Breaking

Tuesday, April 16, 2013

What's In Your Deodorant?

Assalamualaikum!~

gambar hiasan


Adakah kita sayangkan ketiak kita? Yes, opkos we do hehe. Kita basuh, kita cukur, kita semburkan pewangi and then......? Ketiak kita berpeluh and hey.....no sweat!

Namun begitu, amalan yang telah kita amalkan sejak teenagers lagi ni mungkin memerlukan pandangan dari sudut yang lain. Anda mungkin pernah membaca artikel mengenai bahaya yang mungkin ada dalam penyembur anti-deodoran atau penyembur anti-peluh, Adakah ia benar-benar membahayakan seperti yang didakwa? Wonder no more....

Let's read what the research says about what's actually in your anti-perspirants and deodorants. 

Aluminum: Bahan logam ini (yang aktif dalam antiperspirants) menyekat kelenjar peluh dari mengeluarkan peluh dan sampai ke permukaan kulit. Beberapa kajian menemui kaitan antara aluminium dengan risiko kanser payudara dan Alzheimer's. Bolehkah penggunaan bahan berasaskan aluminium di bawah ketiak boleh menyebabkan kanser payudara oleh kerana kedudukannya yang berhampiran dengan payudara? Bolehkah bahan aluminium menyebabkan dementia (hilang ingatan) apabila ia memasuki otak? Jawapannya masih belum dapat dipastikan, di mana Institut Kanser Nasional (agensi luar negara) menyatakan aluminium tidak menyebabkan kanser payudara, tetapi mengakui bahawa kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan keputusan sebaliknya. 


Phthalates: Kumpulan bahan kimia industri ini banyak ditemui dalam deodoran dan penyempur anti-peluh, mengaitkannya dengan pelbagai masalah kesihatan. Tahun lepas, contohnya suatu kajian dari sebuah hospital menunjukkan kaitan antara phthalates dalam produk penjagaan diri dan peningkatan risiko kencing manis di kalangan wanita.  Data yang dikeluarkan oleh kerajaan menunjukkan bahawa wanita banyak terdedah kepada phthalates pada tahap melebihi piawaian keselamatan, dan bahan kimia ini boleh ditemui dalam pembalut plastik hingga ke racun serangga hingga ke syampu!

Triclosan: Digunakan secara meluas dalam produk penjagaan diri sebagai pengawet dan antibakteria, triclosan dan potensi risikonya telah menjadi bahan debat dalam komuniti kesihatan awam sejak bertahun lamanya. Johnson & Johnson sedang mengusahakan untuk mengeluarkan bahan triclosan dari produknya menjelang tahun 2015. Kenapa? Kajian menunjukkan bahawa ia boleh memudaratkan fungsi otot dan mengubah perjalanan hormon anda.  

Propylene glycol: Merupakan suatu cecair sintetik, propylene glycol digunakan dalam produk kosmetik kerana kempampuannya untuk menyerap lebih air dan mengekalkan kelembapan. Ia juga digunakan untuk menghasilkan asap tiruan dari mesin kabus (fog machines) . Ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa, kekeringan, kemerahan dan kegatalan pada kulit. Masih banyak misteri yang membelenggu bahan kimia ini. Jika, deodoran anda memberikan kesan merah dan kegatalan yang tidak selesa, cubalah bertukar kepada deodoran yang tidak mengandungi bahan propylene glycol. Jika ada perubahan, maka anda mungkin sensitif terhadap bahan tersebut. 


sumber

1 comment:

  1. oh..kita baru tahu bahaya kalau guna yg jenis spray..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.