Friday, June 07, 2013

# Jom Tambah Ilmu # Makanan

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi.

Assalamualaikum!~


Didahului dengan firman Allah yang bermaksud:

"Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu"
(Surah Al-Baqarah: 168)

Lambakan produk makanan terutama produk import perlu diselidiki tahap kehalalannya supaya pengguna muslim seperti kita tidak tertipu. Bukan itu saja, produk kecantikan turut perlu diberi perhatian kerana ternyata memang ada sesetengah produk ini yang mengandungi unsur-unsur kebabian.


Setiap kali kita beli sesuatu produk makanan, pasti kita akan memeriksa tanda halal dan tarikh luputnya kan? Tapi, jangan tak tahu kita juga WAJIB memeriksa label kandungan produk tersebut. 

Jika anda terjumpa label seperti:


'This product contain substance from porcine' 

atau 

'The source of gelatin capsule is porcine'

 mungkin anda perlu menjauhkan diri anda dari mengambil produk tersebut.

Berikut antara istilah sains yang digunakan  dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1) PORK - Istilah yang digunakan untuk daging babi dalam masakan.

2) SWINE - Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi,

3) HOG - Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

4) BOAR - Babi liar.

5) LARD - Lemak babi yang digunakan untuk membuat minyak masak dan sabun.

6) BACON - Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7) HAM - Daging pada bahagian paha babi.

8) SOW - Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan)

9) SOW MILK - Susu babi

10) PIG - Istilah umum untuk seekor babi yang beratnya kurang dari 50kg.

11) PORCINE - Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

sumber: whatssap
kod produk yang mengandungi babi
sumber:google

Dan, sila PASTIKAN produk yang anda ingin beli tidak mengandungi kod-kod seperti di atas kerana jika ada, produk tersebut disahkan mengandungi bahan berasaskan babi. Jika anda pernah memakannya sebelum ini, maka anda perlu HENTIKAN segera pengambilannya hatta ia produk kesihatan sekalipun.

Jika anda berasa ragu-ragu atas was-was (menimbulkan syubhah) dengan tahap kehalalan produk yang biasa anda gunakan, namun anda masih perlu gunakannya, maka dengarkanlah sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas; dan di antara keduanya ada hal-hal yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhat, sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya."
H.R. Muslim

4 comments:

  1. fuh...1 binatang banyak nama...boleh konfius org ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang boleh mengelirukan orang ramai. Jadi, kita kenalah ambil tahu perkara ni dan sebarkan pada yang lain (^_^)

      Delete
  2. erm..kena catit kod2 ni..bahaya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takleh hafal elokla dicatit dan disimpan dalam wallet. Kalu gi pasaraya boleh semak selalu (^_^)

      Delete

Apa kata korang?