Friday, April 05, 2013

# Parenting & Tips

Main Atau Belajar?

Assalamualaikum!~

Malam Sabtu begini memang dinantikan oleh My Pearls setelah 5 hari mereka berhempas pulas bergelumang dengan homework yang banyak di sekolah hehe. So, malam ni memang diaorg pulun habis la game dalam tab tu huhu.

Kenit akui memang Kenit tegas kalu bab games ni. Hari sekolah memang tak dibenarkan main games di tab dan tengok kartun di laptop. Lepas siapkan homework, Kenit benarkan mereka main cikgu2 ke, main masak2 ke, melukis, mewarna, membaca, spelling even ajar mereka doa dan solat! Begitulah setiap mereka lalui....5 hari kena kuarantin hehe.

Kemudian, Kenit jumpa satu game ni yang berkonsepkan learning games...kind of interesting! ( Kenit baru perasan sebenarnya hehe) Kenit try download satu dan bagi kakak cuba waktu ujung minggu. Ternyata dia sangat suka! Ok set....! Learning games is fun! hehe.

Kenit download banyak learning games dari yang just plain games. Even, Mira pun dah seronok hadap learning ABC dalam tab hehe. So, it's not so bad after all.....kiter jadikan games bukan setakat games but we learn while playing games..with lots of beautiful graphics and colourful pictures memang diaorg makin seronokla hadap benda tu.


Kakak try wat matematik. Adik tukang suluh kononnya, tapi pegang
lampu suluh pun terbalik! hahahahahahha

Dan, malam ni kakak request game Matematik lagi (operasi +). Perghhh! bersemangat sungguh anak ibu hehe. No hal kakak....ibu download sekarang gak! hehehe. 

Apa yang Kenit buat:
  • Berikan mereka ruang untuk bermain sambil belajar dan belajar sambil bermain.
  • Selami minat mereka dan support! (eg. kakak suka buat maths, so Kenit download game maths tuk dia buat)
  • Join mereka dalam setiap learning games tu. Kita boleh beri tunjuk ajar dan berseronok bersama mereka at the same time!
  • Pelbagaikan jenis learning games mengikut kesesuaian umur mereka. Supaya mereka tak rasa bosan hehe.
  • Tetapkan hari2 tertentu untuk mereka main learning games ni. Bagi Kenit, hari Sabtu & Ahad sangat sesuai untuk mereka main puas2. But homework must finish first! hehehe. 

Kesimpulannya, banyak yang Kenit belajar tentang perkembangan kanak2 melalui anak2 Kenit. Apa yang menarik minat mereka, dan bagaimana nak support mereka. Ketegasan tetap perlu ada, sebab Kenit taknak mereka terlalu leka dengan keseronokan. Yang pastinya, kita tentu nak yang terbaik buat anak2 kita....ke guaner?(^_^)

3 comments:

  1. Jom join! RM5000 dari BloggerWanita. Orang nak beri, kita ambik je..
    http://amgyver.blogspot.com/2013/04/wang-tunai-rm5000-untuk-blogger.html

    ReplyDelete
  2. baguslah camtu kak, nanti bila kita ada anak sndiri nak buat camtu gak la. thanks utk ilmu keibubapaan ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 baby, sharing is caring kan :-)

      Delete

Apa kata korang?