Sunday, April 28, 2013

# Parenting & Tips

Paksa Anak Pakai Tudung?

Assalamualaikum!~

Acapkali Kenit terbaca komen2 di facebook mengatakan anak-anak perempuan kecil (sebelum baligh) tak perlu dipaksa pakai tudung kerana mereka masih kecil. Dan, Islam tidak mewajibkan anak-anak ini menutup aurat (sebelum baligh).

Memang dalam masyarakat kita, pemakaian tudung dari kecil amat digalakkan sebagai latihan apabila mereka besar nanti. Dan, Kenit juga tidak terkecuali dalam hal ini. 


Wani masa umur 8 bulan di KL.

Sebenarnya, kita tidak memaksa anak-anak kita untuk pakai tudung. Tapi, kita menggunakan pendekatan secara berhemah melalui nasihat & penceritaan juga motivasi untuk menanamkan rasa minat mereka untuk mula belajar menutup aurat sejak kecil, betul tak?

Ada macam2 cara kita boleh guna untuk memupuk rasa minat anak2 terhadap pemakaian tudung sejak kecil. Tak perlu memaksa......

Contohnya; 

a) berikan pujian/perangsang - "cantiknya anak ibu pakai tudung bertambah comei ibu tengok!"

b) berikan galakan/hadiah - biarkan anak pilih tudung yang digemarinya samada dari segi corak atau warnanya.

c) berikan contoh yang baik - ibu juga perlu menutup aurat dengan sempurna.

d) berikan jawapan yang baik - Kakak pernah tanya Kenit;

"naper kiter (orang Islam) kene pakai tudung bu?"

"kerana Allah sayang kite, maka Allah suka tengok kalau kite tutup aurat. Allah suka bagi pahala kepada orang yang ikut perintahNya. Kakak nak pahala tak?"

"Nakkkkk.....(^_^)"



Wani lagi...debab & montel hehe

Kenit tak tahu samada cara Kenit ini betul atau tidak pada pandangan anda, tapi alhamdulillah sejak dari itu, kakak sendiri akan pakai tudung sebelum kuar umah pegi kedai atau bermain di taman. Dan, Kenit juga tak pernah menghalangnya.


e) beri kelonggaran pada mereka - seandainya mereka taknak pakai tudung pada satu2 masa, jangan kita marah atau takut2kan mereka. 


Mira ketika berusia setahun - bila kakak dah tak muat
Mira plak amik alih hehe

Berikan mereka masa untuk adjust penampilan mereka. Kita taknak mereka tutup aurat kerana kita yang suruh. Tapi kita nak mereka tutup aurat atas pemahaman mereka terhadap suruhan Allah s.w.t. Sebab itu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kalau dah besar panjang baru nak dinasihat supaya tutup aurat, statement cliche begini pulak yang akan timbul;

"biarlah pintu hati saya terbuka dulu...."

"saya taknak paksa diri saya, biarlah saya buat atas kerelaan sendiri, bukan kerana orang lain"

Suke benau Wani dengan tudung barunya.
Siap posing tuuu!

             Mira style - ada toncit plak atas kepala hahaha.


Mentarbiyah anak terutama anak2 perempuan memang memerlukan kesabaran & ilmu pengetahuan dalam bidang agama yang tinggi. Kalau time dia tanya pasal dosa, pahala, solat & malaikat dan kita jawab..."urmm..urmm...nanti ibu fikir dulu" haaaa memang cari nahas la jawabnya tu hahahaha.

Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian & jawapan yang kita berikan. Kalau baik jawapan kita, maka baiklah penerimaannya. Kalau buruk jawapan atau tiada jawapan maka dia akan jadi 'tergantung' sampai besar.


Untuk mengelakkan hal sebeginilah maka kita perlu mula mendidik anak-anak kecil kita dengan baik. Jangan paksa mereka, sebaliknya motivate mereka & bersederhanalah dalam mendidik anak-anak (terutama anak perempuan). Wallahualam~


2 comments:

  1. wwaaa comelnya dia..mmg xperlu la nk memaksa anak kecik pkai tudung..sekadar bg dia pkai saja2 xpela la..nie tahap smpai paksa2 nie xelok laa

    ReplyDelete
  2. haha.mira comel gambar last tu.. hehe..toncit pun ada.. :) kalau nak ajak budak2 kena dari kecil2..takut dah besar liat nak dengar nasihat..

    ReplyDelete

Apa kata korang?