Breaking

Thursday, April 04, 2013

Tadika Mahal vs Tadika Murah.

Assalamualaikum!~


1st day kakak adik di tadika hehe
Semasa Kakak (Wani) nak menginjak ke umur 5 tahun (2 tahun lepas), Kenit pernah buat survey tadika mana yang sesuai untuk dia. Puas Kenit survey di internet & iklan2 dalam peti surat. Kat internet, Kenit survey berdasarkan testimoni dari parents yang pernah menghantar anak2 mereka ke tadika itu.

Kenit rajin singgah di forum2 berkaitan tadika pra-sekolah. Kat situ, macam2 info dan pengalaman yang kiter boleh tahu. Ada yang kata sesuai, ada yang kata mahal. Tak kurang juga yang serik nak hantar anak mereka lagi ke tadika tu!

Memang susah nak cari tadika yang perfect! Perfect acaner? Maksud Kenit, bukan perfect 100% cuma perbelanjaan untuk ke tadika sekarang ni tak dinafikan melampau mahalnya. Tak padan yang tadika hehe. Kenit bukan orang senang, tapi inginkan pendidikan terbaik buat anak2. Bukan itu saja, Kenit mahu anak2 rasa selesa di sekolah baru mereka, persekitaran, cikgu2 yang ramah & sedia membantu,  tidak menjadi mangsa buli & dan sebagainya.

Pernah jugak Kenit menyatakan hasrat nak hantar kakak & adik ke Smart Reader. Kat tempat tinggal Kenit, Smart Reader ada dua cawangan. Tapi, memikirkan kosnya yang begitu tinggi, tempat plak kat bangunan kedai (bukan tak yakin, tapi tak salah berwaspada kan!). Dikelilingi oleh orang2 dewasa, lagipun anak2 takleh nak 'jejak' tanah pasal terperap je dalam tadika tu.

Pastu, Kenit try tadika yang berkonsepkan rumah. Alaaa tadika yang kat taman perumahan tu. Memang Kenit lebih suka tadika begini, sebab evironment dia yang sangat kondusif. Agak besar & selesa di tambah dengan playground di luar rumah. Keadaan sekeliling pun ok tidak terlampau senyap atau terlampau bising.

Dari segi kos di tadika yang berkonsepkan rumah ni, mungkin sedikit murah berbanding tadika/pra-sekolah yang lebih advance di luar sana. Maklumla, konsep pembelajaran & silibus juga tak sama kan. Buku-buku yang digunakan, teknik pengajaran juga berlainan dari tadika biasa. Dari pengalaman Kenit menghantar kakak ke tadika biasa lain pula ceritanya.....

Besar bezanya tadika lama ngan tadika sekarang ni. Namun, kedua2nya still tadika yang bekonsepkan rumah. Dari segi yuran pendaftaran juga banyak bezanya. Kenit memilih pakej tadika & taska untuk kakak adik memandangkan Kenit balik keje petang. Di tadika lama, Kenit memperuntukkan sehingga RM800++ sebulan untuk kakak adik (adik lum tadika lagi masa ni) bagi pakej tadika dan taska. Yer....Kenit dah sedia maklum tentang kos ini dari mula lagi but no choice...sebab taska dia still buka untuk cuti sekolah. So, big benefits for Kenit dan Pak Jelan. Itulah yang bagusnya.....

Tapi, macam Kenit cakap tadi Kenit bukan orang senang. Kami sekeluarga keje keras untuk pendidikan dan keselesaan anak2. Tapi, kalau anak2 pun tak selesa belajar/tinggal di sana, mula la ralat nak bayar sebanyak tu!

Akhir tahun 2012, Kenit survey lagi tadika lain yang mungkin fleksibel dengan bajet kami. Kenit takleh berterusan letak kakak adik di tadika tu. Sepanjang setahun Kenit hantar anak2 di tadika tu, ada juga dua tiga peristiwa yang tidak menyeronokkan buat anak2. Macam Kenit cakap tadi, keselesaan anak2 tadika/taska penting juga. Kalau tak, kita nak hantar mereka ke tadika tu balik pun susah...nangis-nangis tak mo pegi. Kan susah tu......?

