Sunday, June 09, 2013

# Cerita My Pearls

Love Letter

Assalamualaikum!~

Bengkeng betul aku semalam ngan perangai dua beradik ni. Kejap bergaduh tak hengat dunia. Kejap bergelak ketawa bagai lawaknya terhebat didunia. 

Part bergelak ketawa tu aku tak heran boleh handle, ni part yang bergaduh ni jenuh aku nak leraikan. Darah menggelegak jugak sampai ke jantung. Tapi, belum tahap nak angkat tangan lagi.

Semalam terasa 'lenguh' bibir ini. Bukan kerana 'lenguh' makan banyak, bukan kerana 'lenguh' berzikir banyak...hurmmm berzikir pun ada pekdahnya T___T. Tapi, bibirku 'lenguh' blebel (membebel) ke anak. Tapi, blebelku bukan 'tin kosong'. Blebelku ada 'isi'....

'Isi' apa? Everytime sorang menjerit, kukatakan....


"Nakkk..cakap baik2 ngan adik. Jangan jerit2 camtu"

"Adik ni arrr....ambik pensel kakak taknak bagi balik!"

"Kakakkkk...kalau kakak jerit2 camni nanti adik ikut jerit2. (Start blebel doh ni) Apa yang kakak buat atau cakap, adik akan ikut. Kakak buat baik adik akan ikut, tapi kalau kakak buat tak baik, adik akan buat benda yg sama. Kakak adalah kakak maka kena tunjukkan contoh yang baik pada adik, barulah adik ikut yang baik. Kalau kakak mintak baik-baik ngan adik, adik akan bagi. faham tak apa yang ibu cakap ni?"

aku sambung lagi....

"kakak dan adik kena main sama2, berkongsi barang tu kan baik. Adik tu takda kawan lain selain kakak. Kalau kakak gaduh ngan adik, marah2 adik siapa nak main ngan adik pasni? Kakak tak sayang adik ke?"

Kakak merenung tepat ke mukaku...wajah sesal mula muncul di situ.
Dia mengangguk tanda setuju....

"Kalau sayang kat adik, kakak kena tunjukkan contoh yang baik ok? 
Jangan gaduh2 lagi, boleh?"

Dia mengangguk lagi.....

(blebel ke adik pulak) "Adik pulak jangan bagi kakak marah selalu. Kakak marah
tu mesti adik ada buat sesuatu. Kalau adik nak guna barang kakak, 
tanya kakak dulu boleh ke tak pinjam sekejap. 
Jangan main ambik je"

mula tunjuk muka cebik nak nangis. Aku blebel gop.

"Adik sayang kakak kan? Jadi, adik jangan buat kakak marah lagi, paham?"

Dia mengangguk je....sambil mata bulatnya 'menerkam'
wajahku.

Senja itu, seusai memberi salam selepas solat maghrib aku ternampak sebuah kertas putih diselit tepi sejadahku. Namun, aku tak berapa nampak apakah yang ditulis sebab tak pakai spek heeeee. 

Ku ambil kertas itu yang disepit dengan sepit rambut merah jambu, lalu mataku tertumpu pada ayatnya.....


"Saya sayang ibu saya dan ayah saya 'love' daripada kakak"
T_____________T


Allahuakbar.... gamaknye kakak tulis ni nak pujuk aku kot pasai blebel ke dia petang tadi. 

Allahurobbi....maafkanlah hambaMu ini ya Allah T__T. Ibu ayah sayang kakak adik dunia akhirat.

4 comments:

  1. Nasihat yg sungguh tepat. Ibu bapa pun dlm didik anak kena ikut advice akak tu. Jika jerit kpd anak, x musytahil dibalas jeritan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak hanya insan yg lemah tedi...terkadang punta kekurangan dlm membetulkan kesalahan anak :(.

      But dlm hati, Allah sj yg tau betapa mereka jantung dan nyawa akak...

      Delete
  2. Pndainya kakak pujuk yer..semoga sentiasa menjadi anak yg solehah yer kakak&adik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka plak dia pandai buat nota camtu. Tu yg sebak tu farah huhu.

      Delete

Apa kata korang?