ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, April 02, 2013

Erra Fazira Trauma.

  2 comments    
categories: 
Assalamualaikum!~

Erra Fazira

Dikhabarkan rumah pelakon Erra Fazira hampir dipecah masuk oleh pencuri semalam. Berikutan itu, Erra telah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, semalam. 
“Saya dan anak (Engku Aleesya) bersama pembantu rumah tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah yang baru dibuka semalam selepas cuti seminggu. Kami keluar dari rumah pada jam 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk.


“Saya terkejut dan lantas berpatah balik ke rumah. Namun ketika itu pencuri terbabit sudah melarikan diri, tetapi menurut jiran saya, kebetulan ketika itu ada sebuah kereta peronda yang melalui kawasan berkenaan. Peronda mengejar pencuri yang juga memandu kereta sehingga melanggar beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah di kejiranan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

“Saya pun tidak tahu bagaimana mereka (pencuri) boleh masuk dalam kawasan rumah saya, tetapi menurut jiran, pintu pagar automatik rumah saya itu sudah terbuka. Difahamkan mereka umpilkan pintu pagar itu."-sumber

P/S: Aperpun, tentu beliau rasa trauma dengan kejadian ini. Syukur beliau dan anak beliau selamat dari kejadian yang tidak diingini.  

2 comments:

  1. Nasib baik takde orang dan peronda lalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laa..mujur dia anak beranak selamat kan. Pencuri makin mengganas la ni!

      Delete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.