Dunia Magika - Part 1

Thursday, April 18, 2013


Assalamualaikum!~

Terujanya anak dara sulungku menceritakan pengalaman pertamanya mengikuti rombongan sekolah ke Pusat Sains Negara semalam. Inilah kali pertama dia ikut rombongan sekolah buat lawatan. Dulu masa umur 5 tahun, sekolah tadika lama tu tak buat lawatan, tu yang dia ter'jakun' sesangat tu hehe...kesian anak ibu.

Punyelah excitednya dia cerita apa yang dia jumpa dan tengok kat sana.

"kakak tengok ikan jerung, jaws besar, ikan keli..." 

KELI? kat kedai Zam tu berlambak ikan keli nak...tiap2 ari sabtu ahad ibu bawak ko tengok ikan tak puas2 lagi??haihhhh hehehe. Mungkin tengok ikan keli ngan ibu tak sama seronoknya tengok ikan keli kat Pusat Sains Negara bersama rakan sekelas kot ..ahakz!

"pakcik tu buat magic buuuuu.....dia boleh buat api buuuuu. Nanti kakak tunjuk ibu" (masa ni dalam kete)

Biar betik?? Kakak nak tunjuk magic kat ibu? Sekarang ibu plak yang 'jakun' dah hehehehehe.....

Petang bila sampai di rumah, makin teruja dia nak tunjuk skill baru dia...

"ibuu...kakak nak tunjuk magic, kakak nak mangkuk ngan air..."

Aku tanyakan, "nak buat apa ngan air?". Kakak jawab, "nanti takla terbakar rumah ni...."

Aikkk? ade bakar-bakar ke kakak? getus hatiku. Mimik muka kusembunyikan takut2 nanti dia ingat aku tak percaya plak kat dia...so aku diamkan aje. Aku katakan padanya tunggu ayah pulang bolehlah tunjukkan sekali magic kakak tu. Dia mengangguk tanda setuju. 

Yang ditunggu dah pun tiba dengan selamatnya. Kakak makin excited dah ni. Tak sabar nak tunjuk magic skill yang dia pelajari di Pusat Sains Negara pagi tadi. Kami pun tak sabar nak tengok jugak ni. 

"seronok kakak pegi Pusat Sains Negara hari ni?" tanya ayahnya.

"seronok yahhh...kakak tengok ikan besar-besar, ada ikan jaws, ikan keli, ikan....ikan ape ntah...". Balik-balik ikan keli jugak yang dia jawab hehehe. 

"kakak nak tunjuk magic kat ayah ibu ni...ibu tolong amikkan mangkuk ngan air ye. Mangkuk besi tau..."

Amboii bagi command plak kat kita yer...takpelah, layankan aje hehehe.

Barang sumer dah ada....mangkuk besi (aku bagi periuk nasi yang kecik hehehe) ngan se-kole air telah siap ter'hidang' di depan kakak. Excitednya kami...aku pun tanya,

"apa nama magic kakak ni...?"

"nama dia MAGIC BAKAR PERIUK.."

Aku rasa kalau time tu ada makanan dalam mulut aku,mau tersembur kuar hehehe. Tak tahan rasanya nak gelak kutahan jugak. Pak Jelan pun dah herot-berot kening dia dengar nama magic kakak.

So, inilah dia MAGIC BAKAR PERIUK....Oh, by the way dia siap suruh Mira duduk tepi nanti kena api terbakar pulak. Dalam jiwa ni dah berkobar2 perasaan kelakar nak gelak...kutahan jugak.....


Renjis air dulu dalam periuk. Bila ditanya kenapa dia jawab,
"kakak taknak periuk ni terbakar.." T__T

Gosok tangan - katanya nak bagi kuar asap kecik

Dijirusnya lagi air....second try kot.

Kali ni duk jauh sikit plak. Kami tak tanya sebab dok tahan gelak je.
Yang ni aku tengok dah macam tai-chi sambil duduk pun ada
hehehe.

Fuuuhhhh! Tang tiup tu yang mahal tuuuuu. Tapi, api
tak kuar, asap kicik pun takda dalam periuk.

Akhirnya dia cakap, "alaaaa magic kakak tak jadi la buuuu.." sambil mencebik mulut. 

"Takpela kakak, at least periuk ibu tak terbakar kan..." 

Happy night with happy family...


(^_____________________________________________________________^)


Moh tengok 'magic' adik pulak:

You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. kahkahkahkah... lawak laa... best kan layankan kerenah ank nak membesar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawak memang lawak bro, tapi boleh fenin dibueknyo huhu

      Delete
  2. haha. comel lah!

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM