Monday, April 15, 2013

# Teknologi

Telefon Pintar Termahal Di Dunia - The Black Diamond.

Assalamualaikum!~

Sanggupkah anda berbelanja lebih untuk memiliki telefon pintar termahal di dunia ini? Untuk memiliki this piece of Black Diamond (nama iPhone ni), bukan saja anda perlu mempunyai minat dan obsesi yang tinggi, anda juga perlu ada sumber kewangan mantop dan teguh! hehehe.


The Black Diamond iPhone

Pereka mewah British, Stuart Hughes telah menghasilkan iPhone 5 yang diselaputi emas padu dan berlian mewah yang bernilai £10 million (approximately RM46675715.45). Ironinya, iPhone 5 ini tiada bezanya dengan iPhone 5 yang lain dari segi komponen perkakasannya.


pandangan sisi Black Diamond

Sesuai dengan namanya, Black Diamond memperlihatkan ciri istimewanya iaitu 24 karat berlian hitam (black diamond) pada kekunci 'home'. Casis (chassis) juga diselaputi dengan  emas padu (gold chasis). Jika itu tidak cukup, Hughes turut menghiasi panel belakangnya dengan 600 butir berlian putih (white diamond), manakala logo Apple yang disalut emas turut diberi kualiti 3-dimensi serta diserikan lagi dengan tambahan 53 butir berlian.



pandangan belakang Black Diamond

Satu perbezaan jelas, dan mungkin akan menjadi realiti kepada semua telefon pintar yang lain adalah penggunaan kaca nilam (sapphire glass), menggantikan kaca standard Gorilla Glass sebagai paparan di telefon pintar iPhone 5 ini. Walau bagaimanapun, pada harga semasa, kos kaca tersebut 10 kali lebih mahal daripada Gorilla Glass.

Kalau diikutkan dari zahirnya, memang telefon pintar ini tampak mewah dan bergaya. Namun, dari segi fungsi dan aplikasinya...the 'wow!' factor is not there. Untuk mengatakan samada ia berbaloi untuk dimiliki....Kenit rasa anda ada jawapannya.

P/S: Muhasabah diri: The best technology that can reach to Allah s.w.t is through do'a. No need to pay bills, no need expensive gadgets, no need better signals...just say your do'a. He Is All Hearing...Allahuakbar.


2 comments:

  1. cantik la.. tapi kalau dapat beli pun sure bawa ke mana2 hidup tak tenang..ahah

    ReplyDelete
  2. Erst habe ich drei Geschaeftstermine schnell wahrnehmen weil ein Kollege krank gemeldet wurde und ich fuer ihn einspringen musste. casus yazılım

    ReplyDelete

Apa kata korang?