Friday, April 19, 2013

# Cerita My Pearls

Dunia Magika - Part 2

Assalamualaikum!~

Semalam giliran Mira pulak pegi Pusat Sains Negara. Macam biasalah, dalam kete kakaknya yang terlebih kecoh bercerita berbanding adiknya. Tapi, kenapa Mira macam takda perasaan je yek?

"seronok adik gi Pusat Sains Negara arini?"

"seronokkkkk....." Pastu dia buat muka gini




Macam mana aku tak cakap ngan cikgu dia, dia ni suka buat muka poyo. Gelak beso cikgu tu huhu. Tapi, itulah Mira....tiada perasaan.....

Sampai je umah dia excited kuarkan free gift yang dia dapat. Ada robot dan tanah liat....or plastesin...or i don't know....

sayang benau dia dengan robot ni tapi untuk 5 jam je. Pastu
habis punah ranah robot tercabut sana sini.

Macam kakaknya jugak, Mira nak tunjukkan aku dan Pak Jelan satu 'magic' yang dia belajar dari pakcik 'magic' di PSN.

"buuu...mira ada magic untuk ibu ayah. Meh mira tunjukkan.."

"hmmm...nak ape plak kali ni?" Aku seakan mengerti mira nak guna sesuatu untuk magic dia...

"nak 3 cawan kosong....."

"ok...." Aku berlalu ke dapur. Dalam hati cakap, 'apalah yang dia nak buat plak ni'

3 cawan disusun rapat kepadanya. Di tangannya dah tersedia air kotak perisa Lychee.

"magic apa plak mira nak buat ni?" aku bertanya....

"mira nak buat MAGIC HILANGKAN AIR...."

Gulppp!terer benor anak2 aku ni ye. Semalam yang kakak nak bakor periuk mujur tak jadi. Yang si kecik ni pulak nak hilangkan air...kita tengok jadi tak hehe.



see!see!...muka poyo tu gak yang ditunjuknye. Mulut itik
plak tu..mujur comels hehehe

Tuang air dalam cawan...

eh eh! sempat plak posing gediks tu. Malu tuuuu....

ye ye je dia alihkan cawan2 tu. Yang tengah kalih ke kanan,
yang kiri kalih ke tengah, yang tengah kalih kemana2 ntah....

dok kalih lagi......

Lama gak aku duduk tercongok depan dia...dekat 10 minit ada rasanya. Last2 aku tanya,

"bilanya air nak ilang ni adik?"

"kena tunggu 3 hari baru ilang...."

Dan dan aku gelak tersedak kat situ jugak! muahahahahaha. Terus aku stop amik gambar dan bangun sambil geleng kepala! Mak aiiiii nak tunggu sampai tigo ari yo adik! Ingat omak ekau ni takdo kojo lain ko? Ekau nak temberang ibu yo!

Tengok kakak punyer 'magic' pulak:'

6 comments:

  1. haha.. ni dah brapa hari ni mira? hilang tak air tu? ahhaa..punya la sya baca dengan tekun.last2 dia kata tunggu 3 hari?! haha. macam2.. btw,mira comel..mata bulat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takda maknanyaaaaa....drama je lebih hehehe.

      Delete
  2. kahkahkahkah... hadoiii... magic ni lagi kelasss....

    ReplyDelete

Apa kata korang?