Setelah puas berbincang dengan Pak Jelan, akhirnya Kenit memutuskan untuk menghantar kakak adik ke tadika yang dekat dengan opis Kenit. Senang Kenit nak hantar dan amik setiap hari. Cuti pun sama so takyah susah2 nak amik cuti waktu state public holiday. Dan, ditakdirkan Allah nak jadi rezeki kami agaknya Kenit diperkenalkan oleh opismate Kenit dengan sebuah tadika yang masih berkonsepkan rumah, tapi amat berlainan sekali pengurusannya.

Rupa2nya ramai juga colleagues yang hantar anak2 mereka ke tadika tu. Yurannya juga sangat munasabah dengan bajet kami. Kalau dulu, kami membelanjakan RM500 untuk kakak sorang sahaja (tadika+taska) tapi kini kami dapat jimatkan sehingga RM200! Kini yuran bulanan untuk kakak adik (tadika+taska) hanya RM600 sebulan. Isn't that awesome? hehe. 

Apa yang membuatkannya murah berbanding tadika dulu ialah DAY CARE sekarang hanya RM140 seorang. Walhal, DAY CARE dulu RM350 seorang. Apa yang Kenit perhatikan, penjagaan day care di taska lama tidak banyak bezanya dengan taska baru. Tapi, tak pasti apakah yang menyebabkannya mahal sangat? Kemudahan (air-cond, tv, bahan bacaan, mainan kanak2, playground) yang ada di kedua-dua taska ini juga sama, cuma taska lama ada cctv...mungkin tu yang mahal kot?

Syukur alhamdulillah kakak adik suka sangat dengan tadika yang baru ni. Adik pun dah start belajar awal tahun ari tu. Tadika baru ni berdaftar dengan Kementerian (tadika lama masih dalam proses mendapatkan kelulusan). Bukan itu saja, tadika ini juga berhubung dengan 4 badan/organisasi (bomba, JKM, pergigian dan satu lagi lupa plak hehe). Paling bestnya, setiap pelajar ada kad pergigian mereka sendiri haha very very good kan? (^_^)

Pada pandangan peribadi Kenit, faktor-faktor ini boleh mempengaruhi dalam pemilihan tadika:

  • Persekitaran (environment) -  Kenit gemar sekolah yang berkonsepkan rumah (sebab ada rumput dan pokok bunga) hehe. Kanak2 pun selesa bermain dan bersukan (tak payah cari padang)
  • Keselamatan (safety) - keliling tadika mesti berpagar. Lokasinya pula tidak terlalu sunyi sehingga ke hujung taman.
  • Keselesaan (Comfort) - keselesaan (ketika belajar, bermain & berehat) anak2 menjadi keutamaan Kenit. Kalau  mereka nangis2 tak mo pegi sekolah, bukankah itu boleh mengundang kesusahan kelak? hehe. 
  • Bajet (Budget) - yang ni Kenit amik berat jugak hehe. Kalau yurannya tak munasabah dengan layanan yang diberikan, susah la. Bukan Kenit nak anak2 dapat layanan 1st class, memadailah kalau mereka tak mengadu lapar pada Kenit tiap kali balik sekolah!
  • Teknik Pembelajaran (Study Technic) - penting sangat untuk Kenit tahu macam mana cara mereka belajar di sekolah. Bahan bacaan apa yang digunakan, kaedah yang macam mana cikgu amalkan dan follow up perkembangan anak2. 


Kesimpulannya,  biar tadika mahal atau murah yang penting sekali untuk anak2 adalah keselesaan mereka . Even kalau tadika itu bagus & advance sekali pun kalau anak2 kita tak selesa sehingga menganggu perkembangan mental mereka juga pun tak bagus kan. Tambah, setiap kanak2 mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza. Amatlah tidak molek kalau kita push mereka dalam study di usia semuda ini. They should have fun while learning and learning while having fun! faham tak? hehehehe. Oopssss, sorry... terlebih celoteh plak heee (^_^)~

5 comments:

  1. Puan, tadika mana ye ni? Klu x nak post kat sini..boleh emel pada saya?

    ReplyDelete
  2. Salam..boleh tahu taska/tadika ni area mana

    ReplyDelete
  3. Boleh tak bagitau tadika mana tu ye

    ReplyDelete
  4. Minta izin share. Area bangi lama, tadika around RM 200 je. Campur daycare, tak sampai RM 400 pun. Boleh cek tadika al-fateh dan tadika celik minda kat bukit mahkota bangi. InsyaaAllah, saya pun nak hantar anak ke sana lepas ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.