Undi Pos.

Monday, April 15, 2013


Assalamualaikum!~

Sekarang ni kat tv dah kuar banyak iklan berbentuk nyanyian yang mengajak orang ramai untuk kuar mengundi 5 Mei nanti. Di mana-mana saja Kenit tengok 'kemeriahan' pacakan bendera parti-parti tertentu mengalahkan lampu tanglung ketupat yang biasa digantung bila menjelang hari raya hehe.



Aperpun, bagi yang sudah cukup umur, baligh dan waras bolehlah bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab anda. Rasa tak sabar je kan hehehe. Bagi yang kali pertama bergelar pengundi sah, tentunya ini akan menjadi pengalaman berharga dan manis...dan....nervous bagi anda hehehe. Kenit dah lama jadi pengundi sah, tapi inilah baru kali pertama Kenit nak merasa jadi pengundi yang betul2 nak pi mengundi hehehe. 

Mungkin ramai antara anda yang akan mengundi pada 5hb Mei ni melalui kaedah biasa. Ramai juga yang buat post tentang cara-cara mengundi yang betul. Tapi, Kenit lum jumpa lagi entri tentang pengundi pos. Jadi, buat semua pengundi pos, ini ada sedikit info Kenit nak share berkenaan undi pos. Terutama bagi yang pertama kali bergelar pengundi pos. Atau boleh juga la dijadikan sebagai penambah ilmu hehehe.



Siapakah yang layak mendaftar sebagai pengundi pos?

  • Peraturan 2 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 menetapkan menetapkan bahawa semua warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan dan layak di sisi undang-undang boleh mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (Pengundi Pos) jika seseorang itu tergolong dalam mana-mana kategori seperti berikut :

    i) Seseorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan iaitu isteri atau suami masing-masing;
    ii) Seseorang anggota Perkhidmatan Awam Malaysia yang sedang berkhidmat di luar negara dan pasangan iaitu isteri atau suami masing-masing; dan
    iii) Seorang pelajar sepenuh masa yang belajar di Institut Pengajian Tinggi di luar negara dan pasangan iaitu isteri atau suami masing-masing.

  • Manakala Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 pula menetapkan bahawa mana-mana warganegara yang telah mendaftar sebagai pemilih berhak untuk mengundi secara pos jika mereka tergolong di dalam salah satu daripada kategori seperti berikut :

    i) Seorang pengundi tidak hadir
    ii) Seseorang yang diperakui oleh SPR sebagai seorang pegawai pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada hari mengundi;
    iii) Seorang anggota mana-mana pasukan polis yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia, selain seorang anggota Pasukan Polis Sukarela Simpanan;
    iv) Seorang anggota SPR yang dilantik di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan; dan
    v) Seorang anggota mana-mana kategori orang yang ditetapkan sebagai Pengundi Pos oleh SPR dari masa ke semasa melalui pemberitahuan warta.


Bagaimanakah cara untuk mendaftar seorang warganegara sebagai Pengundi Tidak Hadir yang layak mengundi secara pos?

  • Urusan pendaftaran setiap anggota ATM dan pasangannya (sama ada isteri atau suami) sebagai Pengundi Pos dibuat melalui kerjasama Jabatan Rekod dan Pencen (JRP), Kementerian Pertahanan.
  • Urusan pendaftaran setiap anggota polis dan pasangan, sama ada isteri atau suami daripada Pasukan Gerak Am (PGA), sebagai Pengundi Tidak Hadir dibuat melalui kerjasama Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di setiap negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara. 
  • Pendaftaran setiap anggota tentera dan pasangan sebagai Pengundi Tidak Hadir serta setiap anggota polis PGA dan pasangan dibuat berasaskan kepada tempat di mana anggota ATM atau PDRM itu bertugas dan tidak mengikut alamat bermastautin anggota ATM atau PDRM seperti mana yang dibuat bagi pendaftaran pengundi biasa. 
  • Bagi anggota-anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di luar negara dan para pelajar Malaysia yang belajar sepenuh masa di luar negara berserta pasangan masing-masing, urusan pendaftaran mereka dibuat melalui kerjasama Pejabat-pejabat Kedutaan atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negara. Pemilih-pemilih berkenaan didaftarkan sebagai Pengundi Tidak Hadir mengikut alamat di Malaysia yang tertera di dalam Kad Pengenalan masing-masing dan bukannya alamat mereka di luar negara.

Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Pemilih Tidak Hadir seperti anggota ATM atau PDRM yang akan bersara dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam serta pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang telah kembali ke Malaysia?
  • Mereka perlu memaklumkan kepada SPR bahawa mereka telah bersara atau telah hilang kelayakan sebagai Pengundi Tidak Hadir dan perlu membuat permohonan baru sebagai Pengundi Biasa dengan mengisi Borang A di mana-mana tempat pendaftaran yang ditetapkan.

Bagi mereka yang telah hilang kelayakan sebagai Pengundi Tidak Hadir, apakah tindakan yang akan diambil terhadap status pendaftaran mereka?
  • Bagi mereka yang telah hilang layak, sebagai Pengundi Tidak Hadir, selepas pengesahan diterima dari pihak-pihak yang berkenaan (ATM, PDRM, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pelajaran), SPR akan memotong nama mereka dalam Daftar Pemilih selaras dengan Peraturan 25 (2)(g), Peraturan- Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Adalah menjadi tanggungjawab individu-individu itu sendiri untuk mendaftar semula sebagai Pemilih Awam dan boleh membuat pendaftaran di mana-mana sahaja saluran kaunter pendaftaran yang ditetapkan oleh SPR (Ibu Pejabat SPR, Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat pos berkomputer, Wakil-wakil Parti Politik dan Agensi-agensi kerajaan yang dilantik oleh SPR)
Dan peringatan untuk semua pengundi pos yang berdaftar dan sah....



Semoga info di atas dapat menambah ilmu anda tentang undi pos. Semoga semua yang bergelar pengundi sah dapat menjalankan tanggungjawab anda dengan baik. Jadilah warganegara yang bertanggungjawab. Jom kita mengundi hehehe.

You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. berdebar2 pulak rasa bila nk pilihanraya tahun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cam nak jawab exam plak rasanya kan hehehe....

      Delete
  2. agaknya nanti dah masuk dalam pusat undi menggelabah kot..huhu

    xsabar..tp utk tahun akan datang la

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM