Pokok Yang Diberkati (The Blessed Tree).

Friday, April 05, 2013

Assalamualaikum!~



Dalam Sirah Nabawi, diceritakan bahawa seorang Paderi Bahira yang tinggal di dalam biara bertahun lamanya bagi menghambakan dirinya kepada Tuhan. Suatu hari, dari tingkap biaranya, dia terlihat suatu rombongan dengan muatan yang penuh dengan barang dagangan datang dari negeri HIJAZ (Syam). Rombongan pedagang yang membawa muatan dagangan bersama unta-unta, manusia dan barang dagangan berhenti rehat di sekitar pokok itu.

Paderi itu perasan akan kelibat seorang pemuda di dalam tunggangan itu, yang selalu ditemani awan yang mengikuti dan melindunginya sepanjang perjalanan. Jika pemuda itu bergerak ke timu, awan itu turut bergerak ke timur. Dan, jika pemuda itu bergerak ke barat, awan itu turut mengikutinya.

Dan, apabila pemuda itu sampai di biara tersebut dan duduk di bawah pokok itu, pokok itu pula menjadi teduhan kepadanya. Paderi Bahira cemas dalam penuh jangkaan sementelah dia melihat pemuda itu memasuki biara.

Maka, apabila pemdua itu memasuki biara, Bahira berasa sangat 'tersentuh'. Maka, Bahira pun bertanya, "Siapakah budak ini?"

Abu Talib menjawab, "Budak ini anakku"

Bahira bertanya lagi, " Adakah dia anakkmu dan kamu ayahnya?"

Abu Talib menjawab, " Ya."

Bahira berkata lagi, " Ayah kepada budak ini tak boleh hidup."

Dan, Abu Talib terkejut mendengarnya bagaimana Bahira tahu semua ini. Abu Talib memberitahu, "Dia adalah anak saudaraku. Ayahnya telah meninggal dunia ketika dia masih dalam kandungan ibunya."

Bahira membalas, "Jagalah dia dan lindungilah dia dari musuh-musuh. Dia adalah Nabi yang akan datang pada akhir zaman."



POKOK TEMPAT NABI MUHAMMAD S.A.W DUDUK BERTEDUH DI BAWAHNYA, MASIH HIDUP SEKARANG INI.

USIA POKOK :  SUDAH 1430 TAHUN LEBIH

LOKASI : BERDEKATAN DENGAN SALKHAD, AS-SUWEIDA, SHAHBA

KOORDINAT : 32.066025°  37.147728°

SEJARAH : TEMPAT REHAT NABI MUHAMMAD S.A.W DAN PADERI BAHIRA MENGAKUI KENABIAN DAN KERASULAN BAGINDA S.A.W.

SUMBER KITAB : MADARI JUS SU^UD ILA IKTASA'IL BURUD (SYARAH BARZANJI), BAGI ASY-SYAIKH MUHAMMAD NAWAWI IBNU ^UMAR AL-BANTENI AT-TANARA

















You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. Apakah nama pokok ini? selain digelar pokok nabi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya tiada nama spesifik untuk pokok ini, cuma ia sangat terkenal dan dikenali sebagai the blessed tree atau the only living sahabi..wallahualam (^_^)

      Delete
  2. subhanallah ! beremang melihatnya. Sollu 'ala Nabi ;')

    ReplyDelete
  3. SubhanaAllah, cantiknyaaa pokok Nabi ni.. akk, nak share artikel ni boleh kat entri ena??

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM