Friday, April 26, 2013

# Wanita

'I Felt Like A Piece of Meat'

Assalamualaikum!~

Kalau anda adalah peminat barangan Victoria Secret (VS), mungkin anda cukup kenal dengan semua model2nya kan. Adriana Lima, Miranda Kerr dan Alessandra Ambrosio bukan nama asing dalam dunia model VS. 

Namun, Kenit bukan nak cakap pasal barangan mewah pakaian dalam VS atau pertunjukan fesyen oleh model2 seksinya. Tapi, Kenit tertarik dengan kata-kata dari seorang bekas modelnya, Kylie Bisutti.

Setelah memenangi pertandingan VS modelling pada tahun 2009 dan dipilih secara rasmi sebagai model VS, dia mengambil keputusan untuk berhenti...for good!

"I felt like a piece of meat"

Somehow somewhere she felt it wasn't about modelling anymore. But more to strip down and pose provocatively to titillate men.

Yeah, itulah yang dinyatakan sendiri oleh Kylie dalam satu temubualnya. Kenit tidak terkejut kerana manusia itu fitrahnya memang suka kepada kebenaran & akan kembali kepada naluri sucinya sendiri.

Hakikatnya, dia mengetahui bahawa menayangkan tubuh dikhalayak ramai & berpakaian seksi itu tidak kena dengan jiwanya (walaupun dia bukan Islam).

"My body should only be for my husband and it's just a sacred thing.”

....kata-kata diatas sangat sinonim dengan ajaran Islam yang menuntut wanita menutup dan memelihara tubuhnya dari menjadi tatapan lelaki lain selain suaminya yang sah.

Walaupun, Kylie bukan seorang Islam tapi Kenit kagum dengan pendirian beliau. Hatta, dalam agama (selain Islam) juga menuntut agar wanitanya menjaga penampilan dan tidak membatasi agama.

Sebab itu, kita (muslimah) wajib bersyukur kerana diberi kelebihan oleh Allah melalui agama Islam untuk terus memelihara kesucian diri kita. Ironinya, ramai pula anak2 muda yang bermegah dengan keseksian & kesendatan mereka.

Mungkin mereka boleh mula menghayati firman Allah yang bermaksud:

"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
 (surah An-Nur ayat 31) 


Baginda Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud:

'Dunia itu ialah harta benda,sebaik-baik harta benda adalah wanita solehah''.
(Riwayat Muslim)


Jika seorang bekas model (yang juga seorang Kristian) boleh berubah ke arah kebaikan, masa kan kita (wanita muslimah) yang diberi Allah segala hidayah & peringatan tidak boleh memperbaiki diri kita kan. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang....(^_^).

P/S: Gambar model ada, tapi takleh letak sebab kebanyakannya seksi sangat tak sesuai untuk tontonan hehehe.

4 comments:

  1. Assalamualaikum kenit. subhanallah. alangkah bagusnya dia memeluk Islam. sheila kagum dengan dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sheila..doa yang baik tu (^_^). Semoga Allah beri hidayah juga pada yang belum menutup aurat di luar sana.

      Delete
  2. alhamdulillah la dia dah kenal Islam..hehe..moga berkekalan dan moga ALlah beri juga hidayah pada yang belum turut syariat .hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. She is still a true Christian. Dia buat statement ni sebagai seorang true Christian. Sebab dalam agama Kristian pun wanita tidak boleh menayangkan tubuhnya di khalayak ramai.

      Delete

Apa kata korang?