. Awesome! Padan muka saya yang sambil lewa seja jaga mata~ skarang baru nak nyesal,,kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah wawasan.

    Parfum Ori : Baca juga.........
    Tips Menyimpan Parfum yang Baik dan Benar.

    ----------

    ReplyDelete
  4. saya jenis susah sngt nak pilih bingkai cermin mata,,asal pakai cermin mata tudung mula buat hal,,kira dah 4kali tukar bingkai gara2x tak sesuai haiiisyy ni saya beli bingkai baru harap kene dgn muka..thank dgn info kenit

    ReplyDelete
  5. ok walaupun dah agak lama pakai spek. baru ni tahu ciri2 ni. :)

    ReplyDelete
  6. Saya bab pilih bingkai cermin mata ni tak kisah sangat, suruh isteri la pilih utk kita. Haha

    ReplyDelete
  7. susah gak nk crik spec bg yg bertdung sbb xnk nampak kembang n jauh dr mata ...huhu

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM