Tuesday, April 09, 2013

# Flora & Fauna

Lendir Hagfish Pengganti Lycra?

Assalamualaikum!~

Cuba tengok pakaian kita, fabrik apa yang digunakan pada baju yang kita pakai? kapas? polimer? linen?sutera? Kesemua jenis fabrik tradisional ini telah lama digunakan dalam industri fesyen seluruh dunia, tul tak? Samada material itu dari bahan semulajadi atau sintetik, semuanya boleh menjadi kombinasi yang baik untuk menghasilkan kain atau baju melalui teknologi canggih.

Tapi, pernah tak anda terfikir untuk memakai baju dari bahan materialnya berasaskan lendir hagfish? First of all, mesti ramai yang tertanya2...WHAT IS HAGFISH? Apekejadahnya natang (binatang) tu? hehehehehe. Macam HACKFISH ke? Ikan kene hack ke? hehehe. Untuk pengetahuan korang, puas Kenit cari maksud HAGFISH dalam bahasa Melayu tapi hampa....! So, kita guna je lah terma HAGFISH ni ye. Kenit pun baru tau je istilah HAGFISH ni hehehe. Takpe, jom kita sama2 belajo yek!


HAGFISH tinggal di dasar laut.

HAGFISH  sejenis haiwan pra-sejarah yang seakan belut yang tinggal di laut dalam. Hagfish menghasilkan lendir yang bertindak sebagai pelindung jika pemangsa cuba memakannya. 



Bahagian depan HAGFISH. Sekali pandang macam lintah pun ada kan?
Gigi HAGFISH.fuh! tajam tu..pandai dia jaga gigi dia hehe

HAGFISH mempunyai mekanisma pertahanan diri yang unik (Subhanallah!) yang mungkin ramai antara kita masih tidak mengetahuinya. Disebalik faktor berlendir dan menjijikkannya itu, lendir HAGFISH mungkin akan menjadi sinar baru dalam corak industri fesyen dunia satu hari nanti. 

Inilah rahsia HAGFISH yang cuba disingkap oleh sekumpulan saintis dari University of Guelph, Canada. Para saintis ini mendapati lendir HAGFISH bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung daripada pemangsa, malah ia lebih dari itu!



lendir HAGFISH 

Saintis mendapati lendir yang dihasilkan oleh HAGFISH boleh menghasilkan bahan yang berpotensi sebagai fabrik, menerangkan apabila lendir ini dikeringkan ia menjadi bahan yang lembut dan boleh merengang (stretchable) 




Melihat video di atas, maka mungkinkah boleh lendir HAGFISH ini dijadikan sebagai fabrik asas untuk menghasilkan baju? Pada pendapat Kenit, penemuan sebegini wajar diberi perhatian lebih-lebih lagi ia mesra alam (eco-friendly). Penemuan ini juga bukan sahaja memberi manfaat kepada manusia, tapi juga kepada bumi Allah yang semakin tua ni.

Sesungguhnya, Allah s.w.t tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia tanpa apa-apa hikmah di sebaliknya. Maha benar firman Allah yang bermaksud,
"Dan Dialah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur."

(Surah An-Nahl: ayat 14)
"Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "
(Surah Ar-Rahman : ayat 20-24)

4 comments:

  1. eeeeee.. rupa haiwan 2 menggelikan.. errr.. xmo tingukkk.. gelii..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.. melawat blog kamu. jom melawat kite plk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...insyaAllah sy terjah (^_^)

      Delete

Apa kata korang?