Jom Daftar Nuffnang!~

Wednesday, April 10, 2013

Assalamualaikum!~

Sejak dua menjak ni Nuffie semakin pemurah dengan limpahan iklan di Nukilan Kenit. Terima kasih atas support korang yang sentiasa menerjah di blog Kenit ni hehe. Semoga bahan bacaan yang Kenit paparkan memberi (walau tidak banyak, sedikit sudah memadai) panduan buat korang di sana.

Kenit mengaku Kenit bukan 'cikgu' yang pakar dalam bab tutorial letak iklan ni hahaha. Sumer yang Kenit dapat ni pun hasil tunjuk ajar blogger-blogger otai kita! hehehe. Kenit ikut step-by-step, kalu tak jadi jugak, macam yang blogger-blogger otai kita cakap, 'try and error' je lah hehehe.

So, atas permintaan seorang sahabat blogger kita....

Saya akan tunjuk sedaya upaya ok? hehehe. Jom mula!~


CARA REGISTER NUFFNANG

1. Pergi kat www.nuffnang.com.my ===> klik JOIN NUFFNANG

2. Isi butir-butir peribadi.


Nota: Pilih username yang available tau. Means, kalau korang masukkan username yang biasa-biasa atau terlampau popular nanti dia akan keluar ayat, "Username already exists". So, kenalah tukar yang lain yek!

3.  Isi yang ni pulak.....



4. Isikan yang ni juga yek!~


5. And, last...but not least hehehe. Tick dalam setiap kotak kecil dibawah ni tanda korang setuju dengan syarat dan terma mereka.


6. Pastu, dia akan kuar camni....



Hou yeaaaa! officially, korang dah pun mendaftar sebagai ahli nuffnang...tahniah nuffnangers! hehehe. Hohohohoho...wait seminit! ader lagiiiiiii hehehe. Kenit nak tunjuk acaner nak letak iklan nuffnang kat blog plak heeee (^_^)

CARA LETAKKAN IKLAN DI BLOG

Selepas korang klik click here (seperti di atas), korang kena check email dari nuffnang untuk mengesahkan pengaktifan account korang. Klik kat link yang diaorg bagi tu, dan korang akan dibawa ke page Nuffnang yang memula tadi....

1. Korang dah boleh log in daaahhhhh. Nak guna email pun boleh, facebook pun ok, twitter pun sempoiiiii hehehehe.



2. Korang klik kat My Nuffnang....




3. Korang klik kat button (seperti dalam gambar dibawah), dan akan kuar Manage My Blogs . Klik update survey...



4. Korang kena lengkapkan survey di Section 1 & Section 2. Pilih je la yang berkaitan dengan blog korang ok.





5. Korang perasan tak, ada kotak kosong yang perlu korang isi? Yang ni korang boleh cerita pasal blog korang. Dalam malay pun boleh...dalam english pun boleh. Kotak ni korang kena update sekerap yang boleh (3 kali seminggu ke...2 kali seminggu ke) so nanti Nuffnang tau la korang memang aktif!


6. Dah update survey, klik button SUBMIT (kat bawah sekali) dan akan kuarlah warna hijau niiiiii hehehe....


7. Kini, tiba masa untuk letakkan iklan di blog. Korang akan jumpa coding tau. Tapi, takpe korang hanya copy paste je codes tu. Ada 3 jenis papan iklan yang korang boleh letakkan di blog (sebaik2nya letakkan di ketiga-tiga tempat ini), Leaderboard, Skycraper dan Large Rectangular (Lihat kedudukan yang betul seperti dibawah)


8. Ikut arahan seterusnya, klik Next (dibawah) dan Nuffnang akan tunjuk cara letak coding iklan dengan betul. Ingat! ikut betul-betul arahan Nuffnang..pastikan codes diletakkan di tempat yang betul ok. 

Untuk iklan di Leaderboard & Rectangular



Untuk iklan di Skycraper




DAN hasilnya.......
v
v
v
v
v
v
v
v

Leaderboard


Large Rectangular

Skycraper

Dan, ingat ye untuk update survey korang 2/3 kali seminggu. Pastikan korang post entri sekurang2nya 1 entri sehari supaya Nuffnang tahu korang aktif update blog. Nuffnang akan check blog korang dan (jika mereka puas hati ngan blog korang), para pengiklan yang akan tentukan samada mereka nak letak iklan mereka di blog korang atau tak. So, amatlah penting korang update blog selalu hehehehe. 

Korang juga boleh godek2 ilmu di blog blogger2 otai kita hehe :


Terjah yang ni jugak :


Selamat Mencuba Bloggers!(^_^)

You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. Bagus info ni, sekurang2nya dpt info utk raih pendapatan. Maklumlah, mcm saya ni brblogging sambilan je sbb kekadang x kesempatan nk menulis :).. tp sbb minat, teringin juga nk try nasiblah.. thanks for the info ye. Aslkum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, cuba jangan tak cuba. Sy memula dulu join pun sebab seronok tengok iklan kat blog lain..nampak macam blog tu 'alive' hehe..kind of interesting. Aperpun. semoga info ni dapat membantu ye (^_^)

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM