Mari Melabur Saham Akhirat - Rayuan Derma Pembinaan Masjid Darul Hadis.

Sunday, June 30, 2013

Assalamualaikum!~

Nota Lekat Kenit

Didahului....

Firman Allah yang bermaksud:


"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan maksiat dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya"
(Surah Al-Ma'idah: ayat 2)


Sebelum Kenit bercerita lanjut tentang perihal derma seperti tajuk di atas, ingin Kenit tegaskan di sini bahawa rayuan derma yang ingin Kenit sampaikan pada anda ini BUKAN suatu bentuk penipuan atau sindiket meminta derma seperti yang di luar sana.

Apabila melihat sahabat Kenit mengongsi satu flyer di Facebook, Kenit juga terpanggil untuk mengongsikan flyer ini kepada anda semua yang singgah di blog Kenit.



RAYUAN DERMA PEMBINAAN MASJID DARUL HADIS

**********************************************************

Pembinaan Tingkat 2 Masjid Darul Hadis sedang berjalan dan memerlukan anggaran sejumlah wang untuk menyiapkan binaan Masjid dan seterusnya Asrama di Kompleks Darul Hadis ini. Sehingga kini sebanyak RM1.1 Juta (yang telah dikumpul sejak September 2011) telah dibelanjakan dalam proses pembinaan ini (sehingga berjaya dinaikkan lantai tingkat 2).

Dengan ini, pihak Darul Hadis masih memerlukan sumbangan derma, infaq, zakat & wakaf dari muslimin & muslimat untuk menyertai saham Akhirat yang kami tawarkan ini.

SEBARANG BENTUK SUMBANGAN BAGI PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN DARUL HADIS. HUBUNGI :- 04-7714226 (PEJABAT) @ 012-542 0339 (Bhg Pentadbiran).







Sumbangan derma seikhlas hati ini boleh dibuat secara:
  • ONLINE ke No. Akaun Bank Islam : 021-050-1000-2856 
  • CEK atas nama PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS.
  • POS dengan menghantar sekali borang di atas berserta duitnya ke alamat seperti di borang atas.

Info lanjut mengenai pembinaan Masjid Darul Hadis boleh didapati di:


Semoga entri khas yang Kenit kongsikan ini dapat disebarkan kepada sahabat blogger semua, dan moga Allah bukakan pintu hati hamba-hambaNya yang ingin ikhlas menderma sambil melabur sebagai SAHAM AKHIRAT.

Jadi, pada anda yang ingin melabur dalam saham akhirat, mendapat pahala berterusan selagi Masjid ini digunakan bolehlah mulakan niat murni anda dengan menderma seikhlas hati.

Walau kita dah duk dalam kubur nanti, insyaAllah pahala ting ting ting berterusan masuk walaupun kita menderma hanya RM1. Maka, Kenit ingin menyeru kepada hamba-hamba Allah yang pemurah hulurkan bantuan anda semoga niat murni mereka untuk membangunkan masjid tercapai insyaAllah.....

Sekian,
Insan kenit....

You Might Also Like

16 pengomen comel

  1. alhamdulillah... sebar2kan pun dapat pun dapat pelaburan juga...
    info jawatan 0 | ragam manusia | tazkirah

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...saya menolong seboleh yg mampu (^_^)

      Delete
  2. In Shaa Allah, ada wang lebih nanti boleh diwakafkan :)

    ReplyDelete
  3. insyallh aku transfer. TQ sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih encik carlos...terima kasih (^_^)

      Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik anda...alhamdulillah.

      Delete
  4. Salam~ Zam singgah dari Segmen Mia Liana Follow & Blogwalking :) Jemput singgah ke blog Zam ('',)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam zam..terima kasih kerana menyinggah :)

      Delete
  5. membantu membina masjid..pahalanya berterusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...kebaikan dan pahala yang dijanjikanNya.

      Delete
  6. hulurkan tangan ringankan beban...

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah jom pakat2 kita hulurkan bantuan :D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM