Selamat Ke Tak Kita Ni?

Friday, April 26, 2013

Assalamualaikum!~

Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini.

Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi.

Mengikut laporan awal, beliau ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan, dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, oleh penunggang bermotosikal.
Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia.-sumber: Sinarharian


sumber: R.A.M.M

Takziah buat keluarga Allahyarham..semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah.....

P/S: Modus operandi sebegini banyak kali dah terjadi. Kadang2 bukan saja risiko disamun dari luar, kena tembak pun boleh jadi! Selamat ke kita ni ye?

You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. motif jenayah? adkah rompakan atau balas dendam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam siasatan kot. Baru je berlaku...macam2 sekarang ni. Kalau orang nak tembak secara rawak pun boleh jadi.

      Delete
    2. ingatkan kt US je ade assasination ni.. haish.. mcm2..

      Delete
  2. minggu ni kan rasanya ada dalam 3 4 kes tembak..huhu..takut betul nak keluar

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM