Friday, April 19, 2013

# Informasi Dan Tips # Video

Bayi Anda Boleh Berenang.

Assalamualaikum!~

Alololo cute je tengok baby di atas terapung2 di atas air kan? Cam relax je dia kan. Mak duduk kat tepi kolam dok perhati ja baby dia berenang keriangan dalam ayaq. Sikit pun takda rasa panik.


Cer bayangkan kalu baby kita plak yang terapung2 dalam kolam tu? haaaaaa konpom haru mak pak jerit mintak tolong, tak pun jadi bidan terjun dalam kolam pi selamatkan anak hehehe. 


gambar hiasan - tapi cute kan?
                     
Mana nak biasa tengok baby kecik berenang sendiri dalam kolam? 

"jalan pun dok jatuh langgaq sana langgaq sini, ada hati nak berenang..."

"tu anak omputih, hang pa pi ikut buat apa? anak depa memang dah pandai berenang..tengokla mak pak depa"

Antara ayat2 cliche yang Kenit pernah ucapkan suatu ketika dulu (masa tu belum beranak lagi hehehe). Tapi, bukankah semua bayi duduknya di tempat yang sama...dalam rahim ibu dikelilingi cecair amnion (ayaq ketuban)? Bayi omputih pun duk dalam perut, bayi melayu, cina, india, kadazan, orang asli pun duk dalam perut.

Takkan baby omputih berenang dalam ayaq ketuban, baby kita berenang dalam lumpoq ketuban (lumpur) kottttt...takla kotttttt hehehe. 

So, Kenit terjumpa satu website ni dimana, depa mengajar their babies how to survive in the swimming pool!. Not only they will know how to swim but, juga boleh membantu  babies di masa kecemasan andai terjadi sesuatu dan depa terjatuh ke dalam kolam etc., depa tahu nak buat apa!

Infant Swimming Resource (ISR) merupakan sebuah agensi yang menyediakn guides atau latihan kepada ibubapa dan their babies bagaimana untuk menyelamatkan diri mereka sendiri (especially babies) sekiranya terjatuh atau tergelincir di dalam kolam. Melalui latihan Infant Swim Self-Rescue ini, babies akan lebih bersedia dan tidak panik! Even, mak pak pun takyah rasa panik dah...!

Melalui teknik ISR ini, hasil yang diperolehi akan lebih baik, lebih selamat dan lebih efektif, di mana one-to-one lesson dengan baby anda dan pengajar di dalam air. Baby akan diajar 'berguling' dan mengapung dirinya, rehat dan bernafas dan mengimbangi posisi yang betul sehingga bantuan sampai.


Mungkin, di sini kita belum didedahkan secara meluas tentang kelebihan teknik seperti teknik ISR ini, tetapi apa yang Kenit nak sharekan disini ialah, pendedahan ilmu mengenainya. Bukan saja teknik berenang yang betul sahaja kita perlu belajar, tapi teknik menyelamatkan diri juga perlu diajar supaya depa lebih bersedia.

5 Kunci Keselamatan Penting Yang Perlu Berkaitan Dengan Air (Kolam)

  • Pengawasan Efektif - Perkara paling utama ialah pengawasan oleh orang dewasa. Sehebat mana pun anak anda berenang, takkan boleh disamakan dengan pengawasan aktif oleh orang dewasa. Jika anak anda hilang, mulakan mencari di kolam (atau dalam air) dahulu. Bagi yang ada kolam la.....
  • Kolam Berpagar - Pasangkan pagar di keliling kolam anda dengan self-locking mode. Pastikan tinggi pagar sekurang2nya 3-5 kaki dari tebing kolam.
  • Pasang Penggera - Pastikan semua pintu dan tingkap yang berdekatan dengan kolam dikunci dan penggera diaktifkan. 
  • Latihan Berenang & Survival - Mak pak perlu ambil peranan aktif dalam hal ini. Aktifkan diri dan anak2 dengan latihan renang dan survival bagi mempersiapkan diri sekiranya berlaku kecemasan.
  • CPR - Jika berlaku kecemasan, adalah menjadi tanggungjawab mak pak membuat persediaan yang perlu. Belajarlah CPR untuk kanak-kanak dan orang dewasa dan selalulah berlatih untuk meningkatkan kemahiran diri. 
So, memang baguih la latihan sebegini untuk babies kan. Walaupun, bukan semua rumah ada swimming pool seperti omputih ni still kita boleh cedok ilmu dari mereka kan. Nabi s.a.w pun ada bersabda yang bermaksud:

“Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekiranya anak anda berada di dalam situasi seperti dalam video dibawah, apakah tindakan anda? Adakah anda dan anak anda sudah bersedia? Saksikan....



Semoga perkongsian dari Kenit ini menambahkan cabangan ilmu dihati anda semua hehehe.  

4 comments:

  1. sy yg dh berumur 27 ni pun blaja swim dkt 6 bln pun bru pandai frog style je, free style pun tercungap2 lagi, huuuu~

    ReplyDelete
  2. comelnya baby dalam video..hehe..betul jga fakta2 pasal bby berenang kan..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tiada lagi yang kedengaran sepertinya. Kalau ada pun, hanya dari tunjuk ajar parents yang reti berenang hehe :D

      Delete

Apa kata korang?